Sebut ja susu Fernleaf UHT mesti semua kita tau kan. Tak perlu susah-susah nak google info, Fernleaf UHT ni antara well known bradn yang dah lama bertapak di Malaysia ni. Dari zaman kami kecik lagi sedar-sedar memang dah ada Fernleaf UHT ni. So tak hairanlah bila banyak kaum ibu yang prefer untuk consume Fernleaf UHT ni sebab kita memang dah percaya dengan "branding" nya.


Ada ke yang tak kenal susu Fernleaf UHT ni?


Selain terkenal kerana branding nya yang da established di dunia kira-kira 140 tahun, susu Fernleaf UHT juga kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh kita.


Susu Fernleaf UHT juga mempunyai nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.




Tapi tau tak korang yang susu Fernleaf UHT ni dihasilkan 100% di New Zealand, yang mana lembu-lembu tenusu dia bebas meragut rumput di padang rumput yang tanahnya subur, kadar hujan yang baik dan juga cahaya matahari yang banyak dan sekaligus menjadikannya tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Perghhh terbayang-bayang la pulak padang rumput kat New Zealand nun jauh di sana.


Credit : Harian Metro


So apa yang special sangat dengan susu Fernleaf UHT ni? Kan dah cakap tadi, lembu-lembu tenusu dia bebas meragut rumput yang berkualiti tinggi. Ehh jangan tak tau ya, kebanyakkan lembu tenusu dibekalkan dengan pellet rumput kering pun ada tau. So yang tu paham-paham lah kan kualiti dia macam mana kan...

Dan yang paling bestnya 90%  masa lembu tenusu di ladang Fernleaf ni digunakan untuk meragut rumput secara wild and free gituuu pada hari yang cerah. Well kalau nak tau dengan full sun exposure, secara tak langsung lembu tenusu Fernleaf ni mendapat kandugan vitamin D yang lebih tinggi dan lebih sihat berbanding dengan lembu tenusu yang terkurung dalam kandang. Kalau korang nak tau, vitamin D ni penting tau untuk tulang-tulang kita selain bagus untuk kesihatan jantung, autoimun, stroke , cancer dan sebagainya.



Dihasilkan Secara Semulajadi.

 Yang paling penting sekali korang kena tahu pasal susu Fernleaf UHT ni adalah lembu tenusu Fernleaf ni dihasilkan secara semulajadi tanpa menggunakan any "milkbooster" untuk lembu tenusu Fernleaf. Amazing kan dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu Fernleaf ni happily to produce the milk naturally. Macam mak-mak menyusu la kalau heppy ja, makan makanan berkhasiat,minum cukup semua..nanti terhasil lah susu badan yang berkualiti untuk anak kan. Haa macam ni la jugak kan.


Full cream pilihan ku!


Pakar Tenusu

Dengan berbekalkan pengalaman selama 140 tahun dalam perladangan tenusu, Fernleaf tekad untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringjat pengeluaran susu bermula dari A To Z (bermula dari air yang bersih, rumput segar sehingga lah ke ready stock untuk diedarkan kepada pengguna).

Pek Mudah Dibawa dan On The Go.

Susu Fernleaf UHT dihasilkan dalam tiga perisa iaitu, full cream, low fat dan juga chocolate. Selain itu, terdapat dua saiz berbeza iaitu 1Liter dan 200ml. Untuk yang On The Go, sesuai la nak beli yang 200ml tu kan.


Credit to Dewimalaysia


Pilihan Saya dan Keluarga!

Aku ni ada satu perangai bila sebut ja pasal susu ni kan akan jadi telan ailio sebab duk terliur terbayang-bayang kesedapan Susu Fernleaf UHT ni lalu kat tekak especially yang full cream tu. Adudu. Sedapnya!


Have u tried drink up ur Fernleaf UHT milk the way i do?



Untuk anak-anak, dah tentu susu pilihan depa dua orang tu adalah susu coklat. Bebudak dengan coklat macam kan semut dapat gula.  Tak cukup satu kotal 200ml tu ok! Nasib harga susu Fernleaf UHT ni mampu milik.


Her choice definitely this chocolate milk by Fernleaf!


Untuk hampa yang nak tau info lanjut pasal susu Fernleaf UHT ni boleh la rujuk di sini;

Website:

http://www.greatness.my/en/home


Facebook:

https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/



Georgetown, 9 Oktober 2018 – Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes.

 

Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa. 

 

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka. 

 

Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.

 

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.

 

Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. 

 

Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah! 

 

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”

 

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

 

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

 

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.

 

Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

 

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.

 

Rumah Permata Kasih, Children’s Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah Kebajikan Seri Cahaya dari Pulau Pinang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackereltuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

 

Menurut wakil dari Children’s Protection Society, Cik Magdeline Leong, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka. 

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Children’s Protection Society untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.

 

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Children’s Protection Society tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Cik Leong.

 

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.

 

Kalau dekat Penang ni tak la banyak sangat mall. Selalunya time weekend kami akan masuk ke island untuk jalan-jalan belah sana. So boleh atur la mall mana. Selalunya yang jadi port Gurney Plaza or Gurney Paragon. Queensbay ni ok la. Tapi kadang-kadang sesak and maybe sebab masa aku bujang dulu and masa aku duk kat pulau dulu jarak rumah aku dengan Queensbay ni sejengkal ja. Balik keja lepas Queensbay..weekend lepak Queensbay so bila dah kawen aku jarang lepak sini. Tapi sekali sekala masuk sini best jugak sebab ada Jusco n etc kan.

Tapi Winter Warmers dekat sini aku tak pernah masuk lepak lagi. Kalau kat Autocity dengan Gurney Plaza tu selalu la kan. Yang ni pun masuk lepas pusing-pusing kami anak beranak kat Queensbay ni lalu dekat wing yang jarang lalu tu so kami decide la nak bawak budak-budak for hi tea. Ecehhh..hi tea gitu.
Dah puas pusing kan...Toys R Us pun da dapat da apa yang nak. So bagi la mama n papa pun nak menikmati hi tea dengan anak-anak.
To be frank aku tak pernah try lagi hi tea kat sini. Selalunya kalau lepak Winter Warmers kami akan makan meal yang berat-berat ja. Haa kali ni nak try pencuci-pencuci mulut dia pulak.
Sementara nak tunggu semua sampai  kan..mula la da start buat perangai kan...mau tak mau terpaksa la keluarkan apa yang mama beli kat depa kat Toys R Us.


Apa tengok-tengok? Nak ajak gaduh la tu suruh bukak playdoh set yang beli tu kan.


Ni beli untuk si adik.


Ni untuk si kakak. Beli yang kecik-kecik sudah. Tak kuasa nal beli yang besar-besar.




Si kakak nak kek..so mama pilih la cheese cake roses. Sedap wei! Bau n rasa roses!


Waffle apa ntah. Si papa order satu set denamgan air, jimat banyak.


Feeling feeling British you alls. Minum tehhhh dengan dessert. Kau ada?


Scones of course la aku yang order sebab aku suka scones. Not bad!


Terbaik la semua dessert dekat sini. Memang thumbs up lah.


Decoration pun cun. Cosy ja kat dalam ni.


Cun kan. So me kot.
Total untuk semua yang kami makan ni rasanya tak sampai RM50..which bagi aku ok la not bad at all. Semua pun rasa sedap. Tempat pun nice n cosy and not so crowded.
So orang-orang Penang yang suka makan dessert boleh la try lepak Winter Warmers ni sama ada kat Autocity, Queensbay or Gurney Plaza. Serius dessert depa sedap-sedap kot. And of course la they have great range of teas too.

Hai hampa..kali ni nak cerita pasal make over work space kami kat dalam bilik tidoq kami ni.

Dulu ada computer kat atas meja ni. Tapu disebabkan monitor tu dah rosak. Maka bye2 la kan. 

Otw nak siapkan...time ni progress dah 80%. Hahahh

Dah siap. Kita guna notebook je lah nak blogging lepas ni. Eleh masa ada pc pun guna fon ja senang. Ni update blog pun guna fon. Kadang2 ja koya guna  notebook. Hahahha

Lepas ni nak letak more indoor plant here.

A lil bit obsessed with flamingos.

Onz tak onz?

Semoga lebih bersemangat lepas ni.

Positve vibes please. 

Untuk orang macam aku yang suka deco-deco ni. Memang biasa akan suka tukar-tukar sana sini. Memang laki aku pun da paham benae dah pe'el bini dia ni. Ada-ada ja akalnya...


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS