Sumber kekuatan mama dan papa

in , by Alia Farhan, 10:40 AM


Aishah Arissa mama da masuk 3 months today. Kejap ja rasa anak mama ni da besar.

Esok-esok da start solid food, and then merangkak..pastu meniti untuk berjalan pulak.

Haihhh pejam celik pejam celik sat ja masa berlalu kan. Baru ja teringat rasa cuak yang mendalam lepas doctor advice for elective cser, dan beranak and then sat ja dah 3 bulan.

Aishah Arissa sayang, semoga menjadi anak solehah mama n papa ya sayang. Jangan cepat sangat membesar dik, nanti mama rindu nak gomol adik macam lani. Macam kakak tu mama da tak boleh gomol2 dah. Nanti dia cakar muka mama😂😂😂

Mama, papa n kakak nena sayang Aishah sangat2. 😙😙😙

Haiii lamanya tak up recipe kan...
Kadang2 tu bukan apa. Rasa macam malas nk up recipe sebab macam senang jek kan. Nanti orang cakap ehh bajet pandai nauuu la masak tu...
Ehh pedulik pulak aku kan...blog aku...sukati aaa nak up amenda pun...

Tapi disebabkan bila aku update kat ig ada yang tanya aku recipe pasta aglio e olio aku ni. Maka harus la aku up satu entry pasal resipi senang nak mati ni.

Aku paling suka aglio olio ni. And memang susah la aku nak order kat kedai aglio olio ni kalau rega dia berpuluh2 hingget  baik buat sendiri ja. Dah la senang ja. Bahan apa la sangat. Idok la macam carbonara tu. Susah la jugek kan.



So jom kita tengok bahan-bahannya ya.

* pasta (ikut suka korang banyak mana..aku ni tak pandai bajet kalau rebus spaghetti ni..mesti dari dinner bawak ke breakfast sebab banyak nau buatnya)
* lots of garlic (mince ya..aku guna tefal chopper tu ja..senang keja)
* minyak untuk menumis
* garam
* serbuk cukup rasa
*shimeji mushroom (taknak pun xpa..sebab ada dalam fridge so aku campak ja sekali)
* udang
* chili flakes
* dried mixed herbs

Cara-caranya:

1. rebus spaghetti dengan sedikit minyak and garam. Toskan and simpan sedikit air rebusan spaghetti.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan goreng udang sebentar and then angkat.
3. Guna kuali yang sama, tumis garlic dan masukkan air rebusan pasta tadi. Macam aku ada gunakan air rebusan kulit udang+pasta.
4. Then masukkan spaghetti, perasakan dengan garam dan cukup rasa.
5. Lepas tu masukkan shimeji mushroom, dried mixed herbs dan chili flakes.
6. Dah siap dah. Makan ni gu ngan teh o suam memang win la.


Senang ja kan? Selamat mencuba semua



Jatuh cinta dengan sukiyaki

in , by Alia Farhan, 3:27 AM
Haaa tajuk nak cinta-cinta ja kan.
Korang tau ka apa sukiyaki tu? Sukiyaki tu nama hidangan jepun, dihidangkan atas plate yang dipanaskan. Dalam tu ada hirisan daging, mushroom dan beef broth with soy sauce. Adussss teringat balik terus kecur air liur ni wei.

Ahad lepas, lepas event kat Gurney yang Neffos & Fazura( nanti kita cita naa) terus perut berkeroncong. Si suami and anak-anak memang da tunggu kat Sushi King. Perut tengah lapaq ni elokla amik yang set. Kalau makan sushi ni sepuluh plate pun tak kenyang lagi-lagi fasa awal-awal menyusu ni. Cepat nau lapaq.

Terus mata ni terpandang set sukiyaki ni. Macam sedappp jaaaaa.....


Walawei. Kecoq ayaq lioq ni haa.


Daging tu diorang hiris nipis-nipis. Broth dia pun sedap. Kena dengan mushroom and tokua tu. Perghhhhh.


Teloq ni aku baru google tadi, orang celup hirisan daging tu kat dalam telur ni and makan dengan nasi. Tapi aku tak tau, so aku makan last buat macam makan breakfast telur separuh masak tu taruk kicap wasabi bagai. Kahkah.

Overall, bagi aku sukiyaki set from Sushi King ni memang terbaikkk la. Harga pun ok la RM22.90. Sekali sekala makan ok la. Hari-hari buat sendiri la. Pasni aku nak try buat sendiri ja lah.

 Sambil taip ni sambil telan air lior ni. Haihhhh apa laaaa nasib.





Heeee....bila start sasau cita korea balik mula la kan. Ahkak ni dari zaman anak dara n masa belajaq kat U lagi memang jenis spesis layan cita-cita episod ni. Baik orang putih macam One Tree Hill, Gossip Girl ka apa ka semua hakak layan. Masa zaman kat SBP dulu gila cerita jepun and kebetulan masa kat SBP memang kena belajaq Nihongo. First muvie sensei belanja tengok Itazurana Kissu ( accidentally kiss), pastu cuti sem layan Beautiful Life sasau kat Takuya Kimura pulak.


Satu fasa sasau kat Takuya Kimura ni. Habis kumpul duit beli cd cerita drama dia berlakon wei.

Time ahkak tengah up mcm korang ni dik, drama hit time tu Meteor Garden dik. Gila pecah kepala tengok kehenseman Dao Ming Sze...ehh memang tahap sasau tengok Jerry Yan tu. Masa tu cuti abih SPM, setiap petang melangut nak tengok Meteor Garden ni. Bila da habis, gigih kumpul duit beli cd pulak. Zaman tu takdak lagi dvd tau. Still guna floppy A lagi. Korang tau ke floppy A tu amenda...disket2 tu korang pun tak pernah tengok kan.


Siap aku beli lagi kaset F4 ni. Lagu Ni Yao De Ai tu aku boleh hapai la. Kahkah. Kalau bagi aku tengok lagi pun aku tak kesah  ni.

Terus terang aku cakap dari zaman aku belajaq dulu lagi aku ni jenis memilih kalau nak tengok drama apa-apa pun. Masa dekat nak final sem diploma, boleh pulak sasau tengok Fullhouse tu pun sebab laki aku time tu suruh aku layan cita best dia kata. Time tu dia panggila aku periuk nasi dia sama macam Rain panggil kat Song Hye Gyo tu. Macam mana setannya perangai Rain dalam tu..macam tu la jugak sama setannya perangai laki aku dulu buli aku. Ntah kenapa la aku boleh ter fall in love dengan kawan baik aku sendiri ni yang suka membuli aku..cari pasal ngn aku doploh pat jam. Tu la asyik gaduh2 sangat last2 jadik laki bini..padan muka!


Cerita ni pun buat aku susah gak nak move on. Kira tension skit buat thesis aku repeat balik. Tapi aku tak minat la Rain ni sebab tak hensem.kahkah.

Sampai la masuk degree, time degree ni gula schedule pack diknon..almost every engineering subject ada lab. Ada lab means berjam-jam duk kat lab run experiments. Kalau kena run distillation column ni haa tunggu la ya. Harap maklong. Lab report takyah cerita. Ehh menyampah pulak aku banyak nauuu keja kena buat. Sebab tu spesis aku ni, aku memilih nak tengok cerita korea tu. 

Tapi masa awal degree tu terlayan My Name is Kim Sam Soon, serius cerita lawak nak mam..pastu tetttt hero pun hensom, macho n sombong nak mam. Ok aku memang suka laki yg pattern sombong-sombong n a lil bit bongek ( referring to my husband!). Serius sampai lani kalau aku tengok cita Samsoon ni aku boleh gelak lagi.


Kawan-kawan rapat aku pun mesti tau kenapa la aku boleh suka sangat cerita ni. Sapa tau kisah bercinta aku dengan laki aku mesti tau kenapa la aku suka sangat cerita ni. Lagi pulak Hyun Bin ni hengsom!



Kalau tak Hyun Bin berlakon, tak siorrr teman nak nengok nyaaa...

Time tu jugak fames cerita My Girl, pakat la adik2 junior aku saiko aku suruh tengok nanti jatuh cinta dengan Lee Dong Wook la bagai. Sory skit, wa jatuh cinta ngn Lee Jun Ki ja. And start dari situ la terminat Junki ni.


My Girl ni antara cerita top gak. Hari tu masa dalam pantang One HD ada tayang balik...sedap gak la layan. Tapi time ni Junki tak femes sangat lagi haa.

Oh ya. Kat rumah aku ni memang susah nau nak dapat layan cerita Goryeo ni ya. Kalau laki aku ada..kompem2 dia buka fox la...tak cukup lagi nak kena berebut dengan Adriana lagi. Tapi nasib ka laki aku leh layan Running Man sama-sama dengan aku tau. Dalam pantang hari tu ja mood korea aku duk mai balik sebab ada tayang Secret Garden lakonan Hyun Bin dengan marathon cerita Scarlet Heart Ryeo masa Xmas hari tu. Maka sampai lani la aku tak boleh move on lagi dengan cerita Scarlet Heart Ryeo ni.



Haah akak memang spesis susah nak move on skit. Spesis susah nak layan menonong ja semua cerita. Sebab tak semua cerita akak boleh suka. Eh tapi Legend of The Blue Sea ok not bad. Sebab 24hrs tu macam-macam nak kena buat. Kalau semua cerita korea aku nak layan, masak ke mana, anak ke mana apa ke mana. Dapat repeat tengok Junki dalam Scarlet Heart Ryeo 1 episod setiap hari Jumaat pun da rasa best sangat.



Kasik chance la kat akak yang tak boleh-boleh move on ni. Akak boleh tengok balik cerita Samsoon tanpa jemu walaupun da 10 tahun berlalu tau. Scarlet Heart ni baru lagi, of coz la lagi susah nak move on.

***sapa lagi spesis susah move on macam ahkak ni haaa??? Tapi nanti nak tengok jugak la Goblin, nak tengok pakcik hensem Gong Yoo berlakon dalam tu.









© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS