Resipi Eggless Bun

2:05 AM

Hi korang....

Sebenarnya dah lama gila nak share resipi eggless bun ni. Yerp doh tanpa guna telur.

Bahan-bahan yang korang perlukan:
250g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil dry yeast (aku guna jenis Mauripan)
2 sudu besar margerine / butter (aku guna marjerin jenama Pelangi, ramai otai bakery suggest pakai brand ni)
1 sudu makan susu tepung / susu pekat
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil bread improver (ni aku letak saja nak bagi gebu, tak letak pun takpa)
130 ml air suam
1 sudu kecil gula pasir

Untuk topping:
Cheese parut
*** Blueberry ni aku takdak so aku takbuh. Pendek kata topping ni ikut korang.
Gula kasar

Cara-cara:

1. Masukkan 1 sudu kecil gula ke dalam air suam dan masukkan dried yeast. Tunggu sampai yeast berbuih, tu tandanya yeast da aktif and sedia untuk digunakan.
2. Dalam satu bekas besar masukkan bahan-bahan lain dan tuang yeast yang da dibancuh tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga doh sekata dan tak melekat.
3. Biarkan doh rest selama 1 jam (doh akan mengembang 2 kali ganda ya. Doh mesti kena tutup ya).


Ni doh yang dah mengembang dengan jayanya ya.

4. Then uli balik doh untuk keluarkan balik udara-udara dalam doh tu.
5. Then bahagikan doh dan uli bulat-bulat dan susun dalam bekas. Bekas tu oles dulu dengan marjerin / butter tau untuk elakkan roti melekat nanti.


Jangan lupa wrap or tutup doh dan biarkan another 45 minutes to 1 hr untuk doh tu mengembang.

6. Sementara tu, panaskan oven pada suhh 180 degree C selama 45 minit ( api atas bawah ya setting dia) .
7. Bila doh da kembang balik after 44 minutes to 1 hr, letak segala topping mak nenek.


Macam ni rupa setelah tabur topping ya.

8. Terus masukkan dalam oven dan bakar 15 minit ke 30 minit depends dengan suhu oven korang. Aku bila da nampak dia nk brown tu aku da keluarkan dia.



Taraaaa.
Siap dah. Sedap oi. Senang ja nak buatnya. Tapi bila M da datang tak guna sesen pun. Oh nak lagi sedap. Masa panas-panas tu sapu sikit marjerin dekat atas bun tu.

Makan ni pastu minum dengan ovaltine. Memang perfect combo oi. Dah lama tak buat. Rasa mcm malam ni nak kena buat la hai.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

2 comments

  1. bhahahaha akak nye ayat.. segala topping mak nenek hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tu la..tp mmg topping dia campak ja segala mak nenek kalau ada...

      Delete