Heloo hampaaa...

Confirm hampa semua suka masak spaghetti kan di kala-kala lock down kena bertapa sendiri dekat dalam rumah ni kan? Spaghetti ni pun versatile kan.. Boleh masak macam-macam cara.. Carbonara boleh... Marinara boleh.. Aglio olio boleh.. Bolognese pun boleh.... 


Macam dekat rumah ni kami semua penggemar Aglio olio.. So senang la mak depa ni nak melayan permintaan nak Aglio Olio tu.. Sebab senang and mudah. 



Aglio Olio seafood


Aglio olio with aubergine 

Haaa.. Memang pentegar Aglio Olio kan... Sedap sebab rasa pedas2. Tekak melayu kan.. Nak gak pedas rather than masam2 tomato aja πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi masalah aku satu ja bila buat spaghetti ni aku tak pandai nak bajet banyak mana nak kena masak spaghetti tu kan.. Ya la. Benda tak masak lagi kan. Mana kita nak tau.. Kalau nasi tu.. Beh la bajet... 2 cup kecik tu untum sekali makan 4 beranak kami kan...kalau spaghetti ni mcm mana pulak nak buat. Memang selalua terbuat lebih kan sebab tak reti nak bajet.

Sampai la ada satu time tu aku tengok AFC channel.. Dia ajaq guna ruas jari kalau nak tau banyak mana untuk portion sorang makan.. Dua orang and 3 orang... 


Credit to Google. 

So lepas ja dapat tips guna ruas jari ni... Macam masak nasi guna level jari gak kan... Ni pulak mcm ni ya... 
Kalau macam aku untuk 4 orang makan.. Biasanya aku guna yang 3 orang ni ja.. Sebab 2 orang lagi si kenit tu consider la macam sorang makan.... 

Lepas daripada tu memang guna tips ni ja untuk masak spaghetti... So far kira ok la portion dia.. Kalau ada lebih pun sikit ja.. Tak banyak macam selalu la kan... So takdak la banyak sangat pembaziran tu. Biasa yang lebih2 tu skit ja.. Sorang skit ngap.. Habis la dia... 


Aduiii sekarang ni teringin pulak Aglio olio seafood macam ni 😭😭😭😭

So nak tanya.. Hampa guna method apa untuk sukat kalau nak masak spaghetti ni? Ka main hentam ja macam aku dulu-dulu? πŸ˜… 











 Assalamualaikum...

Hai hampa semua... Tengah busy pdpr anak2 ke? Boleh terlondeh kain-kain bila pikiaq nak kena hadap benda ni lama lagi kan...but what to do... Kita terpaksa hadap jugak kan benda ni...

Stress memang stress.. Bukan kata mak2 ja stress.. Anak2 pun stres ya.. Dalam keadaan sekarang yang diorang takleh pi sekolah.. Belajar berdepan dengan cikgu-cikgu... Takleh jumpa kawan2 seperjuangan untuk bercoleteh dan bercerita.. Kesian sebenarnya dekat diorang ni.. Fasa energy tengah full kan..kesian terpuruk dekat rumah ja...

But it's okay.. As mother.. Kita kena la creative kan... Tambah duduk rumah kayangan atas langit ni xboleh la nak biar bagi main dekat bawah kan. Lock down kanπŸ™„... Sebab tu baru-baru ni ternampak ada membe aku order DIY cupcakes kit kat anak dia.. Terus aku pun order 1 set.

Actually anak2 aku dah lama ajak aku buat cupcakes n deco2 cupcakes ni.. Tapi aku bab2 ni failed la skit kan... Nak buat cream2 semua ni bukan kepakaran aku πŸ˜…... So bila nampak ja ada orang jual DIY Cupcake Kit ni terus la order kan...



Jom start deco! 








Kemain tau masing-masing kusyuk deco


Malam tu aku bake cupcakes guna tepung kek butter yg beli kt kedai eco.. Cukup-cukup 6 biji ja. 


Ok la utk beginner kan... Messy tapi cute gituuu haaa


Ni aku buat.. Asal boleh ja... 


Susun banyak-banyak macam ni comel jugak kan... 


Heppy face! 


Kemain lagi si adik

Kepada orang Penang yang nak buat aktivit DIY dengan anak2.. Boleh la beli DIY Cupcake Kit ni..hampa boleh pilih theme utk boy ka utk girl... 

Hampa boleh contact :

Wanda 

0175676358









 Ada yang suka makan dumpling tak dekat sini? Kalau korea diorang panggil mandu..kalau japan panggil gyoza.. Aku memang suka sangat makan dumpling ni...kalau makan dekat kedau 3 ketul dah berapa dah... Kalau beli yang frozen pun.. Mahal jugakkk... Hahhahaha...



Nak puas. Memang buat sendiri la cerita dia. Boleh buat banyakkkk siap pakej boleh frozenkan lagi....

Aku suka buat guna isi udang and isi ayam. sedap betul rasa dia...jom tengok bahan-bahan dia... 

Bahan-bahan:


Isi ayam yang dicincang

Isi udang yang dicincang

Daun bawang dicincang halus

1 biji telur

3 ulas bawang putih dicincang

1 sudu tepung jagung

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Sedikit minyak bijan

Kulit wantan




Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas shingga serata. 

2. Basahkan si sepanjang hujung kulit wantan, letakkan isi di tengah-tengah kulit wantan jangan letak terlampau banyak... Takut nanti pecah terburai pulak. 

3. Kelim kulit wantan kemas-kemas supaya tak dumpling kita tak terburai. Boleh refer utube untum tengok cara kelim dumpling.. Senang ja. 

4. Repeat la proses 2 dan 3 di atas sampai la isi dumpling semua habis. 

5. Untuk masak dumpling, panaskan sedikit minyak dan masukkan dumpling.. Letak bontot dia dekat bawah and masukkan air sedikit. Kemudian tutup pan dengan penutup dan biarkan dumpling kita masak. 

6. Selepas 5 minit, boleh la angkat dumpling tu and sejukkan. Kalau nak makan terus pun boleh. Kalau nak makan dengan sup pun best gilaaa... 


Tadaaaa.. Siap 35 ketul semuanya... 


Makan dengan suhun sup... 


Letak chilies oil pulak.... Sedapnyaaa 


Ni buat simpan stock frozen untuk kecemasan nanti... 

Selamat mencuba korang.... 
Kalau beli 8 ketul yang frozen tak silap aku harga dia rm8-10 jugak..ikut tempat... Menda boleh jimat.. Kita buat la sendiri sekali sekala kan... 












 Seperti yang kita sedia maklum KKM kekurangan kakitangan, sehubungan dengan itu KKM menjemput rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu KKM dan PPV mengatur orang menerima vaksin. Digalakkan bagi mereka yang terputus punca pendapatan untuk mendaftar sebagai sukarelawan. 



MyVac akan memberi elaun sebanyak  RM50 sehari. Kepada yang berminat untuk menyertai boleh la  mendaftar  di sini. Kepada orang lain, boleh la berkongsi info ini kot-kot la  ada saudara mara atau kawan-kawan  yang yang kehilangan pekerjaan boleh juga mencari pendapatan dengan menyertai sebagai Sukarelawan Bukan Kesihatan di musim pandemik ini untuk memastikan program vaksinasi negara berjalan dengan lancar. 





https://www.myvac.com.my/


Jom kongsi mana tau ada rezeki untuk kawan-kawan kita di luar sana. 

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS