Assalamualaikum

Aduhh... Apa nak jadiklah dengan blog ni..dah lama tak berupdate. Bulan ni boleh kira baru berapa kali update. Aiyokkkk. Lepas tu berangan nak trafik tinggi.. Berangan nak Adsense kaching kachingggg kannnn... 😬😬😬

Ok lah.. Tanpa membuang masa... Marilah aku nak share pasal resipi telur rebus air asam yang viral sejak dua tiga menjak ni.

Sedap jugak noks. Aku suka sebab senang... Tapi sedap gila. Bahan2 pun semua simple ja.

Jom la aku share apa nak kena ada... Apa yang hampa kena buat...


Bahan-bahan :

Telur direbus (tapi kuning dia kalau boleh jangan fully cooked)
Belacan
Air asam jawa(bancuh dengan air masak/filter)
Cabai melaka
Bawang merah dirincik2 halus
Tomato
Garam
Gula
Serbuk perasa kalau nak

Seee.... Sikit ja bahan dia kan....



Untuk dapatkan hasil teloq macam ni.. 
Hampa kena rebus teloq dalam 8 minit-9 minit. Jangan lebih dari 9 minit ok. Tapi kalau hampa prefer fully cooked.. Boleh ja rebus 10minit mcm tu. 

Cara-cara:

1. Rebus teloq ikut petua di atas. Cepat2 angkat lepas 8-9minit. Jangan biar dalam air panas. Lalukan dengan tap water untuk stop dia dari terus cook. 
2. Bila telur dah sejuk. Hampa boleh kopek under running tap water untuk sennagkan tugasan mngopek kulit teloq supaya elok tak terkopek sekali dengan isi teloq putih. 
3. Dah siap kopek, belah dua teloq rebuih hampa. Ketepikan sat. 
4. Dalam mangkuk lain masukkan semua bahan-bahan yang da dilistkan di atas kecuali teloq rebuih tadi. Tenyeh dan tenyeh bahan2 semua tu sampai sebati. Hampa rasa la. Kalau tak cukup masam tambah la air asam jawa. Bagi balance rasa masin.. Masam.. Pedas.. Manis semua tu. 
5. Bila rasa ayaq asam hampa dah sebati..boleh la curah ayaq asam hampa tadi dekat teloq rebuih hampa tu. 
6. Jangan terus ngap. Tunggu la sat beda 20 minit bagi rasa air asam tu meresap masuk ke dalam teloq rebuih hampa tadi. 


Ni makan dia saja pun dah sedap hampa oiii. Aku sebab makan dengan anak2 kan.. So kena la buat lauk lain lagi. Hahhahahah


Simple2 ja lauk dia. Tapi tu la boleh pergi ke laut kalau tengah diet oiii. 







Lagi berapa hari ja budak2 dah nak start cuti sekolah kan. Kalau cuti sekolah ja... Penang salah satu destinasi pilihan untuk orang bercuti bersama-sama keluarga kan.

Dekat Penang ni jugak ada macam2 cafe yang menarik.. Yang hampa boleh try. Salah satunya 34 Bishop Cafe ni. Kedai yang menyajikan hidangan barat pada harga yang berpatutan bagi aku.



 Well presented.. Well seasoned.. N provide good n comfy place to dine with your love one. Aku suka sebab comfy ja.. Siap ada aquarium besaq ada ikan lawa2 kat cafe ni. Rasa tenang tgk ikan2 tu duk berenang dekat dalam tu.




Cantik kannnn kedai dia. One of the heritage building in Penang. 



And bukan jenis nak propa ya.. Kalau aku cakap sedap.. Memang sedap. Those who knows.. Knows... Aku memang jenis lidah hi taste. Kahkahhhhh


See all the foods? πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… 
Salivating pulak dahhh

Ajooommm lah kita tengok dulu menu2 yang kami semua cuba hari tu. 

Drinks


Romantic Yuzu



Gula Melaka Matcha. 



Virgin Mojito



Chocolate Mint Latte



Starters 


Buffalo wings. 
Sedap gilos. Tak puas makanπŸ˜‚


Cheesy Chicken Wings. Sedap berebut. 


Chili Beef Fries. 
 Sedap gilos


Pasta


Chili lime pasta with salmon. One of my favourite.. Nyumss 


Spaghetti Al Limone With Prawn Tempura 


Spicy Seafood Thai Style Pasta 


Chicken, Lamb & Fish Menu



House Special Cheesy chicken chop


Honey Stung Chicken chop. I lioke the white tartar sauce. Sedap makan dengan tartar sauce rupanya chicken chop ni kan. 


This is MY FAVOURITE! 

Salmon with Morrocan Cream. This is da bombbbb.... Something new to my taste bud something new to salmon menu that i ever taste. Selalu salmon ni orang grilled and makan gravy biasa2 ja kan. But this one... Arghhh sedapnya. 


Signature Braised Lamb Shank. 
Lamb shank lovers wajib kena try ok. 


Burgers


Grilled Chicken Burger with Black Pepper Sauce. 


Superstar Beef Burger With Chili Beef. 


Desserts



Bananas Foster French Toast


Chocolate Sundae Special 


Nyummmyyy
 Sedap wuii yang banana tuuuu





Please enjoy my aquarium moment at this cafe. 


For those yang nak mencuba makan dekat sini.. Boleh la ke :


Alamat: 
34, Bishop Street,
George Town, Malaysia 10200

Nombor telefon:
012-405 1784

Waktu operasi:
11:30 AM - 10:30 PM

FB :

IG :







Dah official duduk kat rumah baru ni seminggu lebih dah. Dah rasmi dah dapoq baru.. Dah rasmi dah peti ice baru...

Benda paling best bila nak penuhkan peti ais dengan segala haiwan2 untuk dijadikan stock makan.

Masih lagi duk angkut stock ikan di kedai Aceh bila balik Juru sebab mana nak dapat ikan jenahak bahagian isi RM24/kg.. Kepala jenahak RM20/kg uiiii... Ikan kerisi RM11/kg.... Murahhhh kannnn.. So harus lah bila balik ke Juru.. Sambil2 tu tangkap la jugak haiwan2 di kedai Aceh.

Balik Juru hari tu hari Rabu... Dah beli ikan jenahak 6 ketul dengan harga RM20 macam tu. Lepas tu beli ikan kerisi 8 ekoq dalam RM10 macam tu and beli udang 20 ekor size L mcm tu dengan harga RM8+. Memang heaven gila balik Juru shopping ikanw dekat kedai Aceh ni.

2 hari lepas tu ke Tesco Extra dejat rumah baru ni.. Plannya nak beli pencuci stainless Steel ja. Tapi biasa la mak2 ni kan. Mana tenang lalu saja dekat bahagian2 binatang2 laut ni. Hahhaha.


Ya beli lagi ya untuk memenuhkan freeser. Mana boleh kalau freeser lompong2 ni. Tak tenang hidup ku. Lagipun rumah ni jenis makan ikan. 

Campoq dengan stock beli dekat Kedai Aceh masa rabu lepas and lepas masak untuk hari khamis hari tu.. Lepas la untuk seminggu lagi. Memang kuat makan lauk kita orang ni. Kalau makan dekat luaq tu macam2 lauk ambil. Tau2 dah berapa kena. At least bila beli ni.. Masak sendiri..puas makan kan. 

Ikan nyoknyok yang beli tu memang plan nak buat kari ja. Sebab nyok2 dan kari berpisah tiada.  Ikan kerisi tu goreng ja pun dah sedap. Ikan bawal emas pun selalunya kari ja. Tapi esok plan nak buat masak lemak cili padi tengok macam mana rasa dia. Harap2 ngam la kan. 

So hari ni..hari Sabtu.. Mengkari la lah lagi kita.. Baru hari khamis hari tu masak kari jenahak.. Laki cakap kari lagi.. Eleh dia ni lupa ka orang utara dengan kari /gulai berpisah tiada. 


Tengok ni balik rasa terlioq pulak... Ahh sudahhhh... 
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Rasa macam banyak kali dah upload resipi kari ni. Basically buat dia sama ja. Maybe bahan2 dia macam lauk tu guna ikan lain.. Sayur tu guna sayur lain. Bahan utama dia tetap sama. 

Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan:

1. Seekor ikan nyok2(aku amik bahagian isi ja.. Kepala simpan nanti boleh buat kari kapla ikan)
2. 1 biji bawang besar ( blend) 
3. 4 ulas bawang putih. (blend)
4. Serbuk kari ikan ADNI(4 sudu makan/1 peket kecik)
5. Serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
6. 2 tangkai daun kari
7. Satu sudu halba campur.
8. Sedikit minyak untuk menumis
9. Air asam jawa
10. Garam
11. Serbuk perasa
12. Tomato
13. Buncis (dipotong panjang  mancis) 
14.Cabai besar(dipotong serong) 
15. Cabai melaka


Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis halba campur dan daun kari dan bawang2 yang diblend. 
3. Kemudian masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili dan kacau.
4. Then tambah air asam jawa and tambah air.
5. Biar kari merenih dalam 15-20 minit supaya rempah masak dan pecah minyak dan kuah makin pekat. 
6. Agak rempah kari da start masak dan pekat masukkan ikan, garam dan serbuk perasa dan tambahkan air
7. Lepas tu , masukkan la segala tomato, cabai besar dan buncis dan cabai melaka. 
8. Jangan masak lama-lama sangat nanti hancoq ikan tu. Dah mendidih sekali terus tutup api tu.

Dahhh siap. Sedap gila oiii!!!

Ni makan dengan sambal belacan... Lepas tu goreng ikan kerisi skit. Lepas tu ulam terung bakaq.. Tudieeennnn sedap nya.. Ni lah lauk kami hari ni. Makan la dari tengah hari bawak ke dinner. Bapak dia tambah goreng teloq dadar ja dinner tdi. 

Yang lain licin... Sedap kerrr.. Dalam duk kata kari lagiiiii.. πŸ™„πŸ™„πŸ™„

P/s: kalau guna rempah kari brand lain.. Aku prefer tambah skit serbuk cili untuk bagi pedas and nampak merah2 skit. Aku memang suka kari aku nampak2 merah skit baru menarik. Kalau hampa guna rempah kari brand Adni ni memang tak payah dah bubuh. Rasa rempah kari dia memang terbaik dan meletop gila. Cuba la kalau tak percaya. 


Assalamualaikum

Tudia. Lamanya tak update blog. Busy pundah rumah.. Kemas rumah.. N susun brang2 balik.. Allah saja yang tau bertapa penatnya badan ni.

So kami da officially pindah masuk ke rumah baru kami khamis lepas. Alhamdulillah everything went well. Cuma penat tu Allah ja lah yang tau kan. And banyak hari jugak la tak masak sebab hari tu tong gas takdak. Ni pulak tong gas dah ada bahan nak masak xbeli lagi.

So memang banyak hari jugak la duk makan dekat luaq ni. And paling best bila duk kat area rumah lama aku pernah stay masa zaman keja kat Sumitomo ni.. Location rumah ni best sebab dekat dengan semua tempat yang best2. Nak pi Queensbay dekat... Tesck Extra dekat. Sunshine dekat.. Giant dekat. So kira ok la.

And husband pun ada ajak makan Western food dekat area rumah kami ni. Memng sedap gilos la tempat ni. Recommended sangat2 lah.

Nama kedai ni The Original Mikki Western Cuisine (Sungai Nibong). Kedai dia memang dekat area Sungai Nibong ni jugak la.


Jom tengok menu2 dia. 







Nu menu2 dia.. Harga not bad... Still reasonable bagi aku. 

Ni masa 1st time pi makan... 


Chicken parmigiana utk Ecah... Sedappp.. Dia suka ok. 


Chicken chop utk Adriana 


Laki aku makan fish n chip.. Not bad.. Skit lagi nak masa level dengan Kailis n Cicerello dekat Fremantle... Sedap! 


Onion rings as side dishes. 


Aku order ni haaa... Smoked Duck Aglio Olio.. Nin haaa sedapp gilaaaa... 

And kali kedua kami pi.... Kami order pulakkkk makanan-makanan ni


Bolognese pasta utk Adriana.. Sedap.. Evetho i'm not a fan of bolognese but this one deserve applause 


Coleslaw laki aku order


Ni laki aku punya.. Spaghetti Brocoli Pesto with grilled fish apa ntahhhh... Sedap wehsssss... Memang definitely must try! 


Chicken cordon bleu for Ecah..dalam gambaq nampak tak clear. Tpi sumpaj sedap dari Secret Recipe. Hahhaha


Aku masih setiaaaa.. Order smoked duck aglio olio yg sedap ni.... Aku kannn setiaaa... Lepas ni pi Irama tak kekwat n pedo dah nak order makan Smoked Duck Masaman tu... Kat sini pun boleh dapat Smoked Duck dag.. Hahahhah


Yang nu dia belasah dulu kakak dia punya sebab dia punya cordon bleu sampai lambat.... 


Overall memang sedap gila. 
Harga murah dan berpatutan untuk aku sebab rasa dia sedap2 belaka. Aku sukaaa sangat makan tang ni. Thank God sebab dekat gila dengan rumah baru aku ni. Hahhaha

The Original Mikki Western Cuisine (Sungai Nibong), 
1, Jalan Pantai Jerjak 13, Taman Pantau Jerjak, 
11700 Gelugor, 
Penang


Sapa yang nak pi boleh la waze dekat atas na. 
Dia bukak dari pukul 6 petang sampai 9.40malam ja. Lambat kena tinggai. Depa tak bukak lama2. Aku suka sebab makanan serve pun xlambat. 

Repeat? 

Ehhh of course lah.. Dah la dekat rumah.. Tak payah nak bersesak2... Makanan sedap.. Harga reasonable.. What more can I say? 

Ok la.. Till then. Chiao
.. 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS