Hahahhaha...tajukkkkkk....

Orang lain dah berzaman shopping barang rumah dengan tesco online kau baru nak terjebak...hahahah actually baru discover kawasan rumah aku dicover..sebelum ni duk search tak jumpa pun. Sekali last week duk godek-godek eh jumpa pulak..sekali mana ntah dia letak kawasan rumah aku ni. Tapi takpa..janji sampai and tak sesat jalan kan. 

Aku ni kan da makin tua ni makin menyampah jugak nak pi beli barang-barang rumah ni. Lagi pulak kalau nak beli barang-barang rumah macam grocerries..bahan mentah semua tu. Dengan dua orang ni rasa penatnya lahai. Penat nak angkut masuk dalam troli..penat nak pilih barang..penat nak bercakap..penat nak jadi pengadil perlawanan tarik rambut. Duhhh nampak bertapa penatnya utnuk sebuah perjalanan membeli barang rumah di situ...

Kalau pi sorang-sorang dengan aman takpa aku suka ja kalau nak berpenat skit pilih barang..penat skit angkut barang. Kenapa tak pi beli barang dengan laki aku sekali? Laki aku kan bz mngalahkan bakal PM ke 9 gitu haaa. Karang kalau ajak dia shopping barang rumah weekday ja lah aku suka pun. Pastu kalau shopping weekdays  i best la skit. Tapi sementara laki aku nak sampai rumah toktet toktet dah pukul 7.30malam. Pastu nak makan lagi ..pastu nak beli barang lagi..aduii kalut lagi. Tapi  weekend nehi nehi heii. Tak kuasa mak nak bersesak2 dalam tu. Lagipun weekend aku prefer pi jalan-jalan or leisure kat mall or jjcm ja. Nak beli barang memang nehiii la.

Nak pulak aku tengok delivery charges untuk Tesco Online pun kira affirdable sangat. Paling mahal RM5..paling murah RM3. Ok sangat2 kot. Harga tu ikut slot. Aku amik yang pkul 3-5pm tu harga delivery baru RM3 kot. Kalau pi beli sendiri pun minyak kereta ja dah berapa..belum lagi kena paw teloq cekelat dekat kaunter tu. Stresssss gitu ja.

Paling mudah..donlod la app tesco online ni haaa.

Yang ni tekan-tekan dalam cart apa yang hang perlu ja. Kalau over budget boleh delete from cart. Pastu pilih slot.pastu submit order pastu abam tesco mai hantaq depan pintu rumah. Lepas tu swipe ja kad dekat depan pintu rumah. Ahhh best gila. Tak payah nak peluh2 keti angkat2 barang dari kereta naik lift bagai. Nikmat mana yang kau dustakan ya dak? 

Bahagia dohhh orang hantar kan semua-semua ni depan pintu kita. Tiada dalam gambar roti canai frozen.

Ada orang tanya ok ke? Ada orang kata masa duk purchase tu harga lain..bila sampai mahal skit. Biasa lah tu bagi aku, sebab kadang-kadang ada item yang tak dak tu dia substitute dengan barang lain..barang lain tu mungkin mahal skit dari barang yang ko nak tu. Kalau taknak reject ja cakap taknak. Pastu satu lagi barang-barang mentah macam sayur, ikan, ayam semua tu..price dia per weight..so memang logic la kadang2 price tu a bit dif kan. Dia bagi estimation..ko click contohnya nak beli dada ayam 500g...mungking masa dia timbang tu 525g..so dah lari 25g...kat situ dia kena la chrge ko lebih. Takkan dia nak pi potong pulak 25g khas untuk ko. Hahahaha

Ok ada yang tanya ok ke? Ikan fresh ke ayam fresh ke? So far yang kat Penang ni semua yang aku pi ikan dia ayam dia sayur dia bagi aku memang ok ja lah. So fresh ke tak ni agak subjektif dan mengikut tempat kot. Tempat yang hantar dekat aku ni so far ok ja. Aku beli salmon 4 keping pun elok ja. Pastu harga pun stil cpnsoder murah untuk salmon block hang besaq kan. RM40.20 untuk 4 keping. 

Bahagia tengok salmon ni sebab fresh dan helok ok.

Pastu lagi satu untuk delivery macam ni jangan la mimpi nak beli ayam sekor-sekor tu bersiang bagai. Sama la dengan ikan siakap. Kalau nak bersiang bagai memang diorang tak buat untuk delivery ni.

Ni yang roti canai segera Tesco tu. Tengok ada orang review kt ig sedap. So kita try la.

Kemas packaging dia siap berlapik lagi setiap piece roti canai tu. Good job Tesco! Yang bertanya sedap ke tak? Sedap ja. Cuma dia nipis and jadi ranggup la. Macam aku ni suka lagi jenis yang tebal skit. Tapi anak-anak semua suka ja yang ni.

Ni pulak aku beli yang nugget tesco tu. Order yang tempura tu tapi da habis so depa bwak subs yang ni. Harga yang ni dalam rm7+ macam tu. Yang tempura tu dalam RM10+ macam tu la. Yang ni pun sedap tau. Rasa macam yang tempura jugak cuma beza dekat coating ja. Yang ni breadcrumb. Serius tak rasa macam nugget murah beli kat pasar malam tu. 

Tengok dalam dia. Sebijik macam yang tempura tu. Ok sangat-sangat dengan price kot. 

Ni pun tengah gatal-gatal lagi nak order tesco online ni beli ikan temenung dengan makarel ka untuk weekend ni. Yang ada dalam freeser semua ayam and daging ja. Mama kenot sangat ayam2 ni. Anak-anak pun sama. Ni pun nak order tesco punya curry puff frozen..depa kata best. 

Papanya nak ke moto GP weekend ni so stock makanan kena mencukupi. So langkah terbaik kita order ja masuk-masuk cart. Lepas ni abam tesco mai hantaq lagi. Yehaaa... i'm happy mother!

Oh ya..tempat aku Happy Fresh tak cover lagi. Hopefully one day Happy Fresh dapat cover plak tempat aku ni. 

Oh ya ni review tak berbayaq pun tau. Saja la nak bercerita pengalaman sendiri shopping online kat Tesco Online. Definitely will recommended this for others as well. Best kot. Senang ada orang hantar depan rumah u olls. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰


*** nanti la aku review pasal tesco punya pencuci tu. So far best la😍


Another Phase In Life

by Alia Farhan, 11:05 AM
Well...it's 1.25am when I start to write this post. What I'm goin to write here..i mean in this post is about how sometimes time change people.

Rasa macam lawak jugak nak tulis pasal menda ni but hell yeah...i'm gonna jot down this to my blog. Well my blog is part of my life so why bother not to write it here right?

Pernah tak korang ada satu obsession macam gila beli kasut or anything? I bet my women do kan. We tend to buy the shoes that we think we need it but end up it stuck forever in our shoes cabinet. Hahahha. Tak beli menyesal. Dah beli tak pakai pulak. Setan betul perangai kan. Aku la tu tak kata orang lain pun. Membazir ja. As I grow old,my shoes obession withdrawn just like that. I no longer buying shoes like I do before. 

Kalau sapa tengok cerita ni tau betapa cronicnya kaki shopping ni kan...

Muka bahagia bila shopping..tapi at the end of d day akan jadi serabut.

Rasanya start my first pregnancy aku stop buying shoes I think I might need but truth tak berguna pun. Hahahha. Masa first pregnancy masa da start sakit kaki tu laki aku belikan kasut from Scholl. And start from that la aku tak pernah beli kasut and lenjan kasut tu sampai la Adriana setahun lebih. Itupun laki aku beli baru sebab dia kata teruk sangat aih lenjan kasut tu ja. Hahahhaha.

Start dari situ la aku beli kasut aku bila kasut aku yang aku suka pakai tu dah nazak. Mostly selalu beli dekat Scholl la. Ada gak yang kasut pi kenduri tu beli from Medifeet sebab yang penting keselesaan. Dulu main beli ja kasut Vincci la Nose la yang offer RM29 la apa bagai tapi bila pakai alahai sakitnya kakiku keko...asal keluar ja beli kasut. Kadang2 sebab kasut tu lawa belu jugak walaupun tak offer. Last2 duduk la dalam cabinet tu. Rasa membazirnya lahai.

Sama jugak dengan obsession aku dengan handbag. Dulu pun gila jugak dengan Coach. Ala Coach ja la pun mampu. MK la Kate Spade la Fossil la. Tapi tu la beli sekali lenjan sampai lunyai. Takda nya pakai baju pink..handbag pink..baju biru..handbag biru. Lani lebih suka pakai yang leather from Fossil ja. Senang nak matching mana-mana. Ada satu handbag kulit tu aku beli masa dekat Phuket 3 tahun lepas. Still in a good condition. Sekarang ni nak beli handbag pun xda napsu. Alahai. Duk pikir handbag2 yang ada kat umah pun x terpakai. Laki aku cakap bini dia ni dah monopos from shopping. 

Tu belum cakap pasal shopping baju and make up. Pun sama jugak wei. Kelakar kan. How from a mild shopaholic aku jadi tak suka shopping! Tadi pi Design Village Outlet dekat Penang ni pun rasa tak bernapsu nak masuk kedai-kedai dia. Kahkah. Sama macam hari tu pi GPO. Masuk Coach la Fossil la bagai last-last keluar sebab ntahhhh rasa macam mana ntah. Big boss da bagi ja green light untuk aku beli handbag tapi tu lah...napsu ke arah tu dah xda. Dia pun pancing aku..xyah la beli beg beribu..baik beli emas kan. Ehhh yang tu sokongggg!

This evening at DVO ...nak masuk kedai tak da perasan. Sedap ja mata memandang landscape dekat sini. Tengok Monstera dia tu.... fuyoooh sangat.

And mungkin jugak sebab aku sedang dalam fasa nak menjalani minimalist lifestyle. Hahahha. Aku baru lepas buang baju2 lama yang aku dah tak sentuh more than 6 months. Bayangkan few months back aku dah buang 1 plastik hitam yang besar tu. And last month aku baru buang another one. Belum lagi cerita donate kan 1 plastic hitam besar baju aku and anak-anak dekat irang yang benar2 need it.

I guess I'm entering different phase of life. Seronok jugak. It's kinda lite and easy and hassle free. I dont need to feel the struggle to save my money to buy something I DON'T ACTUALLY NEED! hahahah.

Shoppin pokok ok kannnn...

I start to buy plants that make me happy. Well at least the plants will supply me and the world the fresh air and O2. Kalau orang Islam pulak cakap...pokok2 bertasbih and at some point I also got credit / pahala for this kan.

I kinda like this. I'm trying to fill my surrounding with positive one. More plants mean more positive energy what. I smile everytime I look at my plants. Well at least I never regret buying and taking care of them. Well some of them I plant from the seeds. Seronok! Rasa puas which nothing can describe this feelings.

I guess bersebab jugak kenapa Allah hilangkan semua rasa nak shopping and membazir aku tu. At least aku salur kan ke arah lain yang lebih berfaedah.

Sebelum2 ni masa aku ada penyakit mild shopaholic ni aku ada sedikit penyakit hoarder ni. Aku sayang nak buang barang yang aku dah tak guna. Tapi xda la tahap botol plastik ka detergent ka taknak.buang tu. Tapi sejak2 nak.lead to minimalist lifestyle ni aku asyik nak membuang/ donate ja barang yang aku tak perlukan.

Adakah benar shopping pun boleh monopos bak kata laki aku?

Dis is me now😎😎😎

Wah our home in Busselton gituuu haaa. Kau hado? Ok lah hari tu ada cerita pasal third day dekat Western Australia tu kan, so kali ni nak cerita pulak pasal rumah yang kami stay ni. Untuk pengetahuan korang rumah ni aku book thru Agoda.com . At first nak stay dekat hotel / resort tapi macam mahal sangat pulaknya. Tu belum kira lagi kalau terlebih kepala orang dalam satu bilik akan charge lain pulak.

Tup tup masa duk search pasal tempat nak stay tu nampak la rumah ni...cantiknya dalam hati ! Arghhh tak kira nak duduk sini jugak! Hahahaha
Kalau kira total kami nak amik bilik hotel pun silap-silap time tu lagi mahal dari harga kami dapat untuk rumah ni. Memang buat kira-kira balik macam untung lagi stay dekat rumah ni sebab dapat la buat bbq apa bagai kan. Masa dekat Perth kami duk kat hotel ja sebab kebanyakkan homestay yang kami nak sewa harga dia agak tak masuk akal.

So berbalik kepada cerita jeng jeng jeng sebelum ni pasal rumah or villa yang kami stay dekat Busselton ni...masa nak tempah rumah ni dekat Agoda pun dah tergoda gila dah tengok rumah ni. Walawehhhh macam cantik ja rumah ni. Bila dapat rate lawa terus la booked rumah ni.

Dalam masa yang sama time booked tempat ni ada jugak usha satu lagi villa. Tapi villa tu mahal skit tapi still berbaloi and reasonable la compared to harga rumah-rumah kalau nak sewa dekat Perth ada tu sati rumah boleh 5 ja lah. Pastu kena amik 2 rumah la. Ehhh pulakkk. Malas layan. Sebab tu duk ja lah hotel masa kat Perth. Hotel tu pun best apa. Dekat ja Scarborough Beach..boleh tengok Indian Ocean gitu haaa.

So mari lah kira ber jeng jeng jeng dengan rumah yang kami semua jatuh hati gila walawehhhh asyik termimpi-mimpi nak rumah macam tu aja.


From entrance. Walawehhhhhhhh!


Akan jumpa dulu master bedroom dekat kiri area entrance ni. 


Lepas ja sikit akan jumpa dengan bilik dobi. Lengkap selengkapnya lah orang kata kan.
Kat tepi bilik dobi tu boleh la keluar sebab ada pintu ke luar in case kot-kot la nak jemur baju time summer ka. Kami pi time autumn so guna ja lah dryer tu haa.


Bertentang dengan bilik dobi tadi tu ada pintu ke garaj tau. Tapi biasa la Malaysian mana reti parking kereta dalam garaj kan. Gambar garaj pun lupa nak amik. Hahahha. Tepi ja pintu garaj tu terletak nya theather room. Haa kat sini la budak-budak kecik kena halau tengok muvie. Orang-orang tua sebuk duk membawang dekat living hall.


Ni lah living hall nya. Bersambung dengan tempat makan and kitchen. Ahh so lovely. Sebijik la macam dreamhouse aku kot. Dreamhouse aku memang taknak rumah tingkat-tingkat nak setingkat ja! 


Dapur yang attached dengan living hall. Dekat sebelah dia ada small room macam pantry. Everything is build in


Masuk ke dalam lagi dari living hall and kitchen tu akan jumpa lagi another 3 rooms. Setiap rooms tu ada walk in wardrobe gitu. Suka sangat. Ala yang macam kalau tengok cerita orang putih tu nanti mesti setiap bilik ada bilik kecik untuk letak baju and barang-barang macam beg ka dalam tu. 


Ni toilet untuk 3 bilik dekat belakang tu. Siap ada bath tub lagi. Suka la budak2 ni mandi kan. Habis basah bilik air..dasar Malaysian betul bilik air kena kecah-kecah. Hahahha




Ni dekat backyard ok. Bestnya lahaiiii. 


Ni pulak kat depan rumah. Ada pokok epal, kecik renek ja pokok dia tapi berbuah ok. Sampai kena makan dengan burung la cerita dia.



Ni kawasan kejiranan rumah yang kami duduk tu. Peaceful kan.



Bergambar kenang-kenangan dengan rumah impian kami laki bini. Sampai sekarang pun asyik duk bersembang and melakar angan-angan nak dream house macam ni. Setingkat ja but everything is reachable gitu.


Bergambar kenangan dengan ahli jemaah last day masa kami kat sini.

Memang jeng jeng jeng betul rumah ni sebab seba serbi lengkap. Tuan rumah sediakan towel pun banyak. Siap dengan towel spare. Bedsheet spare kat dalam cabinet dekat bilik dobi tu. Everything is perfect cuma jangan duk ingat tuan rumah sediakan beraih na. Beras beli sendiri la dekat Coles. Hahahhaha

Ok la. Nanti kita bersambung lagi dekat entry lain pulak naaa.

Chow sin chi.










Haiiii...minggu ni baloq gila lah nak up entry pastu berimpian nak adsense kaching kaching kannnn tapi kau pemalas! Lepas tu entry yang Travelog Perth tahun ni stil duk ada dekat draft. Baru half way karang lepad tu ada hati nak kaching kachingggg sangattt oiiii.

Lepas tu bila nak up entry ni rasa macam ehhh balik balik makan. Memang xda menda lain eh nak.letak kat blog ni selain makan! Haihhhh ..xpa la janji update blog dari sendu dan seterusnya ke lauttttttt......

Ok2...berbalik kepada cerita makan-makan lagi..kali ni pun nak cerita bab makan jugak lah ya! Walaupun orang kata kat Penang ni kalau mai..hampa kena makan nasi kandaq...tahukah hampa kat Penang ni ada maciam-maciam lagi makanan lain dari nasi kandaq tuuuu... xlalu la hari-hari nak hadap nasi kandaq tu!

Ok la, kali ni nak bercerita pasai satu kafe ni yang terletak di bandar Perda, Bukit Mertajam ni. Ok cafe ni nama dia Adam's Kitchen. Lama gak la kewujudan cafe ni. Seingat aku owner asai dia dah arwah dan aku pernah la jugak berborak-borak dengan arwah yang peramah. Mohon sedekahkan Al Fatihah utk arwah ye.

Actually dah lama la jugak aku tak mai makan kat cafe ni sejak-sejak banyak la cafe-cafe area sini rasa semua dah habis ke laut kan. Aku agak skeptikal mampukah Adam's Kitchen ni menambat hati aku lagi...ehhhhh.

Actually malam tu nak makan kat Bangkok Tomyam tapi awal-awal lagi laki aku da janji nak bawak Adriana makan pasta kan. So apa kejadahnya tomyam nk ada pasta ni kan. Lagipun sejak-sejak renovate kedai ni Bangkok Tomyam asyik fullhouse ja. 

So aku suggest la laki aku jom makan kat Adam's Kitchen la  sebab dah lama kot tak makan dekat sini. Supporr local kekdahnya. Lagipun siam tu pun dah kaya kot kedai asyik fullhouse ja kan.

Masa kami sampai tu ada lah jugak orang tapi tak la fullhouse. Satu aku paling suka sini sebab ambience dia best gila weiiiiiii!!! Aku tak tau la nak habaq macam mana warm n cosy nya bila aku ada kat dalam tu. Haihhhh..as orang yang sukakan decoration dalaman and feeling2 perasan ID ni haruslah dekorasi tu point untuk aku suka sesuatu cafe tu. Hahahahh. Poyo kannnn

Tapi takpa lah..cakap banyak pun xguna gak. Tak cakap pun taip ja..tapi jari gemok2 ni kang nanti banyak typo pulak..lagi penat nak kena betulkan!haihhhh

Jom la tengok-tengok menu dulu. 


Kertas menu pun nak kena unik kan!

Lani dah ada nasi wei. Last time pi takdak lagi. Maybe sebab laki aku tanya nasi-nasi goreng dengan chicken ka takdak ka. Lani dah ada menu tu ok. Thumbs up Adam's Kitchen! Terbaik. Kadang-kadang perut melayu ni dia feeling mat salleh nak makan nasi goreng dengan chicken chop la lamb grilled la..buat macam ni bagus lah kan!

Tulis la dulu nak makan apa ya. I nak tangkap gambaq banyak-banyak. Muahahahha

Masa aku duduk kuaters Jalan Pegawai rumah aku ada wei gobok lauk tu. Legend wei!

Unik kan!

Tv antik! Rumah tok aku pun xdak dah.

Warm n cosy nya😍😍😍

Some other rare thing.

Siap ada mesin racun rumput! Kahkah

Penapis nyioq and santan mak aku dulu ada macam yang duk tergantung tu wei. Lani macam dah tak jumpa ja

Ni lampu atas kepala kami semua. Unik kan. Guna rotan tu ja. Aku tak tau la orang panggil apa. Unik kot!


Dan tiba la masa yang ditunggu-tunggu. Time for makan-makan.

Mine caramel latte n husband latte

Aku punya carbonara. Serius tak menghampakan. Sedap ok! Pekat dan muak tapi sedapppp. Tak muak bukan la carbonara kot.

Mixed grilled laki aku.


Meatball bolognese Adriana and Aishah. Tam habis makan banyak sangat kot. Sedap jugak!

Our food that night!

Last but not least the dessert, bread pudding ni memang wajib aku kena makan kalau mai makan sini! Sedap gilosss ok! Hampa wajib kean cuba ni kalau mai makan kat sini tau.


Oh ya lupa Adriana minum ayaq lemonade tali takdak dalam gambaq ni. Hahahah. Xdan nak ni dia da minum dulu sampai comots. So tak instafames. Ehhh


Hampa kalau nak pi ke Adam's Kitchen ni boleh la ke alamat:

Adam's Kitchen
G-28,
Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS