Because We are Mother

in , by Alia Farhan, 2:52 PM
To all Mothers out there... Happy Mother's Day....


Credit to Google


To all mothers out there...
It's OK to be lazy sometimes...
It's OK if u need a break sometimes...
It's OK if u feel like cursing sometimes...
It's OK if u feel like crying and screaming sometimes....

It's OK if u feel u don't wanna do the housechores sometimes...
It's OK if u send ur laundry to A To Z laundry service sometime
It's OK if you wanna buy food outside sometimes...
It's OK if you don't wanna cook sometimes..
It's OK if you don't wanna iron all those clothes sometimes..


Credit to Google


And its OK not to be perfect all the time...
Because we are not...
But again... We are someone Wonder Woman... Our kids will always adore us not matter how imperfect we are...


Credit to Google


So chill mothers....
We need a break too.....

Assalamualaikum...
Quick update kali ni nak cerita... Pasal resepi simple gila untuk buat roti John. 

Without further due... Ecewah macam buat ayat dalam email nak hantaq kat boss ja kan. Meh la kita tengok bahan-bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan:

3 biji telur 
Burger / isi kebab
Roti.. Aku Guna roti utk hotdog yg gardenia tu ja. 

Lada sulah.. Aku Guna yg Ajishio dari Ajinomoto tu. 
Garam secukup rasa. 
Bawang besar potong cube


Cara-caranya:

1.

Masuk kan ke semua bahan dalam telur. 

2.

Kacau bagi sebati ya. 

3.

Potong roti tepi ya bukan tengah. Aku tersilap mula2 pi belah dekat tengah buat ala2 nak sumbat hotdog eh sekali silap daa. 


4. 

Dalam pan panas kan sedikit minyak and masukkan yang telur and isi burger /kebab tadi. 

5. 


Telangkupkan roti yang dah dibelah tadi di atas campuran telur tadi. 

6.


Terbalikkan roti tadi. 



7.


Letak mayo.. Letak sos.. Dah siappp

8.


Da siap. Senang ja kan. Modal pun tak la besar sangat. Ni cuma Guna 4 biji roti Gradenia tu. Semua ada  6 biji. Kalau nak buat 6 biji maybe boleh tambah sebiji telur lagi and letak lagi burger/isi kebab untuk buat inti dia. 

By pukul 10 malam, tengok-tengok cuma tinggal seketul ja. Tak sempat nak moreh wei. Alhamdulillah rezeki utk hari ni. 








Simple celebration for hubsie..
Awal2 lagi memang plan nak berbuka dekat Ixora Hotel ja. 

Tapi bila hubsie kata nak makan dekat Tao aku cakap tak payah la. Aku da booked dekat somewhere2 ni.

Awal2 tu dah wasap adik ipar aku untuk join dekat Ixora Hotel. Mintak dia tolong beli kan kek. Kecik pun jadik lah.. Sekali Haa nala punya besaq kek Secret Recipe teruih. Abih bapak budak kena tiup lilin bagai.

Aku memang xdapat nak beli kek sebab satu hari aku duduk dengan laki aku. Kebetulan pi rumah dekat Batu Kawan tu untuk claim deposit untuk renovation process. So bila dah ni memang takdan la kan nak curi2 pi beli ka apa ka kan.


Tahun ni Ixora Hotel tak panggil kita review kan. So kita pi makan sendiri ja lah. No hal bebeh. 


Dah tua2 ada surprise untuk dia. Boleh pulak hujung2 Adriana bocoq rahsia nk makan kek papa. 


Cuba tengok Muka Ecah tu... Hahhahaha
Geram tengok diaaa a... 


Tak menyempat ja Si Adriana ni kan. 

 To my husband, 
Heppy birthday.. Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Dan semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk u. Me n princesses love u so much... 


Komen aku tentang Buffet Ixora Hotel kali ni... 

Makanan sedap especially masak lemak pucuk paku n masak lemak ketam dia. Ayam percik pun sedap walaupun macam agak pelik sebab kaler dia hijau. Team hulk kt Ixora Hotel ni. Hahhahha.  Aku tmbah nasik dua kali walaupun amik nasik sikit ja.. Tapi aku rasa aku kena gak tmbah sebab lauk dia sedap.. Hahaha

Cuma dari segi lain, Buffet spread agak tidak tersusun. Aku agak missed out sambai part n kerabu part sebab depa letak jauh skit dari spread lauk pauk. 
Hopefully pihak Ixora Dapat perbaiki dat part. Others than that, ada corner playground dekat hujung for kids to play. Yang ni memang totally good. Takdak lah anak2 hampa yg besaq n cerdik tak reti duk diam tu duk mintak gadjet ja kan. Memang terbaik and memahami betui. 

Oklah.. Dats all. Bebeh






Salam semua.
Nak cerita sikit pasal jamu yang aku ambil.. Tak lain tak bukan Jamu Tun Teja. Aku dah ambil lebih kurang 1 tahun jugak la.



Satu sebab aku ambil untuk perbetulkan period aku yang ting tong lepas beranak ke Aishah dulu, lepas tu selalu cepat lemau dsb.

Tingtong dalam maksud aku bukan period aku tak datang ya. Period aku datang ja tapi kejap bulan ni banyak overflow, next month macam ehh sikit nau.. Next month overflow balik... Next tu pulak ciputtt ja... And period pain pun kadang ada kadang tak... Serious aku tak suka macam tu. Sebab dulu-dulu period aku takda la overflow this month next month macam apa ja.

Bila pi dekat klinik desa and tanya nurse diorang cakap biasa la tu hormon kan..  Tapi being me mesti rasa mcm tak boleh dohhh. Macam-macam jamu aku try. Ada yang panas dengan badan aku. Ada yang biasaaa jekkk efek dia.

Sampai la aku buat keputusan untuk try Jamu Tun Teja ni. Memang of course la price wise masa mula-mula nak try tu macam mmmm.. Mahal nyaa. Tapi bila ramai bagi feedback cakap best. So why not kan try.....


Antara benefit dan khasiat Jamu Tun Teja adalah:


  • Mengetatkan kembali otot-otot rahim yang longgar.
  • Mencantikkan kulit.
  • Mengecutkan peranakan wanita.
  • Kitaran haid menjadi lebih teratur dan mengecutkan cyst.
  • Menyuburkan rahim.
  • Memberikan tenaga
  • Menguatkan sistem peranakan.
  • Menganjalkan payudara dan punggung yang jatuh.
  • Mengempiskan perut sekaligus mengurangkan berat badan.
  • Milkbooster bagi ibu yang sedang menyusukan bayi.

Antara kandungan bahan-bahan yang terkandung dalam Jamu Tun Teja adalah:


Sesuai dengan tagline..khazanah Istana gituuuu. 


Bahan-bahan yang digunakan memang premium. So no wonder lah harga dia pun level-level jamu premium. 

Sapa yang sesuai makan Jamu Tun Teja ni? 

  • Remaja
  • Wanita yang sudah berkahwin
  • Ibu berpantang
  • Perempuan yang berkerjaya
  • Surirumah
  • Pelajar
  • Ibu yang sedang menyusukan bayi
  • Wanita yang aktif bersukan


Aku suka jamu ni sebab nampak sophisticated sangat. Macam kalau dengar Jamu tu macam kuno kan tapi dis Jamu have it own class noks. 


Review based on apa aku rasa kesian Jamu Tun Teja ni dekat diri aku. 

Kan aku cakap aku ada time period aku mai bulan ni banyak gila.. Bulan depan macam 3 hari macam tu dah nak habis kan. So bila mcm bulan yang mai sikit tu aku akan jadi kegusaran nak amik had as besar sebab aku tak kompiden period aku betul-betul dah habis ka belum. So bila aku ambil ni bila period aku macam dah habis tu, secara tak langsung aku rasa the remaining yang tak keluar habis tu mula keluar balik sikit. So bila macam tu aku stop jamu and make sure period aku betul-betul habis sebelum angkat hadas besar. Payah an jadi perempuan niii. Jangan buat main wei hal2 macam ni sebab ni melibatkan hadas besar and sah solat kita atau tak kan. 



Lagi satu yang aku suka pasal Jamu Tun Teja ni adalah sebab dia punya packaging yang on the go. Senang kot nak bawak travel ka balik kampung ka apa ka. Takdak la nak kena using botol pil bagai kan. Masa travel jauh2 memang aku tak tinggal la cerita dia. Memang bagi aku energy untuk tak melepet sepanjang masa travel tu. Senang nak bawak kan. Selit dalam handbag pun tarak hal lahhhh. 

Ang paling aku rasa best bila kulit aku akan moist ka bila aku ambil Jamu Tun Teja ni secara konsisten. Serious talk memang la kdang2 tu break out sebab period bagai kan tapi kulit akan cepat juga recover dari all those nasty jerawat. 


Ni naked face aku tanpa solekan na. Serious kalau hampa amalkan kulit nanti jadi heloks tau. Aku ni kdang2 lupa.. Pakai la kan. Nak elok ka apa2 ka key dia kena konsisten ya anak2. Jangan cakap makjem tak payung hampa na. 

And bila ambil Jamu Tun Teja ni satu menda yang paling best bila badan tak rasa lemau-lemau. Kalau dak ka nanti ada ja dia punya lemau and angin Semacam tu. Jadi mak2 ni paham la tenaga mudah drained. So mau tak mau kena la juga top up supplement macam ni kan. Kalau mak reja lemau ja mula la nek emo kan. So a happy mom will lead to a happy family gituhhh. Pasal milk booster tu, aku sampai sekarang Aishah dah 2 tahun 6 m masih lagi menyusu ya even malam ja. Kagum gak ingat dia tak kuat menyusu macam dulu.. Susu dah takda ka apa ka. Still ada ok🤪🤪🤪


So bagi hampa yang nak mendapatkan Dan mencuba Jamu Tun Teja, jangan lupa Dapat kan dari Jamu Tun Teja Penang



Atau hampa boleh wassap di
0133363775

Atau click SINI untuk terus hubungi depa.


Not your average Jamu😘😘😘
Hai kali ni nak bagi tau Sapa2 yang tengah obses duk Konmari bagai tu. Kalau duk pening nak declutter macam mana.. Salah satu ya by giving away items yang hampa dah tak boleh pakai and tak pakai. 

Dari kita duk buang and end up kat landfills adalah lebih elok kita derma kan for charity. Pahala pun Dapat kan. 

So kali ni untuk orang-orang Penang yang nak menderma barang-barang hampa, boleh la berubat demikian di Women Centre for Change (WCC) yang terletak di Burma Road. 


Women’s Centre for Change (WCC) helps women and children who are abused, raped or sexually assaulted. Get face-to-face, telephone and email counselling, temporary shelter and legal advice. 
All cases are confidential and free of charge. 
Women’s Centre for Change (WCC) for counselling and free legal advice. 
241 Jalan Burma, 10350 Penang
tel : 04-228 0342
email : wcc@wccpenang.org
hours: Mon to Fri, 9am to 6pm
wccpenang.org

Terima kasih

Haaaa...
Kali ni nak cerita recent trip to Hatyai untuk Jalan-Jalan cari makan noks.

Kami pi ni pada hari Jumaat bersama an 26hb tak silap. And kami masuk ikut Wang Kelian, Perlis atau Wang Prachan di Thailand.

Untuk destinasi first kami adalah di Tanyong Po atau Tanjung Pauh kalau orang Melayu di Satun kata. Tanyong Po tu nama Siam dia.. Tanjung Pauh nama Melayu dia. Jangan tak tau yang Tanyong Po ni yang terletak di daerah Satun ni dulu adalah sebahagian dari Tanah Melayu.. Sebab tu ada orang Melayu dekat sana yang masih fasih berbahasa Melayu. Bab bahasa dekat sini jangan risau.. Depa kebanyakkan yang Melayu memang boleh speaking Kodiang dengan hampa.

Okla cut the story short, kami sampai di Tanyong Poh agak lewat jugak.. Dalam pukul 4.30 nak ke 5 petang dah. Rasa macam puasa dah. Hazab kebedah tahan Perut dari Penang tak makan apa2. Practise posa konon2 nya. Gila berkeroncong Perut aku.....

Sampai saja kat Tanyong Po ni, terus order makanan tak ingat dunia OK. Order semua takmau kalah bhaiiii.

Meh la tengok kami makan apa kat Tanyong Poh tu...


Taraaaaa.. Meriah.. Kami 3 orang mak2 ja makan dekat pondok ni. Bapak2 orang 5 orang makan kena kongsi dengan anak2 yang takmau makan dengan mak2. Lega syukur anak2 nak bagi me time melantak tak hingattt. 



The ketammmmmmm. 


The sayoq campoqqq



The daging bakaq. Their own style. Different from Danok punya stail. But still taste good untuk stail dia tersendiri. 


The udang lipanssss. My fav. Kalau letak ni dengan ketam. Aku akan belasah yang ni dulu. Kalau hampa tak pernah makan udang lipan ni silalah makan. Rasa dia macam ketam jugak. Manis isi dia pun macam ketam. Sebab tu aku suka serang yang ni dulu sebab lagi senang nak makan kan. 


Siakap steam lemon. OK lah not bad. Tapi tak leh lawan steam lemon kak ton lagi. Makan steam lemon kak ton berasap otak2. 


Udang rebuih ni cicah dengan pencicah dia tu yang masam2 pedas macam video ponen telen tu duk mncicah makan tu... 


Nyummmsss. Habis ke mak2 3 orang makan ni. Jawapan dia tak habis. Kami pass over dekat Meja bapak-bapak orang yang serang makanan macam ikan piranha tu. 

Kalau nak tau dari Tanyong Po ni boleh nampak Langkawi tau. And line celcom pun Dapat tau kat sini. Bukan roaming ya. Memang naik line celcom kat sini. Cuma ya call semua tak boleh buat la kan... Aku pernah cerita pasal cerita makan dekat Tanyong Po sebelum ni dekat SINI

Selesai ja makan di Tanyong Po ni kami cepat2 nak gerak ke Hatyai. Jarak dari Tanyong Po ke Hatyai lebih kurang dalam 110km..bersamaan plus minus 2hrs jugak la belum kira berhenti tanda tempat.. Kencing berak dsb. 

Tak ingat masa dekat petrol pump mana ntah laki aku pass baton sruh aku drive pulakkkk. Aku baru feeling2 nak jadi mam besaq kt belakang. Deni tak bagi chance langsung lah. Lagi buat aku bara.. Dia bgi Time nak maghrib dia... Dia tak tau ka bini dia ni silau terukkkkk. Sakit hati jugak lah kan. Tapi selaku bini yang baik. Aku pun bwak ja lah. 

Biasa time maghrib nak pi ke malam tu untuk orang yang silau memang akan masalah skit lah. Kena be extra careful lah. Actually kami laki bini dua2 silau teruk tapi dua2 duk perasan mata elok takmau pakai spec. Aku tak suka pakai spec sebab rimas. Lens? Lens lagi la tak boleh sebab silau kan. So mau takmau memang kena bawak kereta tu extra careful la kan. Nak pulak aku yang lead dekat depan. 

Nak bawak kereta dekat Thailand ni tak la susah mana. Cuma macam aku cakap la kena extra careful. Kalau accident ka nanti kita yang akan kena teruk. Kalau compared susah tak bawak kereta dekat Thailand dengan Aussie... Aku rasa drive dekat Aussie lagi hazab kebedah... 

Satu sebab Aussie tu merata ceruk pun ada camera.. Kt hutan pun nak ada camera.. Over speed limit amik la hang surat saman sampai Malaysia.. Dah la Jalan ceruk2 yang takdak orang yang straight ja tu speed limit 80km/hr...apoooo...aku reja duk pedo ja kaki aku dari over speed... Mngantuk takyah cita la kalau drive kat sana... Tapi dari kena saman. Baik lah melalak sorang2 drive dalam kereta macam orang gila... Kalau tak.. Kena saman.. Silakan bayaq la saman tu ya. Selagi tak bayaq saman selagi tu hang kena blacklist dari masuk Aussie. 

Aku tak ingat dah sampai kt Hatyai and hotel tu pukui berapa. Tapi rasa ya dekat-dekat pukui 9 jugak la. 9 masa Malaysia.. 8 masa telennnnn. 

Nanti bersambung aku cerita part Hotel dekat Hatyai pulak ya. 


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS