Baru aku perasan..most of my make up more to natural make up look...nude lips or pinkish lips...earthy tones eye shadow....and there u go...


Muka macam mintak pelempang.
Ni pakai FAME lipmatte in Nude code


In MAC Lipstick-Please Me.


In Fame lip matte , Rusty code


Acah-acah make up Loffa in Fame Lipmmate in Candy Code!


In Nars lipstick-matte finishing code Raquel.

Mostly my make up look biasanya natural make up look ja.


Tetiba pakai kaler mak tiri dari Fame lipmatte in Glam code terus rasa lainnya muka aku!!! Serius macam mak tiri sangat aihhh. Laki aku pun benci kalau aku pakai lipmatte kaler2 cenggini...

Betul la pepatah orang putih cakap!!!


Pic credit to Google.

"Give a woman the right 💄💄💄, 
She can conquer the world"

Aku rasa aku ni memang sesuai dengan nude, pinkish or coral tones ja. Tone2 mak tiri ni nampak semacam ja muka hakuuu ni. Alahaiiiii.

Korang suka natural look ka dramatic look?






Hai korang semua. Da makan ka? So hari ni public holiday kan. Mesti ramai yang amik kesempatan lepak and chill dengan family kan. Kami pun sama lah. Ni pun baru lepas bagi Si Aishah tidoq.  Baru dan nak perbetoi urat semua. Hahahha. Kali ni nak cerita pasal sambutan birthday si kakak Adriana kat sekolah jumaat lepas.

As usual n adat dekat Little Caliph, every hujung bulan diorang akan celebrate birthday by month. Disebabkan birthday Adriana jatuh masa bulan April, so marilah kita bagi kakak celebrate birthday dengan kawan-kawan dia dekat sekolah pulak kan.


Papa printkan ni untuk si kakak. PJ Mask kesukaan dia.


Goodies bag utk kekawan dia.


Kek habuan nak tiup lilin bagai.


Si kakak n si adik. Dua-dua kesayangan papa n mama.


And kebetulan jugak, 28hb hari jumaat hari tu genap Aishah 5 bulan. Sat ja rasa. Ni pun da start golek-golek plak.

Semoga kedua-dua anak mama n papa ni sentiasa dalam lindungan Allah Yang Maha Penyayang. 

Tak mau buat entry panjang-panjang pasal dua ketul ni, nanti mama touching plak kalau lebih-lebih kang.


Kali ni nak cerita pasal dish fav kat Black Canyon. Memang fav sangat la sebab sedap sangat oittt. Nak buat pun sebenarnya senang ja ha..




Sebelum tu jom tengok bahan-bahan yang digunakan ok:

* isi ayam yang da dipotong
* isi udang (kalau BC dia letak tapi aku tak letak)
* paste Ibu Sambal (click sini)
*bawang besar
* bawang putih
* sos tiram
* daun selasih/thai basil
* cendawan (aku suka guna shimeiji mushroom, kat BC diorg guna straw mushroom)
* telur sebiji
*daun bawang

Cara masak:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih, masukkan paste ibu sambal dan ayam. And jangan lupa tambahkan sedikit air.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan cendawan.
3. Lepas tu masukkan daun selasih /thai basil , daun bawang and pecahkan telur dalam masakan tadi.
4. Kacau kejap, jangan bagi telur fully masak ya, buat ala-ala cair macam char kueytiaw melayu tu skit then terus tutup api.

Dah siapppp...senang bangat kan...
Aku letak lagi daun selasih / thai basil tu sebab aku memang suka sangat-sangat daun selasih ni.

Selamat mencuba ya korang

The Boss Baby Review

in , by Alia Farhan, 9:36 AM
Wah gila! Lama gila tak review pasal muvie kan. Last review muvie pasal The Conjuring 2 tu kot.

Ni haa baru-baru ni kira unplanned la jugak nak tengok muvie ni sebab macam takut-takut pun ada Aishah meragam ka apa ka kat dalam tu. Tapiiiii ewahhh2 semua orang nak pi tinggai kami berdua ja. Banyiakkkk cantikkkk.

Hahahha. So husband aku pun booking la online TGV tiket and tengok dekat First Avenue dengan family adik ipar aku sekali. Memang meriah la kan sebab Si Adriana ni kan kejanya macam anjing dengan kucing dengan Si Afiq tu. Tak jumpa duk tanya mana, bila jumpa asyik bergaduh ja. Baik kejap, gaduh balik! Macam tu la budak-budak kan. Kalau orang tua ka, bergadoh hari ni terus tak cakap sampai bila-bila dah.

As usual la kan bila weekend memang ramai gila kot unat manusia nak tengok wayang tambah2 pulak Fast 8 baru duk mai kan. Takpa la, mama redha takleh tengok Fast 8😂😂😂


Pic from Google

Comel ja boss baby ni.


Alhamdulillah la cerita best. Aishah pun tak meragam. Minum susu terus lena ja dalam cinema. Lega mama dia. Yang si kakak pulak la yang nak terkencing la, nak pop corn Didi & Friends la sampai terlepas ending dia. Bengkek ja suami aku hari tu. Adik tak buat hal, kakak yang buat hal pulak!

Cerita The Boss Baby pasal satu family ni yang terdiri daripada dua pasangan and anak lelaki depa yang berusia 7 tahun tetiba pasangan ni adopt anak/baby baru. Baby baru ni sebenarnya boleh bercakap and sebenarnya dalam misi undercover. And anak pasangan ni yang sulung ni dapat tau and cuba nak prove kat makpak dia yang baby ni macam lebih kurang jahat la macam tu. Tapi both parents anggap anak depa yang sulung ni jeles. Haaa gitu. 


Pic from Google
Adriana tak abih2 cakap macam Aishah macam Aishah. Saiko jugak la kalau Aishah macam ni. Kadang-kadang tu memang ada gak!😂😂😂



Lepas tu....arghhh nak tau ending kena tengok sendiri laaaaa


Larikkkkkkkk

Ok baiiiii

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS