Resipi : Kai Phad Phed

2:10 AM

Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pffftttt...

Memberontak hati ni bila lepas menyusu nak upload resipi tau. Lagi pulak masa nk edit gambar nampak habis makanan kt hotel-hotel hari tu. Ini lah dogaaaannnn....

So marilah update resipi laju-laju supaya tak la kebuloq sangat nanti😂😂😂😂😂


Sedap, ringkas dan mudah!

Bahan-bahan:

*Ayam ( aku guna bahagian dada dua keping, potong-potong macam biasa)
Nak guna bahagian lain pun boleh, terpulang cuma aku kat rumah ni bahagian dada kalau masak-masak seketul-seketul tu tak berapa nak jalan. Kalau potong-potong gini baru jalan skit.
* bawang besar -1 biji
* cabai besar -2 biji (aku guna yang warna merah)
* cabai melaka -5 biji ( nak pedas letak lagi..aku kesian kat laki aku kalau pedas-pedas ni..satgi ada yang peluh habis kepala menahan pedas)
* lengkuas sebesar ibu jari
*daun limau purut
* kacang hijau / buncis
* bawang holand (potong bulat..ni untuk hiasan hujung-hujung nanti)
* minyak untuk menumis
* cuka
* sos tiram
* garam
* ajinomoto
* gula

Cara-cara:

1. Blendkan bawang besar, cabai besaq, cabai melaka dan lengkuas.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di blend tadi.
3. Masukkan ayam, sedikit cuka dan sos tiram.
4. Agak nampak ayam dah masak, boleh masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
5. Lepas tu masukkan kacang , daun limau purut and bawang hollad. Kacau-kacau then siap dah.

Apa lagi...boleh la ngap lepas tu dengan nasi panas-panas. Fuhhhhh sedap wei!

You Might Also Like

2 comments