Aku dari zaman duk kat Juru memang dah bercucuk tanam dekat balcony... Tapi memandangkan rumah baru ni balcony dia lagi kecik dari rumah kt Juru tu... So kena pilih la tanam yang suka ja.. Oh aku banyak tanam edible la sebab aku spesis suka makan ulam kan....lagi satu malas gila nak masak sayoq2 ni... Sep masa main petik ja nak makan ulam apa...

Hari tu da ada share pasal balcony dekat rumah baru ni.. So this time share lagi update apa edible plants yang ada dekat balcony lani... Jom tengok apa yang ada

Kacang panjang renek


Yang ni boleh petik dah buat ulam or bahan dalam nasi goreng.. Nyummmy. 


Ni baru nak jadi


Yang ni dah tua.. Boleh buat benih nanti. 

Bagusnya pokok kacang panjang renek ni dia tam perlu memanjat untuk hidup sebab dia spesis renek... Best dengan pokok ni... 

Selasih /thai basil


Senang hidup dan tak banyak songeh... Aku suka buat ulam. Masak pad krapao pun sedap. Letak dalam laksa siam haroi2 cing2

Sweet basil


Baru ada satu pokok.. Yang ni guna macam biasa la more to western. Buh dalam pasta... Buat pesto... 

Cekur


Cekur batik


Cekur biasa. 

Cekur ni sedap buat ulam or letak dalam masak lemak... 

Terung



Pokok ni dah tua... Maybe lepas2 ni nak kena tebang and buang kot. 

Cherry tomato


Ni grape tomato rasanya. Ada 2 jenis masa semai dulu. 


Bunga kemain banyak.. Buahnya 2 bijik ja.. Tengok lah nnt macam mana.. Kalau xkluar gak buah lain.. Kena say babai la... 

Cuban oregano


Ni yang variegated punya... Boleh letak dalam teh o ganti mint atau letak dalam perapan.. Rasa and bau sama sbijik dengan oregano kecik2 tu... Sebab tu nama dia oregano gak


Rosemary


Creeping rosemary.. Jenis menjalar ni. Payah la gak nak jumpa kat Malaysia. Antara herb org putih yang senang jaga dekat iklim Malaysia ni. 



Ni pokok rosemary biasa. Ada bunga telang sesat dekat pasu dia... Masa hari tu pi CH.. Geram tengok rosemary dkt CH.. gemuk and tinggi2 pokok dia.. Dah la wangi ja bila hujan.. Duk lalu kat tepi2 tu... 

Ketumbar Jawa /Cullantro


Bau dia sama macam ketumbar biasa tu. Beza dia bentuk daun ja.. Letak dalam sup ka tomyam power.. Letak dalam pho n vietnam rolls pun power... Kalau ketumbar biasa org putih kata coriander /cilantro.. Yang ni cullantro.. Fames dalam masakan Mexico sana. 

Daun Limau Purut



Wajib la ada kan kalau dah nama Siam peranakan. 


Bayam brazil


Ni pun antara yang senang nak tanam and beranak pinak😂

Pokok daun kari


Ni baru lepas cantas nak bagi naik elok lagi and bercabang pucuk baru.. Baru la pokok sentiasa elok, rendang dan merimbun. 




Pokok Daun Sup


Antara yang berbuih gak nak tanam😅


Pokok rama-rama dan daun bawang. 


Pokok daun rama2 tu sebab aku suka tengok daun dia. And daun dia boleh keringkan buat teh.. So why not kan.. Daun bawang tu sebab da ada yang tumbuh.. So letak ja lah dekat situ.. Boleh amik daun and boleh jadi kawalan serangga perosak. 


Ada lagi a few baru duk semai.. Nanti la kita update lain.. Aku ada share pasal cerita community garden aku.. Utk floor aku jalah tapinya dekat SINI... ada cerita pokok2 apa yang aku tinggal untuk wakaf boleh sama2 guna dengan jiran2.. 

























 Ok lamanya tertangguh nak buat entry pasal Sabah ni...mana taknya gmbar ada banyak gila.. Nak kena pilih mana yg paling cun.. Nak buh watermark lagi lah semua...haaa banyak kan kerja diaaa.....

Please bare in mind... This entry will have a lottttt of picturessssss..... Jangan jemu ok!

Untuk Island Hoping Part I kami pi ke belah Taman Marin Tun Sakaran. Antara pulau-pulau yang kami pi adalah Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Ketiga2 pulau ni Subhanallah lawa gila....




Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang ni lawa gilaaaaaaaa.. Macam dalam cerita Moana ala2 pulau yang ada gunung berapi bagai tu... And asal-asalnya jugak Pulau Bohey Dulang ni ada berkait dengan Pulau Tetagan and Pulau Bodgaya... Kiranya sejarah dia dari volcanic macam tu la... Masa kami pi tu.. Hanya boleh ke Bohey Dulang saja... Masa mak, kakak n adik aku pi sebelum tu.. Boleh pi dengan Pulau Tetagan..but die to some safety issues... Depa da tak benarkan bawa tourists pi ke Pulau Tetagan tu sebab ada kes bajau laut rabat naik ke bot orang2 yang pi island hoping.. So start dari situ da xboleh dah.

Jom lah layan gambaq dekat Bohey Dulang ni ya. Oh lupa nak cakap.. Dekat Bohey Dulang ni xboleh nak snokerling.. Dekat sini orang duk hiking untuk amik view dari atas. Tapi sebab kami xbawak kasut sport n ada budak2 so memang tak lah kan. 



Dua gmbar kat atas ni credit to Google. 
Lawa gila kan... Unik dia punya tu sebab hasil daei Volcano yang dah mati. 







Lawa kan semua gambaq dekat Bohey Dulang ni kan... Masa kami pi ni banyak gak la pelancong2 dari China sana nunnnn.. Time tu awal bulan 12 tahun lepas.. Zaman sebelum Covid 19 Wuhan Virus melanda. 

So dah habis lepas lepak2 dekat Bohey Dulang maka kami pun nak gerak ke next island.. Nasib la chartered satu bot tu untuk Mak Jah's clans sahaja.... 

Pulau Mantabuan 



Ayaq jernih gilaaaaa 🏝️🏝️🏝️

Jom layan gambaq2 dekat Pulau Mantabuan...
 









So how? Terpikat tak dengan keindahan dua pulau yang aku tunjuk ni? 

Haa dekat pulau ni la kami lunch.. Lunch xdak la juai dekat pulau ni ya.. Ni dah masuk dalam pakej sekali dengan boat semua... 

So lepas ja lunch tu terus kami gerak ke next pulau. Jarak ke next pulau tu boleh tahan ya.. Dengan arus yang kuat.. Lepas tu nak kena belah ombak and arus yang kuat tu... Masha Allah.... Time kena melambung2 tu rasa taubat... Tapi bila sampai... Subhanallah.. Maha Suci Allah uang menciptakan sebaik-baik keindahan. 

Pulau Sibuan

Pulau ni pun lawa gilakkkkkk okkkkk... Malas nak nak cerita panjang2.. Memang berbaloi la nak mai sini kena berhempas dengan ombak and arus yang kuat... Worth the journey to find this treasure gituhhhh... Jom laayan gambaqqqq sudehhhhh.... 


Time ni baru keluaq dari Pulau Mantabuan.. Tak dilambung ombak lagi... Lepas ja ke tengah skit. Amik kauuuu mengucap panjangggg... 


Hello Sibuan 🏝 


Makan lagiiiii... Usu kena pau dengan Ecah







 Lawa gilaaaaaaaaaaa kannnn 🏝 nii

Masa dekat Sibuan Island lama la jugak. Macam kami pi chartered sendiri satu boat kami saja senang tak terkejar2 nak itu ini... Free skit la kan..kami lepak dekat sini lama gak la.. Lepas tu untuk last snokerling dia bawak kami ke tengah skit guna boat.. But stil depan Sibuan Island ni... Tapi dalam lerrrr.... Sempat la snokerling untuk last kopek untuk hari tu kan... 

Dalam pukul 4 macam tu kami da kena gerak balik ke Semporna sebab perjalanan tak silap dalam masa lebih kurang 1jam+ jugak la... Yang pasti pukul 5.30+ macam tu xboleh ada dekat laut dah. Boleh kena tangkap dengan polis marin or askar sebab dah mnyalahi undang2 dekat sana. Depa takut kes lanun kan dekat belah2 situ... 

And balik ja dari situ... Depa nak sambung mandi dekat depan homestay yang kami duk tu.. Aku tak koserr laaa haiii.. Rasa nak pengsan sebab penat gila.... 

Petang tu lepas layan sotong celup tepung... Aku terbongkang depan tv dekat hall.. Hahahhahah... Last2 pukul 9 malam ka terjaga.. Kul 9 malam kat sana rasa mcm dah pukul 10 - 11..nasib la ada geng2 sabah bha ni duk karok dekat kedai makan depan homestay atas ayaq yang kami stay ni... So xlah rasa sunyi sangat. 


So komen aku untuk  tiga-tiga pulau yang aku pi ni... Seriously aku rasa pulau2 dekat Sabah ni memang world wonders betui.... Pulau2 kat Siam pun xleh lawan la sepanjang pengalaman aku duk pi Island Hoping belah2 sana.... 

Aku rasa sebelum kita duk gila pi negara2 lain... Baik kita treasure dulu apa yang negara kita sendiri boleh offer kita... To be frank..hang kalau dah kena pulau2 kat Sabah ni.. Memang hang pi mana pun hang akan compared dengan pulau2 dekat Sabah ni. 

My 1st island hoping back then was dekat Taman Marin Tunku Abdul Rahman dekat KK Sabah. Coral dia kat tepi2 dah warna warni weiiii... Lawa gilos... Bila pi Phuket  la Krabi la pastu.. Coral dia pun x sepower dekat Sabah tu... 

Bak kata Katy Perry..

Comparisons are easily done
Once you've had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one
I still got the seed
You said move on
Where do I go
I guess second best
Is all I will know

Ehhh ternyanyi pulakkkkk..... 

Apapun... Pada hampa yang suka laut ni.. Cubaa test pulau2 dekat Sabah ni..for sure hampa akan rasa apa yang aku rasa... 











 


Small Community Project : Plant People

by Alia Farhan, 7:25 PM

 Sebenarnya dari MCO lagi nak buat community project.... Buat community garden dekat tempat aku duduk ni... Dah survey dah tempat dekat bawah tu... Tapi dia punya tanah tu penuh dengan batu2... And time tu husband aku pulak da kena start balik jalan kerja after PKP lepas raya hari tu... Nak buat sorang2 memang x daya la kan.... Nak merumput bagai lagi semua...

So here we are... Buat dekat area lift tingkat aku ja lah... Senang skit nak maintain and tengok.... 



Ada la pokok2 basic dalam masakan yang boleh digunakan.... 




Daun kesum ni gigih tau mintak dekat my former Math's lecturer... Nasib minat sama.. Gardening ❤️


Pokok kari ni mintak dekat Suki.. Suki yang baik bagi kat kita😘


Ni pokok kunyit ni gigih tau korek dari Jitra.. Kalau nak tunggu dia besaq lambat gak kot. 


Pokok bendi... 


Bendi pun da keluaq bunga semalam... Tunggu dapat bendi la pasni..... 




Ni pokok pandan.... 

Dah cakap dekat jiran2 kalau ada yang nak pakai.. Amik ja... Memang letak sini untuk wakafkan utk semua jiran2 floor ni nak pakai... 
Sebab tu nama dia community garden.. Tapi untuk floor aku ja lah... 

Seronoknya kalau dapat buat program community garden kat bawah tu kalau ramai2.. Kalau sorg2 pitam gak la... Bila tengok community garden dekat spore sana.. Seronok n best betul lah rasa.. Hopefully one day dapat buat gak macam tu.. 


Ihsan dari Google. 
Dapat buat community garden macam ni bestnyaaaa lahaiiiii... 






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS