Penyakit anjing gila di Penang

7:44 AM



Tudiennn kat Penang duk ada dah penyakit anjing gila or rabies ni...
P dahhhh.....

Jom baca ni....

Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya. 

“Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan dijalankan, beliau akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit memandangkan keadaannya adalah mencemaskan dan perlu ditangani segera.

Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 September lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 September di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.

“Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir,” katanya.

Guan Eng turut mengingatkan orang ramai yang digigit atau bersentuhan dengan anjing liar agar mendapat rawatan segera dan melaporkan kepada pihak berkaitan.  Bilik Gerakan Jabatan Veterinar boleh dihubungi di talian 04-5041407. – Bernama



LGE pun da bg order kan...so yang berkenaan sila jalankan tugas anda. Risau lepas satu satu penyakit duk ada.

Yang mana boleh kita elakkan kita elak. Nampak anjing hat pelik-pelik kita elak buang la kan.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

4 comments

  1. seriau dengar kes ni
    patut kerajaan negeri pantau cukup2 anjing2 liar tu

    ReplyDelete
  2. adoiii..takut jugak coz area umah ni banyak anjing liar..

    ReplyDelete