Food review: Din Skot Mee Udang

11:01 AM

Assalamualaikum n hai korang semua.

Kalau sebut Penang ja mesti semua duk terbayang nasik kandaq la, char kuey tiaw la, mee udang la, ikan bakaq la and the list goes la kan.

So hari ni aku nak cerita satu lagi port makan baik punya untuk mee udang. Tapi ni area mainland la. Aku ni discover pun sebab salah sorang uncle aku kat KL yang bawak kami mai makan kat sini masa kami p bercuti bersama-sama kat Penang. Dulu la dah lama rasanya tu zaman aku lepas diploma and keja kat Sumitomo sat kot before masuk degree balik. Punya la duk mai tiap-tiap tahun kat Penang pun tak pernah tau port baik ni. Orang jauh gak yang bawak. Hihihi. Yang bestnya husband aku pun tak pernah tau sebab ya lah dia kan origin from island part. So bila kawen, aku pulak bawak dia makan sini.

Aku cuma nak cerita makanan yang best-best ja tau. Ya la beberapa hari lepaih kan ada viral pasal mee udang siakap b@b! Ehhh tetiba pulak. Aku pun antara yang pernah kena. Sekali tu ja la aku p pun. Lagi sadis sebab tengah preggy time tu. Tergamak depa jamu seafood busuk kt mak buyung time tu. Ehhhhh tetiba nak cerita jugekkkk!

Balik cerita pasal Din Skot ni. Aku paling suka sebab makanan dia marvellous. Mee udang dia memang aku bagi 5 bintang!!! Sedappp oi. P up entry tengah malam pastu satg kebuloq pulak tengok gambaq. Tokey pun frenly sangat walaupun bekas army.



Sedap bagitau kawan! Tak sedap bagitau kami!!!
Ok pakcik Din, kami bagitau dah kawan2 kami ni!!!



Turun2 kereta bergegas ke meja nak menikmati sunset and pemandangan yang cantik!



Bestnya kedai ni betul2 tepi laut. Mengadap view island pulak tu.



Penang island masa senja. Cantik kannnn



Aku order mee goreng udang special.
RM15 macam tu. Siap ada sotong bagai. Sedap oi. Aku pulak sentap tengok mee goreng ni tengah2 malam ni.



Laki aku pulak order mee udang. Kuah dia sedap oiiiii.

Memang kalau aku nak makan mee udang ja sini ja lah port dia. Terbaik bohhh!!!

Oh lupa pulak nak bagitau location dia kan, kedai makan ni area Telok Air Tawar. Lepas dari kem tentera tu. Alaa hampa waze ja mesti jumpa aih. Tempat best takkan takdak dalam waze kot kan.

Pasai makanan lain aku tak berani nak cakap. Tapi tengok meja2 lain banyak gak yang order tomyam la ikan bakaq la bagai. Mesti sedap kan. Kalau tak sedap mesti orang tak order. And kebanyakkan yang mai makan kat sini pun regular customer dia. So dah tentu2 depa tau rasa dia kan.

Rating: 5/5

Satu lagi, hari Selasa depa tutup tau. Satgi p jauh2 tengok katup pulak. Nangis la nak!

Oklah
Aku pun nak tdoq ni. Takleh nak bukak mata dah. Satg duk jengey bijik mata ni nampak mee udang dia ja. Jenuh la mak jem ni nak menahan napsu makan mak jem ni!

Gud nite.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

13 comments

  1. Replies
    1. Try ka nnt tau kalau mai penang...
      Sedapp woo

      Delete
  2. nak kena p ni..sedap nampak udang besar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. P la kak murni...mmg sedap...
      Nk pilih udang sdri pun boleh..tp yg tu dia kira by kilo..mahai skit la..tapi berbaloi kalau nak udang betoi2 besaq boleh pilih n timbang

      Delete
  3. dh dkt sgt dgn umah mak kami...klau mlm kami mkn sini klau siang kami p warung kulat dkt2 situ gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa zai org belah2 situ kaaa...
      Warung kulat tu juai mknan apa pulak

      Delete
  4. lapaq pulak tgk mee udang mee goreng udang hangpa tu

    ReplyDelete
  5. sekarang ni dah bnyak sgt tempat yg jual mee udang kan.. so far mee udang ramly kat ipoh jaa husna takleh terima..sebab diorg pakai mee kering.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. ngeh3.. kadang2 tu memang orang jauh yg lg tahu.. sbb diorang buat research lg gempak dr kita
    yang dok dekat sni ehhe..

    ReplyDelete