Hai kali ni nak share resipi simple yang diolah sendiri olah aku ikut tekak aku. Bahan2 dia pun mudah ja.

Jom tengok bahan-bahan dan caranya

Bahan-bahan:

*2 labu bawang besar

*5 ulas bawang putih

*5 - 6 biji cili kering (rendam dengan air panas selama 15 minit)

1 labu bawang besar dipotong bulat

Daging potong untuk biasa makan tu (goreng separa garing)

Minyak untuk mengoreng daging

Cuka

Garam

Gula

Aji/cukup rasa


Cara-cara :

1. Goreng daging separa garing.

2. Sementara tu blend bahan2 bertanda * dengan pengisar kering. Kisar kasar2 ya. Jangan terlampau halus. Nanti xda texture kasar2 cabai kering tu.

3. Bila daging da separa garing angkat dan toskan.

4. Dengan minyak yang sama tumiskan bahan2 yang diblend tadi.

5. Masukkan cuka /asam keping/asam jawa ikut suka korang. 

6. Masak sampai sambal ni agak garing tau. Lepas tu masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Lepas tu masukkan dagung yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. 

7. Biarkan sampai sambal tu agak2 kering. Dah siap untuk dihidang. 

Kan dah cakap.. Senang gila kot. Rasa dia pun padu. 


Hai....seperti yang kami janji hari tu.. Kali ni nak share skit pasal Lone Pine Hotel Penang yang terletak di Batu Ferringhi ni.
Hotel yang bertaraf lima bintang ni dah lama aku target. Dari awal kawen lagi nak stay kat sini. Kahkah. Tapi last2 honeymoon dekat Hard Rock Hotel Penang pulak sebab time tu Hard Rock baru ja buka.
So kebetulan nak birthday Aishah tu kami rate cun gila dari Agoda so apa lagi terus la kejit2 mata skit kat laki aku suruh transfer duit nak bayar kat Agoda. Kahkah.
Jom lah tengok dulu gambar-gambar dekat Lone Pine Hotel ni dulu.

Lobby Area


Upon check in. Ruang check in yang selesa gila ok.



Selesa kan ruang menunggu nak check in. Tengok Adriana buat hal.. Buat macam kat rumah sendiri tak pakai kasut. Apa halll lahhh.


Welcome drink untuk makjem yg kehausan.

Room interiors 


Bilik nya... Luas kannnn. View from pintu balcony.


Toilet. Pun spacious



Powder area gitohhh

Ha ni dekat area toilet dengan powder area.. So in loveeee๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


View from toilet /powder area. Pintu tu boleh slide untuk tutup ya. Dia ada 2 pintu slides.. 1 dekat pintu masuk.. 1 lagi menghadap ke katil ni. So toilet transparent no hal lahhh... Kasik slides sajia tutup.


Best sebab pakai patio ni. Kaki idok ler sejuk... Kalau carpet kadang2 ada 1 bau kan. Kalau tiles sejuk saangat kan. Yang ni haa besttt la


Tengok tea dia. Macam-macam hado.


All urs. Amik ja. Tak kena charge pun. Aku tapau bawak balik. Huahua. Tu pun x abih minum lagi.. Duk ada ja kat dalam fridge tu. Dasar kampungdotcomdotmy sangat kennn๐Ÿคฃ


Balcony. Memang relax gila kat balcony dua ni๐Ÿ˜


Ada tempat lepak....


And ada bath tub ya kat balcony. Kau mampuuuu?


Haaa birthday girl rasmi dulu laahhh

Nampak tak laut dekat situ? Sipi2 pun ok lah kan...

Jom lah kita tengon keliling hotel pulak. Interiors dah nengok kan. Jom check it out...

Hotel Environment 





Classic kerusi rotan ni kan.


Kawasan pool dia.


Cantik kannnn.
















Cantik kan.. Hijauuu jaaa

Breakfast

Untuk breakfast pulak kami dapat sekali ya dengan pakej dekat Agoda tu. Breakfast is OK. Tak la banyak gila pilihan macam sesetengah hotel tu. Maybe sebab banyak yang duk kat sini foreigners esp mat salleh yang makan breakfast simple2 ja kot. Lebih kurang Hard Rock Hotel Penang punya spread tapi this one ada touch of Malaysian foods. Kalau HRH Penang aku pi 6 years ago buffet spread dia agak Western. U cant expecting nasi lemak there. Tapi lani xtau la kan.





Yeayy.. Ada my fav.. Mushrooms


Nyums2. Mee goreng dia sedap!


Location

Dari segi location, Lone Pine Hotel ni bagi aku memang strategic habis la. Depan hotel ja Ferringhi Night Market, McD depan tu ja, KFC pun sama cuma jauh sikit ja. Kedai makan depan tu pun bersepah-sepah ok.

Overall view 


Overall the stay aku bagi 5 bintang la for their hospitality and facilities. But if u are expecting a child friendly pool here.. Its not gonna happen here. U olls boleh pi dekat Bayview Beach Resort Penang or Golden Sands Penang sebab both ni pools dia best and very kids friendly. But as for this hotel.. My kids were totally find and enjoy our stay here. Depa pun suka ja pools dekat sini



Yang paling aku suka dekat Lone Pine Hotel ni adalah dia punya building tu unik tau. Macam ala-ala heritage sikit. Sebab tu aku rasa mat2 salleh suka stay sini kot.


Ok lah.. Hampa kalau nak book Lone Pine Hotel jangan lupa click dekat iklan Agoda dekat blog aku ni dekat atas nun... ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Address:
Lone Pine Hotel, 
97, Jalan Batu Ferringhi, 
11100 Batu Ferringhi ,
Penang

Ok lah kali ni nak cerita pasal kari salmon yang aku buat yang menjadi pojaan hati anak-anak kat umah ni. Laki aku? Dia tu susah skit nak puji aku masak. Kalau sedap tu dia tambah, kalau tak kena tekak dia dia tak tambah. 

First time buat kari mcm ni masa kat Perth tahun lepas. Tapi time tu kira tipu sebab bawak paste segera kan. Time travel tu bawak kari paste Mak Nyonya. Sedap wei mudah reja. Lepas ja ikan dalam tu.. Siap. Travel kita masak yang simple2 ja lah kan. Itu la gunanya mini rice cooker time travel noks. 

Masa kat Perth tu buat kari guna trout(beli dekat  tapi aku rasa trout dengan salmon ni spesis yang sama ja kot. Rasa pun sama ja kot. Lemak2 gitu ha. Bila buat kari makan plak time lapaq2 tengah travel and sejuk2 tu.. Ahh berebut2 noksss. Sampai gambaq pun takdan amik oi. Raplahhhh. 


Sempat amik gambaq before masak kari trout dekat Perth hari tu. Ni beli dekat Spudshed Innaloo. Sama ja kan dengan salmon. Rasa pun sama ja. Sapa pi Perth nak late night shopping boleh pi kat Spudshed ni. Kami ni pi sebab Coles tutup awai on weekend hari tu. Murah gila oiii salmon ni baru $15.


Bahan-bahan:

 ikan salmon 2 blok ( 1 block tu potong lagi 3 sebab dia kan ada mcm part dekat perut tu)

Haa paham tak yang part dekat perut tu potong gak. 
Gambaq credit to Tesco online. Zaman bila 0% gst ni. Kahkah

3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi salmon . 
6. Jangan masak lama sangat isi salmon tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.




Hampa yang nak cuba boleh cuba tau. Sedap gila wei salmon buat kari. Kalau kakak aku dia suka kepala salmon tu buat kari. Macam aku kenot go sangat kepala salmon tu sebab terlampau berlemak. Sikit2 ok. Banyak2 nanti melugai. Macam yang isi ni ok. Just nice sebab ada isi and rasa lemak-lemak skit kan.

Selamat mencuba na. 

Kali ni nak cerita satu lagi port makan dekat Penang ni. Tapi ni area seberang la ya bukan pulau. Ala2 kafe hipstur jugak.

Biasa kalau tak tau nak masak apa and baloq liat... Aku akan ajak husband aku makan dekat luaq. So kebetulan memang dari hari tu nak try sini tapi dia tutup pulak time tu kan. 

So masa kami nak makan luar tu kebetulan kedai ni bukak... So apa lagi.. Moh la kita try.. Sedap ke idokkk. 

Jom la tengok apa yang patut. 

Sedap nampak red velvet ni๐Ÿ˜


Teringin nak rasa scones dia tu. Next timr boleh cuba la

Environment. 

Main course

Sandwiches dia banyak choice. I lioke. 

Waitin for d food. 

Seronok la dapat choc cake kan

Mine. Chicken cordon bleu. Sedap jugak

Husband sandwich. Boleh pilih roti nak macam mana. Ada banyak choices. Dia pilih croissant sebab bini dia suka croissant. Sedap lembut ja croissant dia tu. 

Aglio olio pasta. Sedap but a but oily. Other than dat sedap dah. 

Ordered pizza for Adriana but end up dia tak makan sebab pizza ni pedas for her. 

Next time kalau makan kat sini lagi nak try menu lain pulak. And for sure nk try coffee dia. Nampak macam best ja. 

Oklah.. Hampa yang tak tau nak lepak mana boleh la try pi makan dekat sini na. 

96 Teko

Prominence, G-11, 

Condominium, 

Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Penang

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS