Bosannnnn kannnn kena berkurung macam ni kan.. Tapi takpa lah... Demi mengelakkan keboringan melampau... Meh la aku update blog laju2.

Dah bila asyik terkurung ja ni mesti ada ja yang pening nak masak apa kan. Sebab tu selaku mak2 kita harus ada list panjang2 nak masak apa. Memang boleh pening wei nak masak mcm2 ni.

Tapi tu la..moh ler aku share cara aku buat sambal sotong sedap gila and mudah. Gerenti sedap!




Jom tengok bahan-bahan and cara aku buat.

Bahan-bahan:

3 ekor sotong size sederhana besar (potong ring bulat-bulat)
*1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
*7 biji cili kering (rendam air panas and tosskan)
Minyak untuk menumis
Sos cili
Gula melaka
Air asam jawa /1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Blendkan bahan-bahan yang bertanda *.
2. Dalam periuk /belanga panaskan minyak.
3. Tumis bahan-bahan yang diblend tadi.
4. Masukkan air asam jawa atau asam keping.
5. Masukkan sos cili dan gula melaka(aku guna gula melaka yang beli dekat Siam yang kecik2 tu). Kalau taknak guna melaka pun xpa.
6. Masak sampai paste sambal ni kering dan pecah minyak.
7. Bila dah betul2 kering boleh masukkan sotong, time ni air sotong akan keluar,sebab tu kena pastikan sambal tadi masak sampai betul2 kering.
8. Then perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kalau taknak guna serbuk perasa pun xpa.
9. Bila dah nampak sotong dah mula masak dan air sotong dan keluar boleh la tutup api.


Dah siap. Boleh dah makan dengan lauk-lauk lain. 

Itu la keja aku 4 hari ni. Masak.. Makan.. Masak. Makan... Kemas rumah.. Basuh baju.. Tengok netflix... And repeat all over again. 

So apa pun.. Stay home. Together we break this Covid 19 chain. 







Ok sebab hari ni hari ketiga kena partial lock down kita dah mula start guling2 macam tenggiling.. Oh hoiiii...

Ya boring mmg boring.. Tpi kita kena jugak #STAYHOME sebab tu tanggungjawab kita untuk kurangkan penularan wabak Covid 19 ni. Kalau ikut ni takkan saja2 kerajaan nak declare cuti/work from home kan. Jangan pulak time2 ni la merenyam nak pi bercuti la balik kampung lah.

2 minggu ja gais utk kita tahan diri kita. Nak ke berlanjutan sampai puasa melarat ke raya? Xmau wei xmau😭😭😭

So disebabkan kita boring... Boring2 kita update la blog. Gambaq pun da siap letak watermark kan.. So cargass kita update blog.

Untuk bilik anak2 kami.. Memandangkan kami ada dua orang anak n dua2 adalah perempuan.. So kami plan untuk buat 1 bilik sharing untuk depa dua.

Memandangkan bilik depa tak besaq mana.. Biasa lah rumah burung kan.. So kami kena la be creative kan. Kami nak bilik depa spacious and tak rasa mcm terlalu sempit untuk depa dua orang.

Pilihan kami untuk depa adalah katil loft dari ikea,Stora.


Ya katil ni lah yang kami beli untuk depa dua. Harga tu tak termasuk mattress ya. Mattress asing. 
Oh ya masa aku beli hari tu... Ikea buat sales tinggal RM1099 nad another 10% for VIP member. So dapat la dalam RM900+. Murah banyak kan. Hehe 

Ukuran stora ni adalah sepert berikut


Ukuran mattress hampa kena beli yang lebar dia 140cm. Kalau queen biasanya 150cm dalam erti kata lain kena beli mattress dekat ikea jugak yang lebaq dia 140cm ya. 


This is how they look like. 


Dat corner fill with pillows is actually a foldable mattress. So at night, Aishah will sleep here. Dia tak tdoq lagi dengan kakak dia dekat atas. 


Dalam bilik ni kami pasang aircond. No ceiling fan sebab dekat gila kot dengan kepala. So i bought this antique fan, Khind brand from shopee. And kipas ni sangat cantik and kuat ya. 


Their corner to lepak2. 


Ini propa ja ecah tu.  Nanti dia besar skit.. Dia boleh join kakak dia tdoq kat atas ni. Main reason we bought this loft because this is a twin loft.. So it's huge enough to fit our two girls.

Oh ya.. This Stora Loft from Ikea is made from solid pine wood. It is solid enough for our lil girls. 

Aku recommend la sapa2 yang ada anak2 and limited space. Boleh la beli this loft bed from Ikea. Ikea ada jual loft bed untuk single bed jugak. Yang tu pun ok gak... Boleh jimay space jugak. Yang single loft bed tu sebijik macam dekat hostel UIA Gombak. Tau sebab aku pernah pi ke bilik kawan aku dekat UIA Gombak dulu. 

Kalau ada yang nak tanya apa2 psal loft bed ni.. Boleh la drop question dekat komen.. Nanti aku akan cuba jawab ya. Thank you 







My New Balcony Garden

in , by Alia Farhan, 12:01 AM
Pening lah dua 3 menjak ni dengan cerita Covid 19 yang naik mendadak ni. Aduhhh sakit dada...

Bukan saja2 nak pannick.. Tapi berpesan2 lah.. Time2 dilanda wabak macam ni.. Elak lah berpeleseran tak tentu hala. Yess memang tengah cuti sekolah.. Tak salah pun kalau berkurung dekat rumah sampai wabak ni reda dulu.

Nak tawakal pun.. Usaha kena ada. Yang masih gigih travel ke negara2 yang terjejas teruk tu.. Korang xda perasaan ke macam mana ka? Cerita yang dekat Italy tu menginsafkan korang ka? Dengan peningkatan sampai 190 orang dah tentu la kita pannick kan.. What if jadi macam Italy.. Pihak doctors kena pilih nak selamatkan sapa dulu. Bayangkan yang kena tu mak ayah kita.. Tak rasa bersalah ka?

Ni another mass gathering dekat Penang pulak... Hmmmm.. Speechless dengan orang Malaysia ni. Sebab tak reti2 amik pengajaran dengan apa yang duk berlaku.
Hmmm malas lah nak cakap panjang lebaq... Bukan orang nak baca pun kan...

Ahhh jommm lah kita tengok my new balcony dekat rumah baru ni.


Hola... Sekarang lagi bertambah2 banyak pokok. 


Cili




Bayam brazil


Tomato ceri


Ketumbar jawa


Terung


Kacang panjang renek


Keledek ungu. Tengah biarkan dia tumbuh tunas dulu... Nanti akan pindahkan ke dalam pusu. Plan nak amil pucuk dia untuk buat ulam/sayur. Lagi satu daun dia lawa. Warna ungu macam tu. 


Baru semai pokok sup ni. Harap2 mnjadi la ya


Ni pokok kangkung. Pun harap2 membesar dengan jayanya lah ya


Lepak dekat balcony masa pago 1st day Restrictions Movement dekat Malaysia. 

Kamon Malaysians.. Kita stay dekat rumah ja. Kawal pergerakan. Takdak reja takyah duk wat ramai nak keluaq. Together we break the virus chain. 




Sebelum ni aku pernah share resipi sardin homemade aku yg gone viral.. Kahkahhh... Ada la page yang tak bagi credit pun hado.. Tu la nama dia manusia kan.

So macam biasa la sebab puasa pun tak lama lagi kan. So kita buat la stock. Kebetulan ikan selayang/sardin tengah murah kan lani.. Dapat la sekilo rm9. Tapi ikan dia tak la besaq sangat. Tadi aku dapat 26 ekoq dalam rm8+. Tapi 6 ekoq da selamat goreng untuk makan tengah hari. 

So kali ni nak buat version pedas pulak. Ala2 sambal gitu. Nak tengok rasa dia macam mana kan. 

Resipi:

Bahan:

Ikan selayang/sardin (nak guna makerel pun boleh...nanti jadi makerel homemade la bukan sardine homemade😆😆😆)
2 senduk Paste cili
Sos tomato (aku pakai kimball dalam paket refill tu..sapa rajin nak buat sos tomato sendiri silakan)
Minyak untuk menumis (lebihkan sebab minyak ni akan preserve sardines kita in case kita da defrost or letrik xdak) 

Cara-cara:
1. Ikan sardin ni aku potong kepala..buang segala sirip dan perut ( aku tak potong 2 sebab ikannya kecik ja)
2. Dalam philip pressure cooker, masukkan minyak agak banyak, then masukkan chili paste 2 senduk, 1 senduk sos tomato.
3. Then masukkan semua ikan dalam tu. 
4. Tekan menu STEAM, then preset time kepada 59 minutes and let the  pressure knob dekat seal. 
5. After 59 minutes, timer dah off.. Boleh VENT kan steam. 
6. Boleh bukak untuk kacau2 skit ikan dalam tu. Then repeat STEP 4, tapi timer set kepada 30 minutes.
7. After 30 minutes, repeat STEP 5 dan boleh sejukkan dulu sardines korang sebelum di packkan. 




Kali ni aku guna plastic untuk jimatkan space dalam peti sejuk. 




Aku pack kan satu plastic tu 4 ekoq ikan untuk sekali makan family aku. 


Haa meh aki ajaq cara nak frozen kan.. Kalau guna pek mcm ni.. Ko baringkan dia dlu.. Lpas da beku nanti baru la tegakkan dia balikkkkkk. Baru la cantik nnt susunan kat dalam peti tu. 

Tadi rasa skit. Pedas jugak. Ni kalau nak makan nanti boleh adjust2 lagi rasa dia letak sugar ka apa ka.. Aku mmg tak letak perasa apa2 siap2 kecuali chili paste and sos tomato tu... 

So for those nak cuba.. Good luck.. Korang da sepp banyak dah buat sendiri ya. 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS