Hari tu masa upload gambaq masak asam ikan sebelah ni ada yg tanya macam mana buek nya kan. Actually nak buat dia kacang gila ok.. Sebabnya dia sama-sama level dengan masak kicap ja kacang dia. Hahahhaha

Kena pulak dengan ikan sebelah yang sedap tu Ya Allah.. Merecik sungguh la. Ada yang tak kenal ikan sebelah tu macam mana ka? Laki aku panggil ikan tapak kasut. Ntah hapa-hapa. Orang putih panggil ikan halibut. Haaa macam canggih bunyi omputih panggil kan. 

Sumber gambar dari Google. Ni jenis ikan sebelah yang aku beli la. Aku xda gambar sebab aku dah suruh apek tu siangkan and potong siap-siap dekat aku. Actually ada banyak jenis lagi ikan sebelah ni ada yang warna putih n etc. 

Sumber google. Ni antara salah satu jenis ikan sebelah. 

Kalau nak tau sejarah menarik pasal ikan sebelah ni, ikan sebelah ni adalah sisa makan Nabi Sulaiman AS. Nak dijadikan cerita Nabi Sulaiman tak sempat nak habiskan ikan yang telah dibakar baginda di tepi pantai ni. So baginda pun telah lepaskan ikan ni ke laut semula. Tapi dengan kuasa Allah, ikan tu hidup kembali dengan keadaan leper macam ni. Ni la bukti kekuasaan Allah kan. Kalau Dia berkehendakkan sesuatu. 

Hebat kan kekuasaan Allah ni. 

Sumber dari Google. Tengok mat salleh punya halibut. No wonder kat sana halibut ni kira hot jugak la. Salah satu sebab isi dia halus and manis ok. 

Teringat dulu kecik-kecik mak aku suka beli ikan sebelah ni sama ada yang warna putih atau hitam tu. Time tu ikan sebelah ni kira ikan orang tak makan la especially malay sebab bentuk dia yang pelik gitu kan. And harga dia pun antara ikan yang murah. Kalau mama aku beli.. Mesti dia beli banyak ikan ni dekat market borong sebab murah kan.. Anak pulak ramai sampai 4 orang. Gaji pun tak besar kan. Kalau ikan ni mama aku suka buat masak tauchu... Allah.. Sedapnya.. Rasa nak menangis bila kenang2 balik. Tapi aku tak buat lah tauchu sebab laki aku tak makan masak tauchu.. Mehh sangat kan. 

So sebab laku aku tak makan masak tauchu.. Marilah kita buat masak asam ja. Haa senang. Sedap pun sedap. Eiii tak makan jugak siapppp dia. Babab baru tauuuu. 

Masak asam ni pun kategori terlajak senang la. Kategori senang macam masak kicap jugak bagi aku. Hahahhaha. 


Bila aku upload gambaq ni ramai la yang cakap huuu sedapnya. And ada gak yang tak biasa makan and mintak resipi. So meh la japgi aku share resipi dia ni. Senang je kot. 


Intro dah panjang sangat kan. Jom lah aku share cara-cara buat masak asam ni ya. 

Bahan-bahan:

4 ketul ikan sebelah
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih

Cara:

1. Goreng ikan sebelah dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
6. Tutup api. Dah siap!

Ni kau buat dekat mak mentua kau kompem terus jadi menantu kesayangan. Dari tak sayang terus jadi sayang. Tak percaya cuba la buat. 

Orang Penang kalau sebut ja Nazir Cafe mesti akan cakap.. Hmmmm nasi ayam dia padu baq hanggggg!!!

And yes... Aku kalau mai tang sini... Mesti tak order hat lain.. Mesti akan order nasi ayam dia ja. Haihhhh. Time type ni walaupun baru lepas makan, duk still terliur jugak. Aduiiii sedapnyaaaa!

Mesti akan order nasi ayam special.. Nasi lebih.. Ayam lebihhhh...

Ya. Kena order nasi lebih.. Ayam lebih ya. Kalau tak order lebih... Memang habis suap dekat anak ja ya. 


Serius sedap gila kot nasi ayam dia ni. Apa yang best kat nasi ayam ni adalah sambai n kicap dia tu. Tu yang membuatkan dia padu baq hanggggg. 

Kira kalau nak makan nasi ayam ja kami laki bini mesti akan mai ke sini. Tapi tu la kalau mai sini time lunch and dinner ka harap bersabaq lah ya. Sebab mesti full and sesak. Satu sebab susunan meja yang dekat-dekat buat rasa crowded la.

Tapi serve depa semua kt situ cepat la. Tu yang baguih. Satu lagi aku nak pesan kat yang nak pi makan kat situ.. Lepas makan kat situ cepat2 la mangkit kalau nampak orang duk tunggu nak duduk makan. Hampa duk berasa nak feeling2 bercinta candle light bagai kat dalam tu. Toyaaa sungguh.. Pang sedaih baru tau.

Nak romantik2 tengok muka hang aku.. Depan2 duk wassap 1 sama lain.. Baik hampa pi tang lain. Semak betui tengok yang jenis2 inconsiderate ni. Haihhh. Ti kena pang nayaa.

Credit to Penang Kini... 

Katanya Mat Dan pun dah sampai sini. Hampa kalau mai Penang.. And nasi kandaq is not ur kind of food sebab aku tau ada sesetengah tu rasis tak makan kat kedai mamak. Coiiii. Meh ka makan sini meh... 

Nazir Cafe 
Sunshine Square, 1, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang


Kalau sebut Penang ni orang asyik cakap pasai nasi kandaq ja. So boringgggg...

Ingat kat Penang ni xdak makanan lain ka.....hahaahha

Selain terkenal dengan char kuey tiaw.. Penang ada satu lagi Kuey Tiaw Thng atau orang luaq panggil kuey tiaw sup la. Apa yang special kuey tiaw thng ni kuah sup dia crystal clear tau tapi penuh dengan rasa.

Antara tempat yang kami suka makan kuey tiaw thng ada lah dekat depan BJ Complex tu. Dekat kedai corner lot opposite dengan petrol pump dekat BJ Complex tu.

Kedai dia mcm stall dekat Kedai Mamak dekat situ. Biasanya bukak pukul 9mlm-9.30mlm. Berbaloi tunggu wei

Ni yang special with teloq gedek2

Close up!!!! 

Bila letak cabai dia... Perghhh lincin semangkuk. Semangkuk tak ckup siap paw yg anak2 punya lagi. Kahkah. Dasar sangat kan. Sedap uiii. 

So hampa kalau mai Penang tak payah nak nasik kandaq sangat lah. Lagi2 yang kena beratoq berliku2 tu. Kadang rasa hampeh and tak berbaloi kot.

Sekian saya melaporkan😋😋😋


Haluuuu...
Nak tanya... Ada tak kat sini yang risau dengan garis2 penuaan kat muka? Eiii tipu la kalau tak risau kannnn.. Ya dak? So apa yang korang buat untuk pastikan kulit korang kurang wrinkles? Pendek kata apa yang korang buat untuk prevent and combat wrinkles from worsening?
Pening kan cakap pasal wrinkles ni... Dah nama pun pompuan kan.. Haruslah kena pening. Maklumlah penjagaan muka ni adalah crucial kan. Kalau muka berkedut merata dan kusam dari usia sebenar kita pun tak best jugak kan?

And tahukah hampa skin kita akan kekurangan kolagen up to 30% by our age reach 45. Omgeee scary kan 😖. Biasanya bila kita berumur lebih dari 25tahun kulit kita akan kehilangan kolagen semulajadi pada kadar 1-1.5%. So bayangkan lah accumulate by 45 years old kita akan kehilangan up to 30% of our collagen dekat skin kita.

Oleh sebab tu untuk memastikan collagen dekat skin kita sentiasa renewable ada macam-macam cara yang kita boleh try.. And salah satunya adalah dengan Red Light Therapy (RLT) for skin treatment. Haa canggih tak bunyi dia. Canggih kan...






Basically Red light therapy (RLT)  ni ada therapeutic techniques yang menggunakan red low-level wavelenght of light untuk merawat kulit bermasalah seperti wrinkles, parut, jerawat, pigmentation dan juga luka. Sounds interesting kan? Wait until u know the history of this technology fundamentals.

Pada awal 1990 an, RLT ni digunakan oleh NASA untuk menanam tumbuhan di angkasa lepas. Para saintis dalan projek ni mendapati intense light dari RLT or red light emitting diodes (LEDs) ni dapat membantu tumbesaran pokok disamping membantu process fotosintesis pada sel-sel pokok tu. Amazing kan.

Read and near-infrared light telah membuktikan dapat menstimulasikan collagen production which relate la dengan keanjalan kulit dan ketegangan kulit kita. Selain daripada tu, RLT juga dapat mengawal kelenjar minyak di muka kita yang mana boleh menyebabkan muka berjerawat.



Antara sebab lain kena Claigio LED Magic Eye Patch ni kewl gila adalah disebabkan kebolehan dia menghasilkan kolagen pada permukaan kulit dan increase activity fibroblasts with 20 LED Red (600-660nm) wavelength yang sangat optimum for our skin. Hebat tak technology ni? Dan yang paling penting NO SIDE EFFECTS ya.


Cara penggunaan pun senang gila kot. Simple ja.

***boleh digunakan 2 atau 3 sesi (8 minutes dengan auto timer) setiap hari atau lebih 3x seminggu utk kurangkan kedutan di wajah.
Paling best sebab warranty Claigio LED Magic Eye Patch ni 1 year ya with one to one replacement for defects.




Tengah buat treatment sambil dengar lagu and releks2.



Tukar pulak ke sini. Masa pakai tu ada rasa ticklish2 skit kat kulit ni. Tak tau la perasaan aku ka apa ka. Tapi rasa macam skin tengah duk repair dalaman dia. Ehhh...



Dekat smiles lines ni nak kena lebih skit sebab da ada garis-garis halus kan. Kena repair sini lebih skit. Kahkah
For those yang berminat nak dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch ni jangan lupa dapatkan di SINI dan jangan lupa masukkan code ALIAOFF  untuk RM30 OFF dan FREE DELIVERY sehingga 28th February 2019 ni ya.

Price: RM279.00 RM249.00


Jom hampa.. Kita pakat-pakat cantikkan kulit dengan Claigio LED Magic Eye Patch ni





Mengiurkan tak? Hahhahaha

Nak buat title pun kadang-kadang boleh kemurungan. Ada ka macam aku ni haa? Lately ni rajin post resipi lah dia sebab tu yang senang and tak payah gaduh2 nak kena karang panjang-panjang kan.

Banyak lagi hutang entry ni..tapi pelan2 kayuh la kan. Aku pun busy skit lately ni dengan urusan rumah sewa adik aku and rumah aku yang nak dijadikan guesthouse tu.  Lepas tu last week melepet ja 4 days cirit birit wei.

So dah baik ni marilah kita masak sepenuh jiwa raga gitu haa.

Cakap banyak taknak la kan.. Moh ler kita tengok bahan-bahannya ya

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

Serbuk kari daging 

Serbuk cili

Serbuk jintan manis

Cuka / perahan lemon

Kicap pekat manis

Lada sulah

Garam

Gula

Serbuk perasa

Caranya:

1. Blend kering bawang besar dan bawang putih. Lepas blend sapu rata bahan blend dekat ayam.

2. Lepas tu masukkan bahan-bahan lain dan perap la selama mana korang nak. Bahan-bahan perapan ni actually aku main agak ja tau. So ikut korang la ya.

Nak senang.. Taknak susah2 basuh tray nanti ayam melekat ka apa ka.. Lining kan ja dengan aluminium foil tu. Kannn senang. 


3. Yang ni aku sempat marinated selama 2 jam ja sebelum bakar tadi. Tapi rasa dia padu kot. 

4. Lepas marinated selama mana yang korang nak, aku bakar guna oven ja. So aku panaskan oven pada suhu 220 deg C selama 10minit macam tu.

5. Lepas oven dah panas aku, set masa untuk bakar dekat dalam 30minit macam tu.

6. Lepas 30 minit bila oven dah bunyi ting2 tu boleh la cepat2 keluarkan. Jangan biar lama dalam oven takut nanti kering dan hilang juicy ayam bakar tu. Aku jenis tak suka kering-kering. Sebab tu aku nak ayam bakar aku tu crispy at the outside tapi juicy inside gitohhh.

Nampak crispy tak kulit dia tu? Dalam dia perghhh juicy siot. 

Letak timun jepun... Ni kalau buat nasi ayam pun cara ni

Siap untuk dimakan. Ni kitaorang makan dengan masak lemak ayam and sambal ayam penyet. Perghhh merecik hawauuuu. 


Ok lah korang.. Selamat mencuba ya. 


Bebas Asap Rokok

in , by Alia Farhan, 2:13 AM


Sejak start tahun baru ni ada kelegaan untuk aku. Kalau tak aku mesti tak suka nak makan dekat luar especially port kedai2 mamak yang I used to lepak masa aku single dulu.

Another option kalau nak makan luaq kena la spend lebih skit makan dekat kedai yang ber aircond. Yalah.. Takkan dalam ekon pun ada yang bahalol n tolol nk smoking jugak kan. 

Hari ni bawak Adriana n Aishah makan megi goreng dekat mamak dekat rumah aku ni. Yes aku ni dulu masa single lagi kalau tak OT kat kilang or xda apa nak buat memang kedai mamak ni la port aku. Tapi memang aku pilih port ceruk2 yang ke dalam yang geng2 smoking takkan duduk. Tapi kadang ada jugak yang terlajak banggangnya dah la duduk kat dalam2 jugak gatai juboq jugak nak smoking. Kita puas angkat kibas2 asap pun masih banggang tak paham bahasa. Serius i kenot brain!

Alhamdulillah la dengan perlaksanaan dasar baru oleh kerajaan ni dapat la orang2 yang tak terlibat dengan aktiviti merokok ni dapat la makan dan minum dengan tenang ye dak.

And aku pasti yang merokok pun secara tak langsung dapat kawal diri and control amount depa smoking. Good job Malaysians!

Korang memang terbaik lah. Tapi jangan kat rumah smoking dalam rumah...depan anak2..depan2 bini like nobody business. Tu memang ultimate banggang namanya. Huahua. Kalau tak sayang diri sendiri tu.. At least kesian la kat anak bini tu kennnn. Kalau tak memang tahap selfish syaitonnnn ni rojimmmmm betul lahhhh. 

Lega kami dapat lepak2 dekat mamak without asap rokok air kencing syaitonnnnn nirojimmmm tuuu. 

Akhir kata dapat aku menikmati megi goreng kegemaran aku without any distraction. Huahua

Kalau yang isap rokok baca post aku ni anf marah.. Pedulik hapa aku. Huahua. Dah lama weiiii kami bersabaq dengan yang jenis2 banggang tak reti bahasa duk mnghembus macam naga tu. 

And harapan aku jugak dengan perlaksanaan ni.. Mengikut statistics dekat UK lepas pengharaman merokok di premis makan dan public.. Jumlah perokok tegar di sana berkurangan. Alhamdulillah kan. 

Dah tak payah nak banggang komen plak tak sangka rokok lagi bahaya dari arak.. Elok haram kan arak. Dua2 bahaya la mangkuk... Yang lagi mangkuk jamban.. Dah tau nak mabuk pi bawak kereta... Tu memang paling ultimate banggang. Haaa amikkkk

Ok lahh.. Chowww


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS