Barang-barang Keperluan Mampu Milik Bajet Bawah RM100 Sepanjang RMO

Bila dengar ada yang susah hati sebab kesempitan wang nak beli barang-barang makanan sepanjang RMO start ni.. Rasa sedih pun ada.

Ya ujian setiap orang tak sama kan. Ada yang gaji hari. Ada yang terpaksa unpaid leave dan macam-macam lagi.

Tapi kat sini aku nak share barang-barang keperluan mampu milik untuk bajet bawah RM100.


Pic credit to Google 


1. Beras 5kg Cap Jati (RM13)
2. Ikan bilis  - 250g (RM8)
3. Bawang holland (sebab ni antara bawang yang murah sekarang ni) - 1 kg (RM3.50)


Pic credit to Google 

Aku suka bawang Holland ni. Kalau nak beli.. Boleh beli size hat sedang2 ja. 


4. Bawang putih (RM3)
5. Cili kering (RM2)
5. Garam 1 peket (RM1.20)
6. Gula 2kg (RM5.80)
7. Ikan bajet dalam (RM20)


Pic credit to Google 

Beli ikan2 yang murah dan masih segar. 


8. Ayam seekor (RM15) * (boleh request potong 12)
9. Telur sepapan (RM11)
10. Kicap paling murah (RM4)
11. Kubis (RM1.50)
12. Sabun mandi Palmolive /3 ketul (RM3.60)


Pic credit to Google 

Dulu2 kecik memang sabun macam ni la pakai dekat rumah sebab tahan lama and murah. Ya mak aku sampai sekarang pin suka sabun macam ni. 

13. Detergent jenis serbuk/1kg (RM5)


Total semua ni roughly dalam RM95+

Aku tak suggest hampa beli barang2 dalam tin time2 sesak macam ni.. Sebabnya makanan2 dalam tin macam sardines semua tu not recommended kalau nak berjimat ya. Sebab semua tu mahal kedaung.

Menda2 macam sardines dalam tin tu boleh buat sendiri and frozen kan macam yang aku buat ni. Ada version Pedas.. Ada version goreng. Aku memang buat and FROZEN kan untuk masa2 terdesak.

Harap2 list2 yang aku bagi ni dapat tolong korang2 yang tengah pening nak buat list untuk membeli.

Kalau ada yang kesempitan wang.. Aku rasa sekarang banyak dah pusat zakat negeri start bagi bantuan. Untuk yang Penang dah nampak Pusat Zakat Pulau Pinang dah keluarkan kenyataan dah. Bagi negeri2 lain.. Maybe boleh refer dekat page pusat zakat negeri masing2.




Harap post ni dapat membantu korang2 ya.




1 Comments

Post a Comment