Juadah Hari Raya

Baloq nya lahai nak update blog sejak dua menjak dari start puasa hari tu. Lepas tu nak expect pv tinggi kan.. Kahhhhhhh sangatttt.

Tapi nak cerita jugak la dekat sini buat kenangan.. Ya lah.. 1st time raya sendiri... 1st raya dekat rumah sendiri. 1st time lah semuanya. Wakakak... 

Macam biasa la nak raya kena la buat rendang bagaikan.. Being utara-rians... Mesti lah ketupat palas. Orang utara mcm aku ni mana makan ketupat nasi. 😬😬😬. Tapi cerita dia aku memang lah tak reti nak buat ketupat palas ni. So solution dia.. Beli lahhhh. Nasib my former maths lecturer ada buat and jual. So aku beli ja lah dari Madam.

And untuk buat rendang.. Of course la awal2 lagi aku dah beli daging semua tu. Aku pi market dalam hari Ahad minggu sebelum minggu puasa last tu.. And then pi topup balik beli barang2 untuk raya hari khamis tu. Heee tak sanggup lah aku nak pi hari Jumaat Sabtu wei. Dah tau la orang pakat2 bersesak time tu nak beli barang untuk raya kan. And nasib baik lah jugak freeser rumah ni besaq... Setakat nak buat stock 3 minggu bahan makan - freeser boleh sumbat lagi.

Sebelum pi market tu memang dah listkan siap2 la kan nak beli apa. Laki aku nak rendang daging.. Aku as usual la rendang kena rendang ayam. So buat la dua-dua senang cerita nya. Kuah rendang buat ja dulu seperiuk guna Philip Pressure Cooker.. And then masa nak masak lauk tu.. Bahagi2 portion.. Siap la dapat untuk buat paste segera lagi...

As Kedahan pulak.. Kami biasanya hari last puasa akan buat sup gearbox. And masa raya 1st ada la menu bihun sup ka laksa ka apa ka. Biasanya family aku.. Kami nnt biat bihun sup. And kalau petang2 tu rajin2 buat la mee bandung untuk makan. Semuanya amik dari sup gearbox tu. So untuk raya kat Penang ni aku buat mee bandung derived from sup gearbox ni la. Sedap oii.. Puji diri sendiri ok! Nanti aku share resipi naa

Pagi2 macam biasa la kita hidang makan ketupat rendang semua lah kan. 

Hari Raya First 

Menu pagi raya. Yang dalam cast iron pot biru tu sup siam yang balance makan buka puasa hari last tu. 


Menu tengah hari and untuk kawan2 yanh berkunjung. Mee bandung. 

Nanti la aku share ya resipi mee bandung cara aku ni. Dekat Penang ni memang susah nak cari kedai yang buat mee bandung.. Kalau ada pun mmg bukan taste tekak aku. Tak macam yang aku suka makan masa dekat Melaka. Sebab tu kalau nak makan mee bandung memang kena buat sendiri ja. Dekat sini fames mee rebus.. Mee udang. I'm not a fan of mee rebus. 😬😬😬

Untuk hari kedua memang kitchen close sebab pagi-pagi lagi husband aku dah keluaq pi cari nasi kandaq. Plan nak beli tapau kat Cargas.. Tapi Cargas plak katup. So laki aku pun beli la tang lain. Petang tu la kami naik ronda2 pulau dengan kereta.. Duk la dalam kereta and lapaq gila.. Singgah la makan dekat restaurant western yang kami biasa makan dekat area belakang Gleneagles Penang. Memang gila jaga jarak betoi haa. 


Jauh gila nak monitor si kenit ni. Hahhahaha

Lepas makan tu kami pun ronda2 la sampai ke area Teluk Bahang. And of course akan lalu dekat area hotel2 sepanjang Tanjung Bungah and Batu Ferringhi. Sedih gila tengok hotel2 semua gelap. Cepat2 la virus covid 19 ni nyah dari 🌍 ni. Serius sedih sangat. 

So the next 3rd day of Hari Raya... Aku pun memang dah plan nak buat sambal goreng jawa and kuah lontong. Ni semua pun of course la aku olah ikut cara aku kan. 


Wakakak. Sedap gila. Meratah ja aku sambal goreng jawa tu. Favourite sangat ok. Kuah lontong tu pun ok. 

Nanti2 la aku share resipi mee bandung, sambal goreng jawa.. Kuah lontong cara aku orang Kedah ni. Aku memang tekak universal skit kan. Tapi aku ni tak berapa la benda2 manis2 leting macam dessert from Pantai Timur tu. Adehhh tak tertelan aku. Boleh syot otak aku kalau kena makan manis leting2 ni. 

So itu lah juadah hari raya aku. Korang masak apa raya ni? 
Adehhh rindu pulak masakan mak aku... 
😭😭😭



3 Comments

  1. Kami Raya first Rendang Ayam, Rendang Kerang & Nasi Impit jer.
    Raya kedua buat mee kari,
    Raya ketiga buat Nasi Lemak je..
    Pastu dah start ganti puasa

    ReplyDelete
  2. juadah raya confirm ada rendang ayam, lemang, ketupat palas. rendang ayam dan lemang, benda wajib.

    ReplyDelete

Post a Comment