Resipi : Sardines Homemade Version Pedas

Sebelum ni aku pernah share resipi sardin homemade aku yg gone viral.. Kahkahhh... Ada la page yang tak bagi credit pun hado.. Tu la nama dia manusia kan.

So macam biasa la sebab puasa pun tak lama lagi kan. So kita buat la stock. Kebetulan ikan selayang/sardin tengah murah kan lani.. Dapat la sekilo rm9. Tapi ikan dia tak la besaq sangat. Tadi aku dapat 26 ekoq dalam rm8+. Tapi 6 ekoq da selamat goreng untuk makan tengah hari. 

So kali ni nak buat version pedas pulak. Ala2 sambal gitu. Nak tengok rasa dia macam mana kan. 

Resipi:

Bahan:

Ikan selayang/sardin (nak guna makerel pun boleh...nanti jadi makerel homemade la bukan sardine homemade😆😆😆)
2 senduk Paste cili
Sos tomato (aku pakai kimball dalam paket refill tu..sapa rajin nak buat sos tomato sendiri silakan)
Minyak untuk menumis (lebihkan sebab minyak ni akan preserve sardines kita in case kita da defrost or letrik xdak) 

Cara-cara:
1. Ikan sardin ni aku potong kepala..buang segala sirip dan perut ( aku tak potong 2 sebab ikannya kecik ja)
2. Dalam philip pressure cooker, masukkan minyak agak banyak, then masukkan chili paste 2 senduk, 1 senduk sos tomato.
3. Then masukkan semua ikan dalam tu. 
4. Tekan menu STEAM, then preset time kepada 59 minutes and let the  pressure knob dekat seal. 
5. After 59 minutes, timer dah off.. Boleh VENT kan steam. 
6. Boleh bukak untuk kacau2 skit ikan dalam tu. Then repeat STEP 4, tapi timer set kepada 30 minutes.
7. After 30 minutes, repeat STEP 5 dan boleh sejukkan dulu sardines korang sebelum di packkan. 




Kali ni aku guna plastic untuk jimatkan space dalam peti sejuk. 




Aku pack kan satu plastic tu 4 ekoq ikan untuk sekali makan family aku. 


Haa meh aki ajaq cara nak frozen kan.. Kalau guna pek mcm ni.. Ko baringkan dia dlu.. Lpas da beku nanti baru la tegakkan dia balikkkkkk. Baru la cantik nnt susunan kat dalam peti tu. 

Tadi rasa skit. Pedas jugak. Ni kalau nak makan nanti boleh adjust2 lagi rasa dia letak sugar ka apa ka.. Aku mmg tak letak perasa apa2 siap2 kecuali chili paste and sos tomato tu... 

So for those nak cuba.. Good luck.. Korang da sepp banyak dah buat sendiri ya. 




3 Comments

  1. uishhh i just realized that i haven't had any sardines for years.
    dapat makan nasi putih + sardin + kicap pun dah cukup. ya Allah sedapnya

    ReplyDelete

Post a Comment