Rasanya dalam bulan 11 tahun lepas ada makan-makan dekat Halab ni sebab baru bukak kan dekat Penang ni. So apa lagi family aku dengan family adik suami aku.. Kami pi la serang untuk try apa yang bestnya di sini kan.
Location Halab ni terletak dekat Chulia Street yang mana jalan dia agak sesak dan semak. Dan susah nak parking. Disebabkan tu kami decide untuk guna perkhidmatan Mula. Macam ala2 Grab jugak la. Tapi ni ada pakai MPV besar. So muat la kami 2 family kan.
Rupa restoran Halab masa waktu malam
Ada sediakan breakfast, lunch and dinner.

Cosy kan...
Dah nama pun kedai arab kan... Tengok la menu2 nya di bawah.. Part of it la... 





So aku pun poyo lah order salad la lamb shawarma la... 
While waiting for the food


Here comes the foods


Mine salad.


Mine lamb shawarma


Foodies.
Ok nasi beriyani and mandy dia sedap gila. Aku rasa2 macam tu ja nasi dia tapi ok memang sedap. Tekak aku boleh terima. Selalu aku makanan arab ni tak berapa sangat sebab kering kan. Tapi ni ok pulak. 
Overall... Aku rasa this place is nice. Food is good also. So aku rasa kalau orang yang prefer nak lepak2 and releks boleh la mai makan tang ni sebab environment dia best kot. Aku sukaaa😍😍😍


Hampa yang nak pi Halab boleh set dekat waze ja terus. Atau search;

Halab Penang

381 Chulia Street, 
10200 George Town, 
Penang
Malaysia
Yehaaaa.. Bersambung balik Travelog WA ni ok. Untuk hari kelima ni, dari Margaret River (Busselton) ni kami akan balik semula ke Perth and stay balik di Indian Ocean Hotel di Scarborough Beach.
Untuk pengetahuan hampa, hari kelima kami di Western Australia ni adalah birthday suami aku bersamaan dengan 9th May 2018. Yes masuk dalam sejarah Malaysia yang kerajaan Malaysia bertukar pada election on 9th May ni. Best birthday gift ever suami aku kata. Aku bagi beg Coach pun xbest mcm ni katanya. Gigih aku sembunyi2 beg coach tu dalam luggage aku semata-mata nak bagi kat sini ok.
And yes kami tak mengundi pada hari tu sebabnya semuanya dah bayar ok. Kereta sewa, rumah dekat Busselton, flight tickets sebelum ni dah pernah reschedule dengan AA. nak reschedule lagi.. Aduh... Duit yang dah bayar semua2 tu kalau burn.. Lagi terbakaq hati ni. I blamed Najib for this sebab buat election betul2 rapat time nak bulan puasa. Kahkah. We dont expecting that election will be that date by the way. Well.. Najib kalah. Dats the most important thing. Hahhaha.
So back to the story, untuk hari ni awal2 pagi kami dah breakfast di rumah. Makanan pun da siap masak untuk travel balik ke Perth nanti. Lepas ja breakfast memang rasa berat hati gila nak tinggalkan rumah idaman aku kat Busselton ni. Kahkah. Sempat bergambar habis satu rumah untuk kenangan terakhir kan.


I want a house like this! Exactly like this. Takmau rumah 2 3 tingkat. Nak setingkat tapi macam ni! Kahkah



Will miss this house!


Lepas ja check out kami terus gerak ke Yallingup untuk ke Canal Rocks. Yallingup ni kira ni kira kawasan tepi laut la ya. Actually dekat Yallingup ni ada Sugarloaf yang fames gak kat sini tapi sebab kami nak kena berkejar ke Mandurah so kami kena pilih salah satu.. Sama ada Sugarloaf atau Canal Rock. Takleh nak tamak pilih dua2 ok. Kena pilih satu ja bak kata laki aku... So aku buat keputusan untuk ke Canal Rocks ja. Tapi Alhamdulillah la view dia cantik gila kot.. . Malas nak ulas panjang2 korang tengok sendiri la ya view kat sini.



Biruuuu kannnn laut dengan langit tu... Arghhh rindu nak mam...


Laki aku ngn anak2 aku tak sporting time ni. Yes laki aku jenis pemalas nak tangkap gmbaq. Seteressss makjemmmm.


Me n mom


Selfie sedasss




Main pasir budak2 bertiga ni.




Jalan menuju ke Canal Rocks.



Breathtaking view.


Okeh lawaaaa gilaaa okehhhhhh....
Ombak kat belakang akan bertembung dengan ombak kat depan yg aku tangkap gambar ni. Kalau ombak tu terlalu kuat memang boleh lencun la. But masa kami oi tu setakat small splash ja la. Xdak la basah lencun pun.






Tengok video ni. Cun dakkkk


Lepas ja sesi bergambar dekat Canal Rocks ni kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Perth. Tapi sebelum sampai ke Perth kami akan singgah ke Madurah. Apa lah ertinya ke Perth kalau tak ke Mandurah ye dak.
Half way perjalanan singgah sat kat petrol pump to kosongkan pundi kencing masing-masing and I decided to drive sebab husband aku pun nampak macam mengantuk ja. Well driving dekat Ausie boleh rasa nak hantuk kepala dekat stereng tau sebab dia punya speed limit untuk jalan yang clear pun kadang-kadang 70km/hr. Like seriously? Yesss serious shit.... So sebab tu lah selaku pemandu yang berhemah kami sewa gps ja from Aries.. Sebab senang nanti kalau over limit nanti gps akan alert kan hang.. TING TING TING TING!!! dari kena bayar AUD300.. baik bawak shopping ye dak. Kakak akau n kawan2 dia pernah kena 5 saman masa kat Sydney n Melbourne dulu. Hahahha. Saman sampai Malaysia ya. Tak bayaq.. No more entry to Ausie gitohhh.


Nak bagi tak mengantuk.. Wajib minum ni kalau pi Ausie ok. Actually banyak gila ayaq kopi depa yg sedap2.. Aku yang bukan coffee lover pun suka kopi depa ni. Kena ngan tekak aku.
Since this is our second time to Perth, my husband and I decided not to join the cruise but suddenly Adriana nak jugak2 naik cruise tu.. Nak tengok dolphin katanya. Yalah.. Geng dia Nuna naik.. Takkan dia xnaik kan. So terpaksa la kitaorang pun naik sekali.

So masa kat sini best la cruise tengok kawasan rumah orang kaya-kaya. Rumah dekat dekat canal la katakan. Dekat setiap rumah ada bot berlabuh. Dolphin main depan rumah. Ko hadooo???

Gambar aku kat sini tak da ya sebab bateri aku dah tahap king kong dah. Lepas tu aku kena pegang Aishah ja memanjang takut kang terjun dia kat situ serammn pulakk kan. So celah mana nak tangkap gambaq nya. Lagipun da penat satu hal  kannn. So Ecah grumpy dengan mak2 dia pun grumpy laaa...
Tapi kalau hampa nak tengok detail pasal Mandurah boleh la baca dekat SINI. ni entry masa aku first time ke Perth in 2016. Tak banyak berubah pun Mandurah ni. Sama jek.


Kemain Anena n Nuna ni kan. Dah la dua2 pakai helmet. Hahhaha

So after the cruising session.. Kami pun lepak la makan churos dekat San Churos Chocolatier dekat Mandurah tu. Macam biasa... Churos dia tak menghampakan. Sedap nak mampuihhh oiii



Sedap uiiii


Orang lain tunjuk jari kena ink kan.. Kami tunjuk jari cicah cekelat. Okbaiii.. Mengundang kecaman betul lah.
Lepas makan-makan Churos maka kami pun gerak balik ke Perth. Perjalanan dalam lebib kurang 1hr plus jugak la sebab bertembung dengan orang balik kerja kan. Tapi xdak la jem macam kat Malaysia pun. Still smooth ja.
Sampai ja kat Indian Ocean Hotel.. Kami pun masing-masing kelaparan balik. Ya lah.. Makan churos je kot.. Mana ada singgah makan ka apa ka. Nasib baik kat hotel tu memang ada microwave so apa lagi panaskan ja lah makanan-makanan yang dah masak dekat Busselton tu. Kenyang perut. Maka masing-masing duk kelebet fon nak tunggu keputusan election.
Nebes mak kat Perth time tu pukul 12 tak kluar lagi results oiiii. Dah la Perth ni kul 8 tu dah macam pukul 11 dah nak oi.. Bayangkan kul 2 pagi kat Perth aku tak tidoq2 lagi sebab tertunggu2 result election. Dah la esok nak ke Pinnacles dengan Lancelin lagi. Ahhhh sudahhhh.
Time tu dah menyumpah seranah Najib berbakoi2 dah. Kahkah. Sory Jib.
Oklah.. Cerita pasal Day 5 pun dah habis. So nanti aku sambung lagi ok....

Nak share jugak dekat sini as memories jan. Supaya nanti-nanti kalau dah tua boleh baca lagi kat blog cerita psai anak2 kan. Ya lah... Fasa depa membesar ni lah fasa nak collect memories dengan depa kan.
Tanggal 28th November yang lepas,genaplah usia Aishah dua tahun. Teringat lagi berderai2 air mata bila tau nak kena elective cser sebab baby besaq. Wuwu... Tapi takpa lah everything dah passed by kan. Alhamdulillah she's a big girl now.
Untuk birthday yang kedua ni, kami celebrate among kami anak beranak ja. Last year pun sambut makan kat kedai makan ja pun. Tak meriah macam birthday kakak dia yang 1st..siap ada birthday party lagi. Sebenarnya last year tak sempat nak plan apa2 since my late fil tengah sakit time tu.

So this year kami plan la special skit for her. Kang nanti besaq cakap mama ngn papa tak sayang dia pulak kennn. Untuk birthday dia kami just check in dekat hotel dekat Penang ni jugak ja. Kami booked dekat Agoda dalam 2 weeks before her birthday.


Birthday girl happy la kennn dapat balloons banyak2 macam tu kennn.
Alhamdulillah la dapat spent masa untuk kami 4 beranak dekat Lone Pine Hotel Penang ni dengan selesanya. Actually plan untuk stay di sini as birthday celebration Aishah pun agak last minute jugak la. Last minute booked dekat Agoda. Dah booked lupa plak nk remark request for birthday cake... Then terpaksa contacted hotel directly untuk request for cake. Nasib semua berjalan lancarkan.


So apapun, misi nak celebrate birthday Aishah kirany berjaya lah. Kami anak beranak pun enjoy la staycation for birthday celebration si Aishah ni.


Look at her face. My cheeky little bam2 girl.


Kakak yang excited lebih for her sister'd birthday.


Bagi budak-budak ni melayan makan kek dekat balcony.


Cewah. Enjoy nampak ya. Sampai tak ajak mama n papa pun.


Ni dia dah start boring. Selamba dia angkut semua balloon humban dalam bath tub dekat balcony ni. Kahkah. Perangai sangat ko ni dikkk.
Petang tu lepas dah lepak2 sat kat bilik... Kami pun turun la anak-beranak untuk mandi kat pool dia. Best jugak time ni dekat Lone Pine Hotel ni tak ramai orang. So kolam tu tak la sesak macam kebanyakkan swimming pool hotel dekat Penang ni. Azab betul la kalau mandi swimming pool ramai-ramai orang ni kan. Tak leh nak enjoy.


Haa mak pun boleh ferfeeling orang hado2 nan hado sat. Kahkah.
Balik dari swimming pool ingatkan budak-budak ni nak pengsan sekali buat aktiviti coloring pulak dua beradik ni. Lantak korang lah janji jangan bergaduh memekik2 sudah.

Nasib baik la si kakak bawak buku coloring. So xda la diorang boring kat dalam hotel kan.
Malam tu kami pi dinner dekat kedai tomyam depan Hard Rock Hotel and Bayview Beach Penang tu.. Kira in between la.. Memang opposite la dua2 hotel ni. Kalau hampa mai Penang and happen to stay around here.. Boleh try dekat kedai ni. Ni kali ke 3 kami makan dekat sini.
Dia tepi sungai belah kanan tau. Aku personally suka dis kedai berbanding dengan yang kiri tu. Tapi ikut masing-masing la kan. Tekak tak sama.


Dua beranak ni memang kamceng. Kadang-kadang berbulu ja aku dengan mek ni. Bila papa ada.. Terus tak pandang mama dia dah. Memang anak manja papa dia. Memang sebijik macam aku dengan arwah abah aku dulu. Eh tapi Aishah pun kemain gak kuat nak berebut papa dia dari kakak dia. Ahhh berebut la korang. Takda ka yang berebut nak mama ni uiiiii.


Tq booskur belanja kami anak beranak makan n taja hotel. Kahkah. Moga2 murah rezeki U sebab selalu belanja anak bini. Dengan ucapan....belanja beg jurulatih lagi bulehhh dakkkk...



Siakap 3 rasa. Ok la not bad. Tapi aku rasa siakap steam lemon dia lagi sedap kot.


Ni ja lah gambaq makanan yang sempat tangkap. Malas nak tangkap banyak2 sebab Ecah dah buat perangai tengok makanan depan mata pastu laki aku dah buat mukaaa.... Loserr la u ni asyik tangkap gambaq makanan ja. Kahkah. Pedulik aaah. Another menu yang aku suggest untuk hampa cuba kat sini adalah kerabu daging dia tau. Sebab rasa dia sedap sangat hokey.
Eh ni review makan ka.. Nak cerita pasai birthday anak ni.... Ehhh
Itu lah dia cerita birthday Aishah pada bulan lepas. Sory Ecah mama update birthday Ecah kat blog lambat gila. Mama lemau bulan ni kita asyik berjalan sajia. Kahkah. Mood blog pun ke laut gila.
Lone Pine Hotel best ke idak? Kalau nak tau kena stay tune untuk baca lah kan....next time pulak aku update pasak Lone Pine Hotel ok.



Haaa..baru berkesempatan menyambung balik Travelog Perth ( Western Australia) ni. Bukan apa, selaku blogger suam-suam kuku dan sendu ni marilah kita berhuhu untuk update blog. Lepas tu berangan traffic daily juta2 nyahhh..koserrr mak hayam nak layan nyahhhhh.....lgbtqyxz sangat ni haaa...
Ok lah..sambungan dari Hari ke 3, untuk hari ke 4 ni kami masih tidur di rumah yang sama, di homestay di Busselton. So untuk pagi tu kami breakfast heavy meal terus sebab taknak la kelaparan and kebuluran sangat kan. Pagi tu kami breakfast nasi goreng and bihun goreng yang Mak Jah (mama aku la tu) buatkan. Rasa macam kat rumah sangat uolls. Dah la rumah best ahhhhh. Rasa nak duduk terus rumah tu pun ada. Ahhhhh...ahhhh lagikkkk..bencinya kenapa tak leh duduk rumah tu terus...ehhh
Ok la berbalik kepada cerita asal, lepas ja breakfast kami gerak keluar untuk berjalan-jalan di sekitar Margaret River region ni ja. Destinasi pertama kami adalah di Margaret River Chocolate Factory. Lokasi dia agak ke dalam jugak ya. Dekat sini la boleh makan macam-macam chocolate. Ehh tapi makan yang free macam chocolate coins yang kecik-kecik tu la. Rasa la sampai lebam. Dekat sini kami lepak-lepak mengopi dulu.




Food sensory. Yg coins ni boleh rasa tau. Rasa la sampai muntah🤣

Sejuk2 pun makan ice cream budak berdua ni.

Aduiii sedapnyaaa... Hot choc with marshmallow.


Kasik chance la kan.

Dekat luar dari MRCF ni ada tempat untuk lepak-lepak tengok nature tau. So masa duk lepak tengah mengopi tu tetiba Si Ain bagitau eh ada kangaroo liar tengah melompat-lompat dekat luar. Wahhh memang best la kan nak nampak skippy liar lompat-lompat gitu kan. Tak sempat nak rakam pun sebab da excited. Tak sama ya jumpa kangaroo kt dalam Caversham dengan kangaroo liar ni. Kangaroo liar ni dia agak lain macam skit. Bak kata sorang mamat Malaysia yang kerja kat Aries ni kangaroo liar ni boleh jadi ganas tau. So korang jangan la excited sangat dia boleh jadi ganas ok. Ehh tapi tak kira nak excited jugak lah!
Lepas mengopi, apa lagi sesi bergambar dekat luar. Dekat sini kira more to nature side jugak lah. Cantik lah nak bergambar dekat luar ni. 

Dekat pokok maple. Perak buih la katakan


Dah mai time Autumn.. Wajibulghunnah la ada daun ni kennnn.


Cewah2 swag la konon.. Puikkk.

Cover peruttt....

Setelah selesai bergambar semua marilah kita masuk semula dan membeli coklat sebagai bekalan sebelum beredar ke tempat lain gitu.
Lepas ja dari MRCF ni kami nak terus gerak ke Augusta, tapi otw ke Augusta kami singgah di pekan kecil lembu yang dinamakan Cowaramup. Dekat sini pekan kecik ja. Tapi tenang nya lahai. Kat pekan kecik ni banyak patung-patung lembu. So agak instagrammable jugak lah kan.


Maktok dengan lembu2 ternakannya di ostolia...

Such a lovely place here.


Zoomla kalau rajin nak baca sejarah pembukaan pekan lembu Cowaramup ni.

Lepas ja bergambar skit-skit apa yang patut,  maka kami terus gerak ke Augusta dan melalu pekan Margaret River (my husband fav town)...tapi masa lalu MR town ni kami tak berhenti la. Just pass by ja lah kan. Sebab banyak lagi iti nak kejar kan. 
Kami sampai di Augusta time ni rasanya dah dekat pukul 11pm. 11pm kat sana da macam tengah hari gila dah untuk autumn season. So kami cari port dekat muara sungai dekat Augusta untuk picnic dan makan bekal yang kami bawa. Sedapnya makan time-time sejuk-sejuk dan kelaparan tu.  Memang licin la lauk nya kan.


Picnic dekat sini. Tenang ja😍

Selesai ja makan kami pun apa lagi masa untuk team-team perempuan camwhore. Macam-macam spot cari untuk dapatkan the best shot gitu haa. Tak rugi pergi dengan girlfriends ni sebab they know how to take a beautiful pics. Husband aku? Dia tangkap gambar asai boleh ja lah...steressss mak jem!








Ecah pun time ni rambut tak panjang lagi. Punya la mama hg ni baloq liat nk update entry WA ni.

Dan tiba lah masa untuk mama berposing dengan jayanyaaa






Lepas posing semua kami gerak ke Cape Leeuwin untuk ke Cape Leeuwin Lighthouse. Dekat tepi-tepi tu sebelum masuk kr kawasan light house pun jadi kerja kami. Hahahah.


With the #bikuisisters. I love u my adik2😍😍😍


With my anak kesyangan.




Ni kat kawasan nak masuk Lighthouse tu ya.
Cantik sangat2 view dia. Aku nasihatkan sapa yang dah sampai sini.. Masuk lah tengok kat dalam ni. Bayar skit la tapinya. Mula2 taknak masuk dah sebab dah pernah masuk tapi sebab Adriana beria2 nak masuk jugak maka kami laki bini pun masuk la jugak. Aishah tengah lena time ni so kami tinggalkan dia dengan maktok dia kat cafe.




Anak kesyangan.. Buah hati mama n papa.


Where two oceans meet.





Sempat lagi promo.. Ya la.. Sepanjang travel memang amik ni. Bagi tenaga and taknak lemau kan.

Lepas ja habis sesi di Cape Leeuwin Lighthouse maka kami terus gerak ke  Hamelin Bay untuk cari the rays (sting rays) . 
Time tu da pukul 3. Jalan dari Cape Leeuwin ke situ pun boleh tahan jugak hutannya. Kalau lewat memang gelap dan menakutkan. Memang kalau lewat tak dapat la tengok the rays kan. 
Kami kena cepat, sebab season ni pukul 5.30pm dah gelap ya. Tapi nasib kami baik sebab kami dapat sampai ke sini dalam pukul 4 macam tu. Sempat mencari Mr Ray yang jinak dan berposing sakan di sekitar pantai ni. 








Me n mama.


Perut tak cover woiii.


My mama😍



Masing-masing happy gila dapat tengok ikan pari gergasi kot. Dah la jinak kan. Tapi takut jugak la nak dekat-dekat sangat pun kan. Hahhaha.


Besar kannnnnn... Dah mai dekat kami pakat lari sebab takut kena libas dengan ekoq dia🤣🤣🤣
Lepas ja tengok Mr Rays kami pun gerak balik ke Busselton. Taknak la gelap sangat kan, kawasan hutan tu dengan jalan kita tak familiar takut malam-malam ni kat kwasan hutan diorang kangaroo ka wallaby ka keluar and terlanggar..habis pulak nak kena bayar ganti rugi kereta dekat Aries kan. 
Masa kami sampai dekat area Busselton pun dah pukul 6pm mcm tu..memang dah gelap la ya. Sebelum sampai ke rumah kami singgah dulu ke Coles untuk beli buat bbq malam tu. 

Sampai rumah..terus siap2 untuk sediakan dinner. Malam tu kami buat bbq ayam di luar rumah dan masak aglio olio pasta ja. Seronok la kan pakat masak ramai-ramai and berbbq bagai.


Feeling2 sangat oiiii dapoq best macam ni... Kahkah.. Terasa Jamie Oliver di situ. 



Nyumssss
Malam tu after makan kami all girls layan pillow talk la sangat dekat theather room. Wah feeling2 orang have2 kauuuu... Kat Malaysia rumah kita macam rumah burung ja wakkkk... Hahhahahah. Tapi last2 semua pakat mengantuk. Penat kot satu hari berjalan-jalan kan.

Malam tu..disebabkan esoknya dah nak check out dari rumah tu.. Maka kami pun pulun la berdobi bagai sebelum balik ke Perth. Weee... Fully utilise la semua kemudahan yang ada kat rumah tu. Dobi tu tak tau la masing2 membasuh... Dryer lagi. Nasib tak meletup ja. Kahkah. 
Cuma dishwasher ja kami tak reti. Almaklumlah orang Malaysia kan mana nak ada dishwasher noks. Itu pun selamber merata si ecah tekan2 button sampai air dah masuk dah kat dishwasher tu. Hahahha. Kami manually basuh tangan and keringkan sebab kat rumah tu takda tempat nak terap pinggan ya. Kekdahnya... Lepas basuh terus sorang duk tepi keringkan dengan kitchen towel. Ahhh tersusun sangat hidup. Rasa macam dalam desperate housewife punya cerita pulak.
Apapun stay dekat rumah orang putih ni bagi kami satu experience baru la. Macam mana stail depa hidup. Dengan pantry nya. Dengan ruang dobi yang best. Theatre room takyah story la kot kan. Tu belum cerita kalau nak berak takdak bidet kat toilet. Wet tissues uolls peneman setia kami di sana. Kahkah.

Oklah bersambung lagi di lain masa. Doakan aku kerajinan sambung cepat2 entry Perth ni bagi habis. Yes...aku malas dah nak letak watermark dekat gambaq aku sebab tu akan membantutkan mood blogging aku ke laut dalam. Ahhhhh..... Sapa ja lah nak guna gmbaq aku niiiii... Si blogger sendu🙄🙄🙄
Tapi sapa2 nak guna sila credit dekat blog aku dulu nah.. Kahkah😝😝😝

Sebelum hampa boring... 
Meh layan sepammm duaa video siri bercakap dengan Mr Ray😎😎😎



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS