Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita pasal makan dekat Me'nate Steak Hub Ampang hari Sabtu malam baru2 ni. Oh before that lupa nak habaq kami pi KL sebab ada knduri sedara husband dekat Shah Alam. So Alang2 stay kl kan.. Why not having Me'nate kan...

So being Perak buih.. And being penangite celup... Of course la aku teringginnnnn sangat nak rasa Me'nate ni sedap ke idokkk... Aterrr gerammmm ja nengok kawan2 blogger KL duk pi review kt Me'nate kan.... Takleh jadik ni kannnn...

Sebab kami stay dekat area KLCC tu so kami decide to go the nearest one dekat Ampang ja lah kan. Nearest tak nearest jugak la mai dengan jammed dekat area situ kannn.. Hohhhhhh.. Stress aku kalau kl niii.. Penang punya jammed aku boleh copped lagi laaa. Bercinta nak sampai Ampang je punn.. Daaa.

So apa yang best sangat dekat Me'nate ni?mai kami nak try tengokkkk. First impressions OK not bad.. Kedai OK.. Best sebab boleh pilih daging steak yang hang nak tu. Lupa pulak nak tangkap gmbaq dekat situ masa duk pilih daging steak tu. Basically ada la sirloin, ribeye, wagyu, ribs, salmon fillet, chicken leg, lambs n etc.

So aku pun pilih la bahagian sirloin kan. Nak pilih wagyu tu macam tak gamak pulak sebab harga dia RM280+.. OK la kan.. Standard harga wagyu kot. Aku tengok dekat cold storage pun sekilogram dalam RM1K+. Gulpppp.. Bukan level aku lagi la kannnn cita dia....

So lepas dah pilih tu depa akan Tanya nak gril macam mana... Nak well done ka.. Medium ka.. Medium rare ka.. Rare ka pediaa ka.. And nak gravy apa.. So dekat Me'nate ni ada dua gravy iaitu Black pepper dan mushroom. I was expecting they have more choice on gravy side😜

So Adriana macam biasa la mesti nak pasta bolognese kan. Harga OK lah tak lah mahal sangat rasa dalam rm15+ kot? Sory tak ingat dah. And tengok harga aglio olio dia pun dalam RM11.90...ok sangat la bagi aku.

Part paling best the water part... Ayaq depa free.. Hang nak ayaq apa pun boleh ja pi refill amik ayaq sendiri. . Ayaq pun bukan setakat sirap ka Teh o ice.. Tapi ada ayaq Teh tarik, White kopi mesin tu. OK la kan. Ayaq sedap.. Free pulak tu.

So bila sampai makanan nyaa... Jom kita tengokkk


Sirloin part... Daging kalau aku biasa sama ada medium atau medium rare. So part daging dia aku puas hati sebab Dapat level yang aku nak. Cuma part gravy tu for me la kan, Rasa dia typical kedai Melayu steak punya gravy. And semalam aku request untuk ambil dua2 gravy, mushrooms and black pepper. Tapi yang mushroom tu macam tak berapa rasa mushrooms ja.. And ada rasa black pepper jugak. So bila aku selang seli rasa setiap suapan steak aku tu. Aku rasa basically dua2 gravy ni rasa lebih kurang. Part gravy ni bagi aku kurang umphhh. I was expecting different taste from them.. Or to be precise their own gravy signature macam kalau pi TGI Friday mesti aku takleh move on dengan Tenesse Steak dia tu. Haa gituu la cita dia... 


Ni part yang ribs punya. Yang ni boleh bagi 5 stars. Sedap sangat OK. Dia punya glaze dekat ribs tu kena dengan dia punya rasa. Tiba2 teringat lamb ribs dekat Daniela Charcoal Chicken. Kahkah. Rasa tak la sama.. Tapi teruih teringat gituuuu Haa. 


Ni bolognese Adriana. Yang ni sedap bagi aku.. Thumbs up. And banyak jugak ya potion dia. Adriana makan licin OK. Pasta dia agak taste kemelayuan. Not bad. Dari rasa macam Itallian rasa tomato semata tu lagi tak sedap.


So overall pada pendapat aku.. Their foods are good esp the pasta and the ribs. Sedap ada rasa. Cuma part gravy for the steak... I think they should come out with their own signature and make it their own speciality. So bila orang makan gravy kat mana2 yang biasa..orang akan ingat fuhh Me'nate punya gravy sedap gilos wei..haaa cenggitu la cita dia.

Depa kata restoran Nedim si anak Nazri si lakinya Nora Danish tu ada steak house kan? Ada kata dia punya steak semua tu best tapi harga boleh tahan laaa. Apapun thanks to my husband sebab belanja kat Me'nate. Lepas ni I tak minta dah sebab not up to my expectation yet for the gravy/ sauce. So bila nak belanja I dekat Beard Brothers suami ku sayanggg..hahhahah

For those yang nak try buat steak sendiri ala-ala Tennesse boleh la tengok resipi aku dekat SINI In Sha Allah sedap la...kalau tak  sedap tu memang hang bukan level2 Nigella Lawson macam aku lagi..kahkah


Assalamualaikum semuaaa

Kali ni nak share skit recipe Tennesse Steak ala2 yang dekat TGI Friday tapi aku olah sendiri la kan. 



For steak:


Aku beli potongan daging lembu yang biasa dekat Aeon Big tu. Harga takda la mahal sangat pun.



Ni guidelines kalau hampa nak beli beef untuk steak ka apa ka. Aku pun hari tu tak ingat dah aku beli part mana satu kan. 


So what I do is aku marinate sat dengan pepper and salt. Lepas tu aku terus grill dekat dalam pan. Each side sat ja aku grilled sebab aku spesis yang tak suka steak aku well done tau. Kenot weiii... Tak syiok nanti. Aku suka jenis medium or medium rare. Tengok la kat atas tu macam mana tahap dia punya cook level dia.


Level2 of steak doneness ni pun ada macam jenis tau. Aku paling suka medium or medium rare la. Pernah makan dekat Chilies mintak yang medium rare.. Dia bagi hat blue rare kat aku. Lemak pun tak dan nak masak lagi.. Hareyyy sungguh laaa.



Ni pulak cara2 nak Dapat dia punya level of doneness tu. 



So ni guidelines berapa minutes on each side hampa kena masak untuk Dapat kan level yang hampa suka. 


For Tennesse gravy /kuah ni pulak ni cara kami buat ya mengikut olahan aku sendiri


Resipi SOS Tennesse

Bahan-bahan:

1 sudu olive oil
Crushed garlic
Onion potong cube (ikut resipi pkai whitr onion tapi aku xdak..pkai makcik bawang biasa🀣)
Brown sugar
Kicap
1 tbs sunquick ...  ni aku hentam ja bubuh
Cuka skit (resipi pkai air lemon..xdak so aku guna cuka ja)
Sos tiram skit(ni pun aku pkai hentam ja bubuh)
Chili flakes skit

Cara nya:

1. Panas minyak..saute kan garlic ngn onion...
2. Pastu masukkan ayaq...masukkan kicap..gula merah..sunquick..cuka..sos tiram n chili flakes...
3. Pastu simmer la sampai pekat...aku tdi terlebih chili flakes so terpedas skit...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ But rasa dia still sedap nak mampoih.. Hhahahha

For mashed potatoes

Bahan dia simple gila. Aku guna kentang, salted butter dengan pepper ja.

Cara nya:

1. Rebus kentang. Aku tak buang kulit dia ya. But before rebus tu cuci la kulit dia tu Elok2 ya. Aku prefer ala2 omputih punya mashed potatoes yg ada kulit skit.. Sedap oi...
2. Bila kentang da siap rebus. Lepas tu hang mashed la Guna hat lenyek tu ka Guna sudu ka ikut suka. Masa nak lenyek tu masukkan butter dengan pepper. Dah siap. Kalau rasa muak dengan kentang.. Boleh replace dengan ubi kayu.. Aku pernah makan kt TGIF depa buat yg version ibu kayu yang oren tu.. Sedap nak mampoih wei..


Slurppppp... Tiberrr rasa lapaq ya Tennesse Steak ni. Boleh buat sendiri buat pa pi TGI Friday kannn... Kahkah


Lepas ni nak beli la wagyu ni dekat Cold Storage. Then buat sendiri Tennesse gravy ni makan dengan wagyu ni.. Mesti asyukkk. 


Assalamualaikum...


Kali ni nak cerita muvie baru Toys Story 4 yang baru ja ditayangkan baru2 ni. Kalau sapa yang tengok Toys Story dari first and duk follow semua cerita dia sampai Toys Story 3 mesti dia akan follow cerita ni. 

Dari Toys Story kalau tengok boleh nampak gila la improvement dia punya cartoon. Makin lama makin cantik. Banyak gila improvement dia.

Ya lah.. Takkan masih di takuk lama kan. Sebagai orang yang membesar dengan cerita Toys Story ni sudah tentu aku akan hangkut anak2 aku sekali pi tengok kan. Weiii kalau dah nama pun ada anak2 kecik.. Takkan nak bawak tengok End Game.. Mesti la bawak tengok kartun kannn....

So untuk Toys Story 4 ni hampa tau kan dari Toy Story 3,Andy dah pi masuk college and dia dah sedekahkan toys dia semua dekat sorg budak perempuan ni nama dia Bonnie.

Cerita ni bermula dengan Bonnie ni kena masuk kindergarten and rasa takut. And dalam masa yang sama Woody ni macam jadi toy yang tak dipedulikan la oleh Bonnie ni. But being Woody, hampa tau kan perangai dia, dia ni mana boleh tengok kid dia rasa sedih ka apa ka. So dia follow la Bonnie ni pi kindly duk dalam beg Bonnie tu.

So Bonnie ni pulak masa kt kindly utk overcome dia punya ketakutan dia buat la satu patung ni dari barang yg ada dekat kindly tu dengan Guna garpu plstik tu and buat si Forky ni.


And cerita bermula bila si Bonnie and family pi road trip and Bonnie ni angkut semua toys dia Inc the new toy si Forky ni. And si Forky ni pun ala2 banggang juga sebab reja nak lari masuk dalam bin sebab dia duk ingat dia ni sampah. Tapi si Bonnie ni Sayang gila kat si Forky ngok ngek ni. So bermula la episode bila Si Forky ni when missing and Woody Cuba selamat kan si Forky untuk bawak balik dekat Woody.



Dalam usaha nak selamat kan si Forky ni macam2 la happen.. Antara ya Woody jumpa balik Bo Peep. Hat ni hampa kena tengok Toys Story and Toys Story 2 untuk tau pasal Bo Peep ni. Bo Peep ni da jadi abandoned toy which is not bad at all la kan.






So macam la happen during mission nak bawak Forky ni balik dekat Bonnie ni. So ada la watak2 tambahan dalam cerita ni macam Ducky, Duke dll. Untuk Toys Story 4 ni watak2 utk Rex, Bullseye, Jessie, Mr&Mrs Potato head kurang menyerlah.



Ending dia for me agak sedih la jugak. Tertanya2 will there be any Toy Story 5 and ada lagi tak Woody lepas ni? Or maybe dah takdak cerita pasal Buzz dan lain2? Kalau nak tau apa yang aku cerita kan secara details.. Hampa jangan lupa tengok Toys Story 4 tau.


Bye2 Woody. Being abandoned toys sometimes is not bad at all. New adventures await. 



Birthday wish

in , by Alia Farhan, 1:00 AM
Alhamdulillah..



I have enter 34 years old on 3rd July. Thank you Allah for giving me more chance to breathe in your world. Thank you mama sebab beranak kan acik.

To my husband, I'm still clueless what I want for my birthday. Hahhahaha. Club master Rayban macam lawo kannn. Ehhhh





Deniii pakai apa pun helokkk. 
Duk feeling2 swag plak kalau dpt clubmaster ni kennn. Hahahhah


Harap2 laki aku baca ni... Hahhahahha. 


Assalamualaikum hampa semua, 

Ada dak kat sini readers blog aku ni yang terdiri daripada hampa2 yang buat business tapi dalam fasa tepu atau terasa demotivated? Kdang2 kita orang berniaga ni ada satu masa sales tu rasa macam tepu and stagnant sangat dia punya sales tu. Nak buat macam mana pun duk rasa tepu ja, so aku rasa hampa orang yang patut join ni bersama aku ni. Tapi kalau hampa yang baru berniaga pun nak pi join takdak masalah pun sebenarnya. Lagi bagus kot. Ni secara tak langsung akan menambahkan networking hampa juga kan. 

Jom kami cerita serba sedikit tentang Himpunan Usahawan Terbesar Kepala Batas ni;



Adakah anda ingin menjadi peniaga yang berada di takuk lama? Atau anda ingin menjadi usahawan berjaya dan ingin mempunyai empayar perniagaan yang besar? Berbelanja tanpa risau baki dalam akaun bank?

Jika anda mahu ubah diri anda, perniagaan anda dan masa depan keluarga anda, jangan alpa lagi. Segera sertai kami di himpunan ini. Pelbagai tip mudah lulus pinjaman (perniagaan), tip menaikkan keuntungan, tip jaringan perniagaan (networking), pemasaran cara baru dan banyak lagi rahsia daripada pakar-pakar perniagaan. Himpunan ini akan dihadiri pakar-pakar perniagaan yang telah berjaya mengubah ramai nasib usahawan-usahawan lain. Anda penentu masa depan diri anda!




APA YANG ADA DALAM HIMPUNAN INI?
Seminar Re-SET Perniagaan Anda! - seminar istimewa yang menampilkan pakar-pakar perniagaan khas buat peserta himpunan.
Rangkaian / connection dengan usahawan lain (5,000 usahawan! - SANGAT PENTING untuk kembangkan perniagaan anda)
Harga pendaftaran yang SANGAT RENDAH - RM12 bagi pendaftaran awal. Harga asal RM50. Diskaun lebih 75% !
Karnival Food Truck
Hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi !




HIGHLIGHT:
HARGA PROMOSI Hanya RM12(Harga asal RM50). Diskaun lebih 75% bagi pendaftaran awal.
Barisan speakers dari pakar-pakar perniagaan yang sangat berpengalaman dan tidak kedekut ilmu.
Tiada kos tersembunyi.
Sila rujuk poster kami atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

TIDAK MAHU BERSESAK?
Kami beri anda peluang menjadi VIP !
Dengan tambahan hanya RM18 dari harga tiket normal, anda akan dapat VIP ACCESS. Tempat adalah sangat terhad untuk VIP access.
Kaunter pendaftaran khas. 
Laluan masuk khas
Tempat duduk khas & berhampiran pentas
Harga yang ditawarkan ialah harga promosi untuk waktu terhad RM30 SAHAJA (Harga asal RM100 - Diskaun 70% !).


VIDEO TESTIMONIAL PESERTA:

IG @forbrixgroup






BELI TIKET ANDA SEKARANG!
Jangan tunggu lagi
klik link untuk membeli tiket sekarang:  http://bit.ly/2WEU2KY

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:
FORBRIX CONSULTANCY (002723655-X)
|  017-5755763  | 019-6507587  | 013-4359271  |
enquiry@forbrixgroup.com

IG @forbrixgroup

Assalamualaikum,

Sebelum aku start lebih panjang lagi cerita pasal pengalaman aku yang kalau boleh aku nak padamkan terus dari ingatan aku ni tapi mana mungkin kan. 5 tahun bukanlah masa yang singkat untuk aku just padamkan macam tu ja. Before I begin, eloklah terlebih dahulu aku mintak maaf kalau sepanjang penulisan aku ni aku akan emosional macam gila, mencarut macam gila dsb sebab I been keeping this for so long to myself.

Bila baru-baru ni aku terbaca penulisan blogger Putra Nubhan di fb dia tentang sisi gelap sekolah berasrama including la pengalaman dia sepanjang 5 years di boarding school SBP sendiri...so let me tell you the story about me. Selama ni aku cuba sembunyikan apa yang aku rasa and it hurts me inside bila tengok budaya buli ni makin menjadi-jadi. Yalah tak kira la di sekolah harian biasa tu macam normal la tapi kalau di sekolah berasrama penuh atau sekolah sains yang rata-rata intake dia terdiri dari budak-budak pandai yang straight A's dari UPSR..mana munkin ada yang beranggapan budak2 pandai pun perangai teruk ka? Ya tuan-tuan dan puan-puan, this is what I gonna tell u the story from my side that I'd been keeping to myself all this while.

Sebagai first btach UPSR yang start 5A, aku antara yang bertuah sebab dapat 5A. Thanks to my primary school teachers for the struggles we been thru together especially my class teacher , Cikgu Zaharah. Walaupun sangat garang tapi aku sayang sangat cikgu aku yang sorang ni. Sekolah yang first aku enter lepas dapat keputusan 5A adalah Sek Men Sultanah Asma, kalau dekat AS ni sekolah berprestasi tinggi la kan memang tiptop la dalam KEdah ni pun.

So untuk first intake ke SBP aku tak dapat panggilan ke mana-mana SBP. Nak kata frust tu takda pun sebab macam seronok ja kot sekolah dekat Asma time tu. tapi masa second intake aku dapat pulak dekat salah satu SBP dekat Kedah ni. Sekolah baru jugak time tu, aku batch yang ketiga la untuk sekolah tu. Perasaaan aku time tu bercamour baur antara nak pi ke dak, satu sebab aku dah best study kat Asma tu. Dua, kawan-kawan aku semua best kot. Parents aku esp mama aku of course la antara yang terhappy bila aku dapat tawaran SBP kan. Sapa tak heppy anak masuk SBP kan. time tu pulak kakak aku form 5 tapi dekat MRSM Pengkalan Chepa, so it's like a tradition la. Dapat good results harus kena masuk SBP or MRSM.

Bila masuk first thing yang paling culture shocked bila aku masuk ke situ adalah dari segi sosial nya, Allah, aku masuk sekolah agama ka aku masuk sek sains ni. Ya lah, memang la bagus bab agama ditekankan tu, tapi kalau dah sampai rambut aku yang memang originally perang skit ni pun senior boleh panggil tanya eh awak dye ka rambut awak ni...sapa yang tengok rambut anak2 aku tau macam mana rambt depa dua tu agak perang and macam tu lah perangnya rambut aku. Siap bukak tazkirah panjang-panjang pasal dye rambut sembahyang tak sah la..mandi wajib tak sah la bla bla bla. kak oiiii saya tau kak oiiii. Banggang2 saya pasal agama pun tetap tau  bab tu. Ingat mak saya yang cengey tu nak bagi ka saya dye rambut saya kak oi. Ok tutup part tu.

Dah part dekat class plak, aku rasa aku baru ja duduk Asma tu dalam 3 bulan, xdak la aku culture shoced pun jumpa budak2 jantan ni. Tapi depa punya perak tengok budak perempuan siap mengutuk2 tu rasa macam ehh hang ni mai dari hutan mana..tak pernah bergaul and ada kawan perempuan ka kat sekolah rendah dulu. Tambah pulak aku ni bukan kategori awek cun n gemuk...so lagi la sedap la nak ejek2 buat bahan. Tak SEMUA la..tapi banyak jugak yang jenis sakai and batak macam ni ya. Mesti ada kata alah depa melawak ja pun, takkan hat tu pun nak marah. Marah jugak wei. Hati mana tak sakit bila orang make fun of ur physical lagi2 pulak melucah dengan aset yang hang ada. Tu baru form 1 dah cakap pasai boobs hang la apa la. Sakai haram jadah sungguh.

Ala budak-budak kan, tak matured lagi. Tak matured kepala hotak hampa. Allah bagi akal kan, umoq dari 13 tahun sampai 17 tahun takkan tak matured2..duk beronani kat hostel berkali2 pun tak matured2 lagi ka haram jadah oi??? Pernah masa aku form 2 ni, satu hari masa aku pi kelas bila duduk atas kerusi, kerusi penuh dengan gam..meja penuh dengan gam...habis baj aku penuh dengan gam. Apa lagi memang aku mengamuk and menangis la. Setan haram jadah punya perangai. Aku nak pi class nak pi belajaq la wei...pasaipa nak kena kacau hidup aku macam tu setan oi?Meja kena contiang dengan marker pun pernah..prep malam sebab jantan2 keparat ja yang prep dekat class..yang pi contiang dekat papan hitam mengutuk aku pun pernah...And sejak dari tu aku jadi takut nak pi class sebab duk pikiaq apa lagi depa nak buat and ganggu hidup aku. Tau dak perasaan tu macam mana, demmm i hate dat feeling. Kalau boleh aku takmau ingat pasai menda-menda ni. Tapi bila ada kawan aku yang seek for advice dari aku sebab ada anak dia taknak stay dekat SBP sebab tak tahan kena buli..tak tahan tak boelh nak belajaq etc..aku memang suruh dia bawak keluaq immediately. Aku cakap jangan jadi macam aku.

Bukan aku tak pernah mintak mak aku keluarkan aku masuk sek harian biasa balik or at least balik Asma balik, tapi biasa la...sapa nak bawak keluaq anak dari sekolah "bagus " kan. Memang aku tak pernah pun cerita pun kat mak aku pasal apa yang jadi kat aku kat sekolah..aku pendam semua rasa tu sorang diri sebab ya lah..who cares kan? ohh demmm..now aku type ni dalam keadaan sebak yang amat sangat. Bayangkan keadaan ni happen for 5 years.

aku setakat kalau kena tengking and tazkirah dengan senior pasal datang surau lambat semua tu aku tak kesah lagi, Tapi bila orang pijak-pijak maruah aku tu yang marah sangat. Hang suka bila budak2 lelaki yang perangai macam haram jadah ni duk usha tetek hang sambil duk cakap macam-macam? Suprise kan perangai budak2 SBP ada yang macam ni. Tak kurang ada yang bagi gelaran b@b! la kat aku. Wowwwwww kannnn. Sampai aku pernah menyumpah dalam hati mintak kat akhirat nanti semua yang mengata aku ni Allah ganti kan kepala dia kt badan dia dengan kepala babi. Kadang-kadang aku terpikiaq jugak, aku tak lawa ka..aku gemuk macam babi ka ada aku kacau duit bapak hang ka mai duk tang sini haram jadah oiii...Mak bapak hang tak ajaq ka yang babi tu adalah mean word? Tak ajaq ehhh..kalau ada cabai memang aku cabai2 kan dah awai2. So tak payah la nak gebang kata tu time tak matured ka apa ka..budak 3 tahun pun kalau sebut babi kena tampaq mulut and alert babi tu adalah mean word,

So please stop asking me to let it go or move on! Sebab tu jugak la aku rebel tak study semua. Pi prep aku lena tak pun kalau prep petang kat class tu aku lebih rela pi kona tang lain dari jumpa muka-muka setan ni semua or ponteng ja teruih...Result aku macam mana? Dah tak study kan..dapat la 5A untuk PMR and SPM..budak SBP apa wei dapat results mcm gini wei. Nasib dapat 5 A kalau tak dapat A langsung lagi best kan...memang aku rebel habis sebab aku protes kat mak aku yang aku tak suka duduk kt sekolah tu. Lagi satu, dengan keadaan macam tu hampa rasa aku boleh ka nak heppy2 study tanpa ada perasaan yang haram-haram jadah ni tak kacau hidup aku wei. Stress wei sumpah stress. Dari aku stress baik aku pi baca novel dekat library. Study? Pegi mampossss....

And sejak masuk sekolah tu pun hubungan aku dengan mak aku pun macam biasa la bitter. Dah la PMR tak dapat 8A...SPM subject pure science macam bukan budak SBP...tapi tu la yang jadi. Aku tak pernah cerita pun apa perasaan aku yang aku pendam sorang2 selama ni. Kadang2 tension naik atas katil menangis sorang2. Sedihkan 5 tahun hidup aku dekat sana. Sebab tu aku panggil 5 years livin in hell.

The only time yang aku heppy cumalah masa ada dekat dalam dorm ja. Luar dari kawasan hostel memang aku ni totally have lower self esteem. Pelik kan dengan aku yang sekarang ni, perangai aku sekarang ni yang bermulut capoi ni aku developed dekat sini la juga. Tapi confident level aku, totally aku built up masa aku kat U.

So parents, be alert kalau anak-anak mengadu taknak stay dekat hostel u tanya kenapa. Aku memang tak dibuka langsung pertanyaan oleh mak aku. Aku tak salahkan mak aku pun for this. Ya lah mak mana taknak anak berjaya kan, duk SBP ka MRSM ka macam ticket la untuk berjaya gitu kan. Walaupun dulu aku memang salahkan mak aku sebab nak sangat aku stay dekat sekolah tu. End up aku sia-siakan 5y hidup aku macam tu ja.

Kadang-kadang terpikiaq kalau aku stay kt Asma mesti result aku lagi gempak, sekolah pun happy ja. Nak pi sekolah pun best ja. Boleh naik moto pagi-pagi abah hantaq kan. Tapi tu la, menda da lepas kan. Cuma kalau boleh memang aku taknak ingat langsung pasal menda ni tapi tu la bila ingat balik memang hati aku sakit sangat. Tapi takpa lah kalau aku pi Asma nanti aku tak jumpa pulak boipren/laki aku kan.

Kang orang cakap aku ni bitter cerita hat buruk2 ja, okla sisi positive yang dapat bila aku stay dekat  sekolah berasrama penuh pujaan ramai parents ni adalah aku lebih berdikari, survival skill aku dah ada..bila pi masuk U takdak la aku culture shocked dengan kebebasan yang diberikan. Aku boleh hafal surah Al Mulk sebab tiap2 malam kena baca Al Mulk, banyak ilmu agama yang aku dapat kat sini(dah nama pun mcm ala2 sek agama kan)...berhati kering(laki aku kata...aku ni jenis hati kering..orang cakap n kutuk aku pun aku buat tak tau..tapi sekali aku mengamuk..awas ya), kuat mencarut (self defense method yang aku belajaq dekat sini), lone ranger pun aku tak kesah. Aku boleh lepak makan dekat kedai sorang2 n tak heran kat orang pun walaupun kadang2 orang pandang aku pelik ja sebab pompuan ni lepak kedai tepi jalan sorg2 ja ka. ....tu ja kot? Nanti aku tambah lagi la kalau aku ingat.

Sapa2 yang budak SBP yang baca bitter terlebih pasal blogpost aku ni and nak cakap apa pun cakap lah. Ada aku kesah. ni pengalaman aku livin 5 years in hell, ko nak melalak cerita best sepanjang ko duk kat sbp...pergi main tang lain lah...or kalau yang baca ni jenis pembuli juga...fuck off and middle finger....pi mampos la setannnnn sebab menyusahkan hidup orang2 mcm aku ni

Adik aku selalu Tanya aku kenapa hang tak suka sangat duk kat sekolah tu dulu.. Aku cuma kata Budak2 dia teruk.. To be precise la certain Budak2 jantan tak Guna batch aku yang teruk....


Ni screenshot apa yg aku rasa kt Wall Post aku... So ada a few kwan2 aku yg rasa benda yang sama.. Walhal depa bukan kena teruk macam aku pun... So boleh batang kan how the hell I feel sepanjang 5 tahun hidup aku dekat sana tak?





Banyak yng bertahan sebab parents. 😭😭😭😭😭
Sedih kan kami terpaksa telan n hadap menda ni for 5 years. Itu yang tak kena teruk macam aku rasa macam tu. Bayang kan how I feel. 

So korang yang baru jadi parents macam aku ni, kalau nak anak2 masuk sekolah asrama go on.. Boleh ja pantau anak2. Ajar anak supaya jangan membuli orang and kalau orang buli bagitau korang. Korang pun kena jadi pendengar yang baik untuk anak2 korang. Bila anak kata taknak and tak OK... Siasat.. Kalau sampai tahap menangis2 and teruk tu maknanya memang dia dah tak boleh lagi dah. Jangan paksa anak2 just because kita nak reputasi kita sebagai ibu kepada anak2 cemerlang tercalar. Tak mati pun kalau anak2 kita sekolah harian biasa asalkan kita guide and jaga depa betui. And tak semstinya bila duk kat harian biasa tu tak boleh berjaya kan. Tu Haa Dr Amalina tu sekolah harian biasa ja kot. So anyone pun boleh berjaya... Xyah nak stereotype sangat asal duk SBP n mrsm ja mesti berjaya.... 

Takdak niat pun aku nak buruk kan nama sekolah aku pun. Sekolah aku tak bersalah pun.. Yang salah Budak2 jahat dalam dia tu. 

******

Bila teringat kes ni ja aku ja takmau nak hantaq anak2 aku pi sekolah asrama. Biaq lah depa duk ngan aku at least sampai f3 kot. Taknak la aku biaq depa rasa lonely umoq 13 thun dah kena hidup sorg2 mcm aku dulu. Balik rumah sendiri rasa macam stranger kdang2 tu. Duduk hostel kena bangun awai.. Balik rumah nak cover tdoq bangun lambat dah kena marah pulakkkk.. Ahhh jenuhhhhh... 

Aku da OK sekarang bila aku dah lepas kan apa yang terbuku kat hati aku selama ni.  OK la aku nak pi lena. Dah penat mencarut berkajang2. 










© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS