KURMA AJWA ASLI MADINAH PILIHAN NABI | RIHURA HERBS

Sebut bulan Ramadan ja dah sinonim kan dengan buah kurma. Yalah, kan sunat berbuka dengan buah kurma /tamar ni. Tapi tu la, kadang-kadang tak semua kurma yang kita beli tu sedap. Untung badan dapat yang ok. Kalau nasib malang dapat la pakej yang siap ada ulat kat dalam  tu. Kena macam tu kadang-kadang rasa serik nak beli buah kurma. 

Tapi baru-baru ni husband ada bawak balik buah kurma ajwa asli madinah dari Rihura Herbs. Tengok Aishah rasmikan sebab dak kecik tu mana puasa, sedap ja ni. Dalam hati hai kemain budak ni tau. Sebab dia memilih gak nak makan buah kurmanya pun. 



So kami pun google la skit apa kelebihan buah kurma ajwa yang biasanya dikenali sebagai kurma Nabi ni. Jom kami share sedikit info pasai buah kurma ajwa asli madinah atau kurma Nabi ni dengan hampa semua. 


KURMA AJWA ASLI MADINAH PILIHAN NABI | RIHURA HERBS
   
 

 Terdapat pelbagai jenis kurma di pasaran. Salah satu kurma yang paling terkenal adalah Kurma Ajwa. Keistimewaannya adalah kerana Kurma Ajwa merupakan kurma pilihan Nabi. Nabi Muhammad SAW gemar makan Kurma Ajwa tidak kiralah pada bulan Ramadan atau selainnya.

Terdapat 7# Keunikan Ciri Kurma Ajwa Madinah:

1. Disebut dalam hadis

Umumnya, kurma merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah pada setiap hari. Menurut salah satu hadis yang bermaksud;


Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang memakan 7 biji buah kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun atau sihir kepadanya pada hari tersebut."

Fungsinya dijadikan sebagai ikhtiar untuk penawar sihir/ santau/ racun/ sakit misteri dan juga turut disebut dalam hadis sebagai penawar racun. Makanya kurma jenis Ajwa ini sangat luar biasa fungsinya berbanding dengan kurma jenis lain. Walaubagaimanapun kita hanya mampu berikhtiar, Allah SWT yang Maha Penyembuhnya.


2. Ciri yang Unik
Realitinya, ada peniaga yang menjual Kurma Ajwa yang tidak asli. Bagi mengenalpasti keaslian buah Kurma Ajwa bolehlah perhatikan ciri-ciri berikut:

  • Ada beberapa garis kecil
  • Warna hitam pekat
  •  Mempunyai kedutan pada kurma
  •  Baunya wangi
  •  Sederhana manis
  • Saiznya sedikit kecil
  • Kurma kering dan tak mudah rosak
  • Kualiti yang terjamin


3. Berkhasiat dan sumber antioksidan

Kurma merupakan buah yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Ia terkenal dalam meningkatkan daya ingatan dan juga kaya dengan antioksidan yang bagus untuk tubuh badan.

4. Khasiat untuk ibu yang mengandung dan menyusu bayi

Sepanjang kehamilan dan juga menyusu bayi, pengambilan buah kurma mampu memberikan tenaga, khasiat, dan juga sebagai milk booster terbaik. Selain daripada memakannya secara terus, boleh juga dijadikan sebagai minuman iaitu dengan mengisar buah kurma bersama dengan susu.


5. Melindungi daripada penyakit

Selain fungsi untuk penjagaan kesihatan diri, Kurma Ajwa juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar atau penawar sihir, santau, saka atau penyakit misteri

6. Melancarkan penghadaman

Kulit Kurma Ajwa sangat kaya dengan kandungan serat yang bagus untuk penghadaman terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah usus, sembelit, dan buasir. Kurma juga bersifat mencegah daripada sembelit yang sesuai diambil dari usia bayi (yang cukup usia matang untuk makan) sehingga dewasa.

7. Sesuai diamalkan oleh penghidap diabetes

Kurma Ajwa sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Namun begitu sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu


Kategori Kurma Ajwa


#1 Ajwa Aliyah/Awwali 

Kurma Ajwa Aliyah ditanam di tanah haram yang terletak di atas bukit di Madinah. 

#2 Ajwa Madinah 

Kurma Ajwa Madinah ditanam di tanah halal di dalam kawasan dataran atau ladang di Madinah.  

Setiap kurma ajwa mempunyai pelbagai gred. Kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise ini adalah merupakan kategori kurma Ajwa Madinah bergred premium. Kurma Ajwa asli Madinah adalah Kurma Ajwa Premium Kualiti Tinggi, di mana buah kurmanya merupakan buah yang baru iaitu stok yang paling baru. Ia adalah kurma yang TERBAIK yang SUDAH DIPILIH dari pokok yang terbaik.

Kalau Gred A, buahnya tak semestinya bagus. Ia diambil dari pokok terpilih. Tetapi kurma Ajwa gred premium ini, ianya telah dipilih yang paling segar, buahnya elok dan cantik serta kualiti paling terbaik dari pokok yang dipilih tu.


Khasiat Kurma Ajwa


Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda;

"Kurma Ajwa berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata" (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Kurma adalah kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, juga vitamin C dan juga kandungan antioksida yang tinggi yang memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut"

Berselawat dan berdoa sebelum makan kurma Ajwa. Semoga ia menjadi asbab untuk kita mencegah diri daripada sebarang penyakit, racun dan hal lain.

KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP GRED PREMIUM (RIHURA)?


#1 Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.
#2 Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa.
#3 Gred Premium VIP.
#4 Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020).
#5 Kurma tidak diperam lama-lama.
#6 Kualiti premium, dijamin dan terbaik.
#7 Saiz standard, sesuai untuk kanak-kanak, golongan tua dan muda.
#8 Packaging yang menarik.
#9 Sesuai dijadikan gift set/hadiah.
#10 Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya.
#11 Trusted dan dipercayai.

Harga Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise
Harga bagi Ajwa Asli Madinah yang ditawarkan dari Rihura Herbs Enterprise adalah harga yang mampu milik. Pada peminat tegar kurma, kalian pasti tahu kenapa harga Ajwa Asli Madinah VIP gred premium ini berbeza dari kurma yang lain.

[100g] Rm 15
[200g] Rm 28
[300g] Rm 40
[500g] Rm 60
[1kg] Rm 110



My personal review

Secara peribadinya, aku agak cerewet dalam memilih jenis buah kurma untuk dimakan. Mungkin sebab aku tak suka makan benda-benda manis ni. But kurma ajwa Madinah dari Rihura Herbs ni memang sedap, tak terlalu manis leting, buah tak lembik and benyek. Memang ciri-ciri kurma ajwa ni dia tak benyek ya. Rasa pun fresh ja xdak la rasa kurma yang ambil dan peram lama-lama. 

Selalu kalau buah kurma lain, paling banyak pun 1 ke 2 biji ja aku boleh telan, tapi kurma ajwa asli madinah daei Rihura Herbs ni Alhamdulillah 5 biji pun boleh lajak sebab tak sedar masa duk makan tu sebab buah dia nice sangat. 

Ini kalau ada susu fresh.. Blend buat susu kurma pun nice ni. Rasa bukak puasa satgi nak try buat susu kurma dengan kurma ajwa asli by Rihura Herbs ni. Mesti suami dengan anak-anak suka kan. 

Si Aishah tu, dapat kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni terus tak pandang buah kurma lain dah. Bukan Aishah ja, mama dengan papa dia pun sama jugak. Hahahah. Tapi seriously berbaloi-baloi la beli kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni sebab kurma ajwa dia memng premium grade. 

Memang recommended sangat untuk hampa yang duk cari kurma ajwa /kurma nabi ni untuk try kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni. Kompem lepas ni beli buat stock sepanjang tahun tak kira Ramadan ka tal Ramadan ka. 

Wajib ada sekali dalam juadah berbuka ya bulan-bulan puasa ni. Kami anak beranak memang dah jatuh hati dengan kurma ajwa asli madinah by Rihura Herbs ni



Bagi yang nak memcuba kurma ajwa asli Madinah by Rihura Herbs ni, bolehlah dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi  pihak Rihura Herbs Enterprise


Whatsapp :


1 Comments

  1. Memang sedap kurma ajwa ni kan.. Manis lain macam.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment