Resipi : Gulai Daging Rebung Sedap Philip Pressure Cooker.

Hari tu ada cerita pasal dapat rebung kan. Kat Penang ni punya la susah nak dapatbrebung cik oiii. Kalau dapat tu memang rare la. Aku ni nasib makcik aku bagi ja hari tu. So gunakan lah secara berjimat cermat. 

Hari tu mula-mula dapat buat ulam sekali. Time tu la suami aku rasa ehhh sedap la rebung ni. Sebelum-sebeluk ni kan dia tak makan rebung. 2nd buat pajeri rebung and third yang penghabis ni buat dengan daging, buat kari. Alahai sedapnya. Guna pulak daging number 2 orang kedah kata.... Licinnn.

Perghhhh sedapppp bukan nak tipuuu ok. 

Dah jom kita tengok bahan-bahan and cara buat ya. 

Bahan-bahan:

Daging number 2 (orang melaka kata daging tetel) 
Rebung yang dah direbus
*1 biji Bawang besar
*4 ulas Bawang putih 
Rempah 4 beradik (buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis) 
Rempah kari ayam Adni(aku suka rempah dia sebab dah campur serbuk cili siap-siap) 
Daun kari
Air asam jawa
Garam
Serbuk perasa


Cara-cara:

1.  Blendkan bahan-bahan bertanda *. 
2. Panaskan minyak dalam Philip Pressure Cooker untuk menumis. Guna mode BAKE CHICKEN. 
3. Bila minyak dah panas, tumis daun kari dan rempah 4 serangkai. Dah naik bau masukkan bahan yang diblend tadi. 
4. Tunggu bahan blend tu masak and naik bau then masukkan serbuk kari. 
5. Kacau bahan-bahan dalam PPC tu, and masukkan air asam jawa and sedikit air. 
6. Then masukkan daging, untuk masak dengan pressure cooker, tak perlu masukkan terlalu banyak air. Memadai air tu cover skit ja daging. 
7. Then, OFF BAKE. Then tekan STEAM MODE, dan ON. (sapa nak guna MODE BEEF pun boleh tapi aku xnak daging terlampau lembut, so aku guna MODE STEAM... MODE STEAM=20 min, MODE BEEF=30 min) 
8. Knob pulas dekat SEAL untuk make sure pc will get pressurise. 
9. After 20 minutes, lepas bunyi beep. Boleh release pressure slow-slow. Pulas Knob tu VENT slowly. 
10. Then boleh tekan, WARM OFF. Continue tekan MODE BAKE CHICKEN. Function guna BAKE CHICKEN ni untuk bagi kuah pekat skit. 
11. Boleh masukkan rebung time ni. Dalam 3 minit macam tu rebung akan masak. Time ni boleh la perasakan dengan garam and serbuk perasa. 
12. Dah dapat kepekatan kari/gulai yang hampa suka boleh la OFF kan button tu.

Siap dah kari/gulai daging rebung kita. 

Aduhhh tengok ni sendiri yang terliur. Laki aku pun bukan main suka lagi haa. Orang Penang kan.. Mana reti menda-menda kampung.com.my macam ni kan. Hahahha. Sekali dah makan jadi favourite pulakkk. 

Nyums nyumss. Sedapnya. 

Bagi yang nak buat. Selamat mencuba. Tak lama lagi nak raya. Wehuu


1 Comments

  1. Sedapnya weh.. Kami tak pernah masak rebung.. Biasa beli je yang dah siap..

    ReplyDelete

Post a Comment