OK la asyik update entry makan dekat Hotel ja kan. Kali ni nak update satu entry khas untuk penggemar ikan keli macam aku ni. Kat rumah ni laki aku tak makan ikan keli. Anak bini semua suka.

As usual la nak buat ikan keli ni kena bersiang buang Elok2 darah dekat celah-celah tulang perut dia tu. Lepas tu cuci pak dengan air asam jawa bagai kan sampai hilang lendir-lendir dia tu.

Lepas dah hilang lendir semua tu baru la elok nak buat masak makan OK.

So mari lah kita tengok bahan-bahan yang digunakan ya.

Bahan-bahan

1. 2 sudu besar paste bawang besar
2. 1 sudu besar paste bawang putih
3. 2 sudu paste cili blend
4. 5 6 biji cili kering yang dire dam Dan ditumbuk kasar (aku tumbuk Guna lesung bagi kasar-kasar sebab aku suka texture cili kering yang kasar-kasar bila buat sambal ikan keli ni.. Kalau malas takyah buat cuma lebih kan dekat paste cili blend tu)
5. Asam keping
6. Gula
7. Garam
8. Pak aji
9. Minyak untuk me goreng ikan keli.
10. Ikan keli yang dilumur dengan tepung gandum, garam Dan kunyit.. Tujuan letak tepung gandum nak elak kan letup2 tu.

Cara-cara:

1. Panas kan minyak yang mncukupi untuk goreng ikan keli. Aku buang part kepala sebab part kepala paling kuat letup-letup dia. Tapi bila letak tepung gandum tu xda la letupan gunung berapi minyak ikan keli tu. Kalau tak azab nak kena pakai penutup belanga buat shield.
2. Goreng tak payah garing-garing sangat sebab nanti nak masuk dalam kuah kan.
3. Dah siap angkat. Minyak suku Guna untuk mnum is segala bahan-bahan sambal tu. Balance boleh ja simpan utk mnum is sayur ke apa ka. Ikut suka korang la
4. Tunis segala bahan-bahan paste tadi sampai naik bau. Then masuk kan asam keping. Lepas tu masak hingga pecah minyak and sambal masak.
5. Perasakan dengan gula garam Dan pak aji.
6. Masukkan ikan keli yang digoreng tadi. Dah siapppp..


Daaa. Ni kalau makan dengan nasi panas-panas ni Fuhhh haroiiiii cing2.... 

Nanti aku update pasal entry JJCM dekat Hatyai sebelum posa hari tu ya. Stay tune



Salam  hampa semua. Kali ni nak cerita pengalaman mencuba Ramadan Buffet di Golden Sands by Shangri-la yang terletak di Batu Feringhi. Bertemakan Selera Kampung Dan dihidangkan di Garden Cafe, Golden Sands Resort, hampa semua pasti teruja Dapat menikmati pemandangan laut dari cafe ni.


Serious bagi aku cantik sangat setup cafe ni betul-betul menghadap laut Dan laut sangat. Dah kompem2 la kalau nk buka puasa mesti tunggu sunset kan. Haa memang terus nampak kot dari sini. Lawoo nyaaa.

Tapi apapun kita cerita dulu lah ya pasal Buffet Ramadan dekat Golden Sands Resort ni ya. Hidangan yang disediakan memang bertepatan dengan tema. Memang kena dengan tekak kampung dot com my aku ni. Ada lemang la, ada hidangan ikan keli la, ayam pasu la, cendol, ikan masin, cencalok Dan macam-macam lagi. Teruja dak yang bertekak sama dengan aku ni? Sapa teruja kita geng.

Dan untuk bagi hampa semua meroyan lagi, silakan la dulu melayan gambar-gambar makanan yang disediakan di Golden Sands Resort by Shangri-la ni. Tolong lah jangan mncarut dekat aku bulan-bulan posa ni atas gambar-gambar yang mengundanggg perut berkeriuk2 ni.


Ikan keli kicap tu win sangat. Memang best n sedap. Boleh cilok idea utk menu berbuka. 🤪







Ketam cili.. Must try! 


Noodles station


Pasemboq 


Lemang, serunding, nasi beriyani n papadom


Sup gearbox pujaan hati.. Nyum2



Aneka buah-bahan and bubur kacang hijau. 


Aneka pencuci mulut. 




Tempting sangat tengok time-time posa ni kan. 


Haihhhh. Sedapp


Adudu. Berkeroncong teruk perut aku ni. 


Dekat luar pulak ada bakar-bakar. Kambing golek, ayam pasu Dan seafood bakar. 


Feeling2 sangat kot tunggu berbuka Sambil layan pemandangan laut and pantai dekat luar tu. Ahhh cantiknyaaaa


Sesuai jugak kalau nak dating dengan yang tersayang kan. 


Sambil-Sambil nak berbuka tu boleh bawak anak-anak Jalan dekat Garden dia yang lawa ni. 


Anak-anak heppy dapat main dekat garden




And mama depa paling heppy dapat tengok sunset yang lawa gila ni. 

Apapun memang enjoy habis la kalau Dapat berbuka puasa dekat sini dengan yang tersayang kan. 

Untuk pengetahuan hampa harga Buffet Ramadan Di Golden Sands Resort by Shangri-la ni adalah Seperti yang tertera;


Buy 1 free 1 tu.,(kecuali Jumaat) 
Kiranya hampa beli untuk diri hampa.. Laki hampa eats for free gitu. Lepas tu bayar untuk anak-anak yang umur 6 tahun ke atas for RM48. Below 6years eat for free. So why not rite? 

For reservation:


Tel : 6048861911

Email:  gsh@shangri-la.com









Assalamualaikum, 
So kali ni nak share pulak pasal dinner buffet dekat Rasa Sayang Shangri-la Hotels and Resort dekat Batu Ferrighi ni. 
Kalau nak tau Rasa Sayang Shangri-la ni antara salah satu dalam wishlist aku untuk stay sini. Sebab dulu-dulu masa arwah abah aku still around, biasa ya bila cuti2 sem dia akan bawak kami duduk dekat Batu Ferringhi dekat rumah rehat tentera dekat sebelah Rasa Sayang ni. So bila mai duk situ ja kan ka yang kem tu tinggi dari resort ni so akan nampak la segala swimming pool semua tu. Ya Allah cantiknya la dalam hati kan. Budak-budak kan. And yes my parents pun bukan lah kategori orang senang kan. So I been dreaming to stay there since I was a kid. Hahaha but till now tak pernah Dapat stay lagi. Harap-harap nanti ada lah rezeki untuk stay sini Dan melengkapkan wishlist aku untuk review staycation aku dekat hotel-hotel di Penang. Mana tau ada rezeki untuk bawak anak-anak stay sini pulakk ka kan. Tapi bila orang Jemput makan pun dah bertuah sangat badan ni haaa. Thanks Shangri-la😘
Kemain intro aku kan.. Kelass gitu. Hahhahah. Untuk pengetahuan hampa ni bukan lah RAMADAN BUFFET ya. Yang ni adalah dinner buffet. Mana kata sepanjang hari ada ya buffet ni. So bertempat di Spice Market Café theme untuk dinner buffet ni adalah 6-in-1 International Buffet. 
Untuk kali ni, Rasa Sayang Shangri-la Hotel and Resort telah menjemput chef tetamu dari Rasa Ria Resort & Spa, Kota Kinabalu iaitu Chef Shantanu yang jugak merupakan executive sous chef di Shangri-la's. 


Bermula dari 29hb April sehingga 8 April 2019, Chef Shantanu akan berada di  Showcase of Indian food selection Corner. Chef Shantanu punya dish will be available from May til June 2019. 


Selain dari makanan India, Buffet ni juga menghidangkan makanan dari Jepun, Western, Chinese, Malay Dan juga pencuci mulut. 
Apa pun jom la kita tengok apa yang disediakan dekat sini ya. 






Soups and noodle station



Cold and salad station





Sushi corner. 







Seafood Corner.. My husband fav corner. 


Dessert corner. 






Hidangan istimewa Dari Chef Shantanu untuk kami yang mai review malam tu. 


Walahhh... Sedappp sangat

Let see what I have for dinner. 


Itik panggang.. Tempura. Salad.. . Dat briyani rice special for Aishah. 



Left is banana crumble with vanilla sauce.. Wallah sedap gilos OK. Yang mana a tu Indian dessert.. Lupa nama dia. So sedap. Aishah eat the whole bowl herself. I have to take another one for me. 


Itik panggang again.. Sedap sangat. Very lembut and juicy😋😋😋


For the love of curry and nan.. Why not! 

All the dishes are Walahhh. U gotta to try on your own la kan. Hight recommended 


6-in-1 International Buffet 
Time : 6.30pm to 10.30pm
Every Sunday-Thursday
Adult RM168 
Kid RM84
***Every Monday and Tuesday ***
"P60" Promotion. Pay only 60% of buffet price. 

*** Every Wednesday and Thursday***
40 % discount for Golden Circle member (u can sign up for free from the Web) 
Applicable to adult. Kids below 6 eat for free. This promo not applicable on eve and public holidays. 

For reservation
Email: reservation.RSR@shangri-la.com
Call : 1300887388


Thanks Rasa Sayang Shangri-la for having us. 


Haishhhhh esok lusa da puasa uiiii
So mari lah kita pederaih siapkan semua review Buffet Ramadan yang masih berbaki. 

Untuk review kali ni, aku nak share salah satu hotel yang bagi aku makanan-makanan dia tak kurang jugak hebat dia. Tak lain tak bukan  di Cititel Penang. 

Untuk tahun ni Cititel Penang kembali dengan tema Masakan Citarasa Malaysia. Bertempat di Main Street Café, Cititel Penang. Buffet yang dihidangkan berkonsepkan hidangan Malaysia yang bermula dari Ahad hingga Khamis yang akan dihidangkan dari 19 Mei hingga 23Mei dam 26 Mei ke 30 Mei 2019.

Antara signature dish yang bagi aku hampa wajib try dekat Cititel ni adalah Kari Kepala Salmon dia. Serious talk sedap OK. Bagi pminat sup gear box, jangan risau dekat Cititel Penang ada OK. Antara kesukaan aku adalah Gulai Nangka muda Dan ikan masak lemak. Tengah duk taip pun telan air liur ni wei😂

So marilah kita me jamu mata terlebih dahulu untuk melihat juadah yang disediakan. Kalau tengok time puasa tu aku minta maaf tau kalau hampa drooling teruk nanti.









Kebetulan masa kami review ni hari Jumaat, hari jumaat ada spread untuk Japanese buffet sekali.. So ada la segala sushi Dan sashimi ya. Dan sebab tu Masakan Citarasa Malaysia ni cuma dari hari Ahad hingga Khamis ya. 








Pencuci mulut yang menarik hati kami. 











Untuk pengetahuan hampa harga untuk Citarasa Malaysia Buffet ni adalah Seperti di bawah. 


Citarasa Malaysia Buffet
Waktu : 6.30 pm - 9.45 pm
Dewasa : RM 85nett
Kanak-Kanak : RM 43nett (dari umur 6-12 tahun, bawah 6 tahun makan secara percuma)
Warga Emas : RM 60nett (umur 55 tahun ke atas)


Dan untuk pengetahuan hampa juga Cititel Penang ada menyediakan Riang Ria Buffet lunch Sempena Hari Raya Pertama Dan Kedua. 
Riang Ria Buffet Lunch
Waktu : 12.00 pm - 3.00 pm pada Hari Raya Pertama & Kedua
Dewasa : RM 63nett
Kanak-kanak : RM 31nett
Warga Emas : RM 44nett
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian +604-291 1128. Jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Cititel Penang. Boleh juga hubungi :
Mary Foong
Assistant Communications Manager
Cititel Penang, The Wembley, Penang & Cititel Express Penang
66, Jalan Penang, 10000 Penang.
Phone : 04-2911 030/04-259 8229
Fax : 604-370 1185
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS