Resipi : Homemade Steak ala Tennesse Steak TGI Friday

Assalamualaikum semuaaa

Kali ni nak share skit recipe Tennesse Steak ala2 yang dekat TGI Friday tapi aku olah sendiri la kan. 



For steak:


Aku beli potongan daging lembu yang biasa dekat Aeon Big tu. Harga takda la mahal sangat pun.



Ni guidelines kalau hampa nak beli beef untuk steak ka apa ka. Aku pun hari tu tak ingat dah aku beli part mana satu kan. 


So what I do is aku marinate sat dengan pepper and salt. Lepas tu aku terus grill dekat dalam pan. Each side sat ja aku grilled sebab aku spesis yang tak suka steak aku well done tau. Kenot weiii... Tak syiok nanti. Aku suka jenis medium or medium rare. Tengok la kat atas tu macam mana tahap dia punya cook level dia.


Level2 of steak doneness ni pun ada macam jenis tau. Aku paling suka medium or medium rare la. Pernah makan dekat Chilies mintak yang medium rare.. Dia bagi hat blue rare kat aku. Lemak pun tak dan nak masak lagi.. Hareyyy sungguh laaa.



Ni pulak cara2 nak Dapat dia punya level of doneness tu. 



So ni guidelines berapa minutes on each side hampa kena masak untuk Dapat kan level yang hampa suka. 


For Tennesse gravy /kuah ni pulak ni cara kami buat ya mengikut olahan aku sendiri


Resipi SOS Tennesse

Bahan-bahan:

1 sudu olive oil
Crushed garlic
Onion potong cube (ikut resipi pkai whitr onion tapi aku xdak..pkai makcik bawang biasa🀣)
Brown sugar
Kicap
1 tbs sunquick ...  ni aku hentam ja bubuh
Cuka skit (resipi pkai air lemon..xdak so aku guna cuka ja)
Sos tiram skit(ni pun aku pkai hentam ja bubuh)
Chili flakes skit

Cara nya:

1. Panas minyak..saute kan garlic ngn onion...
2. Pastu masukkan ayaq...masukkan kicap..gula merah..sunquick..cuka..sos tiram n chili flakes...
3. Pastu simmer la sampai pekat...aku tdi terlebih chili flakes so terpedas skit...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ But rasa dia still sedap nak mampoih.. Hhahahha

For mashed potatoes

Bahan dia simple gila. Aku guna kentang, salted butter dengan pepper ja.

Cara nya:

1. Rebus kentang. Aku tak buang kulit dia ya. But before rebus tu cuci la kulit dia tu Elok2 ya. Aku prefer ala2 omputih punya mashed potatoes yg ada kulit skit.. Sedap oi...
2. Bila kentang da siap rebus. Lepas tu hang mashed la Guna hat lenyek tu ka Guna sudu ka ikut suka. Masa nak lenyek tu masukkan butter dengan pepper. Dah siap. Kalau rasa muak dengan kentang.. Boleh replace dengan ubi kayu.. Aku pernah makan kt TGIF depa buat yg version ibu kayu yang oren tu.. Sedap nak mampoih wei..


Slurppppp... Tiberrr rasa lapaq ya Tennesse Steak ni. Boleh buat sendiri buat pa pi TGI Friday kannn... Kahkah


Lepas ni nak beli la wagyu ni dekat Cold Storage. Then buat sendiri Tennesse gravy ni makan dengan wagyu ni.. Mesti asyukkk. 


2 Comments

  1. menarik!
    aida suka beli dan buat kat rumah ala-ala kedai.
    biasa nyer beli kambing jer la, alia.
    memana mall ada. pilih yg cantik, balik marinade.
    then bua la side dishes nyer kan :)
    puas anak-anak makan.

    ReplyDelete
  2. Woww, macam sedap, boleh try nanti,

    ReplyDelete

Post a Comment