Meh-meh cepat sapa nak jelita

Whatsapp RT to 0133363775

Calit-calit jelita gitewwwww.

Ada freegift untuk yang bertuah ye.

Cakap pasal kerabu meggi sapa tak suka macam pelik je kan. Haaa aku ni memang jenis hantu makanan siam so kerabu meggi ni antara favourite aku la jugak.

Nak beli, kadang-kadang tak puas. Umpan sikit la, apa bagai la. Buat sendiri haaa taruk la umpan banyak-banyak kan. Takyah nak berkira-kira dah. Campak ja ayam, sotong and udang banyak-banyak xda sapa kisah pun. Baru la puas makan kan!



Haaa nin dia buat masa hari sabtu hari tu. Kadang-kadang boring jugak kalau asyik makan nasi je kan. Mana nak pikiaq menu lagi. Ehh pening la nak pikiaq menu, tanya kat papa depa ikut suka..ikut suka. Nah amik ikut sukaaa nyaaa jadi la meggi goreng serda ala kerabu meggi!

Jom kita tengok cara-cara and bahan yang digunakan ya.

Bahan-bahan:



Of course meggi serda, kami guna 3 peket.
Umpan- ayam, sotong, and udang.
Bawang besar -2 biji
Cendawan shimeji ( sebab memang ada dalam peti ais so aku letak je lah)
Tomato 1 biji
Daun ketumbar jawa
Daun bawang

Cara-cara:

1. Tumis bawang sampai naik bau then masukkan ayam.
2. Lepas tu masukkan air semangkuk, and masukkan perencah.
3. Lepas tu masukkan, meggi-meggi korang tadi. Kacau-kacau sebab kejap ja dah kembang tau. Meggi dia ni macam mamee sikit. Sedap dimakan begitu sajiaaa.
4. Tunggu sampai air kering skit baru masukkan sotong, udang dan cendawan shimeji.
5. Dah masak udang and sotong tu tutup api.
6. Ok, kalau nak ala-ala kerabu meggi korang lepas ja da masak tu korang letak la bawang besar yang da dipotong and tomato yang dah hiris nipis (buang biji ya tomato tu).
7. Then gaul-gaul hidang la dalam mangkuk besar, masukkan daun ketumbar jawa and daun bawang yang da dipotong.
8. Dah siap dah untuk dimakan.


Nak makan tu jangan lupa Bismillah ye!


Kalau bawang besar tu nak ganti dengan bawang holland pun ok tapi sebab kat rumah ni takda bawang holland maka kami guna ja bawang yang ada. Pastu kalau nak perah limau and cili untuk effect lagi masam and pedas pun boleh. Kami xda limau so kami tak letak la. Cili memang tak letak sebab meggi serda ni memang da pedas ye. Ramen samyang tu ala apa la sangat. Nanti kalau aku letak cabai tu mau laki aku mogok sebab dia tak tahan pedas.

Ni resipi kerabu meggi ala aku la. Ada orang celur dulu meggi tu tapi aku malas nak celur-celur bagai. Buat ja ala-ala meggi gorng pastu tambah bahan-bahan tu kemudian.

So korang, selamat mencuba ya.
Hai. Kali ni kami nak share pasal satu balm homemade ni yang dirumus khas untuk si kecil. Seperti yang korang sedia maklum, sebagai homemade soap-er mesti la aku sangat-sangat tertarik dengam produk-produk homemade ni.


Senang nak bawa ke mana-mana dengan size macam gini ha.

Jom kita tengok bahan-bahan dan kebaikkan Serasi Baby Balm ni ye

Isi kandungan:

Virgin coconut oil
Minyak kayu putih
Lavender
Garlic
Habbatus sauda
Shea butter
Lemon

Kegunaan:

Mengeluarkan kahak dan lendir
Merawat selsema
Hidung tersumbat
Batuk
Demam
Sembelit
Gigitan serangga
Minor burn
Masalah kulit ringan

Cara guna:

Utk kahak dan lendir,
Sapu di bahagian dada depan dan belakang, tepuk percussion.

Selsema dan hidung tersumbat
Sapu pada batang hidung 

Demam
Sapu pada ubun2, turun ke belakang telinga, dada dan tapak kaki


Wajib pakai ye untuk Si Aishah after mandi. Bau dia tak kuat tapi calming ja bila bau.


Seronok ja mek ni bila da letak kat perut dia, dada ,betis and tapak kaki dia after mandi.

Sebenarnya aku pun tumpang sekaki pakai balm ni sebab bau dia macam bagi aku releks skit. Maybe sebab ada lavender dalam tu, so sikit sebanyak memang bau tu calming sangat.

Korang yang ada baby tu wajib cuba tau. Sebab Serasi Baby Balm ni homemade product so dia free from paraben and mineral oils. Korang cuba check  balm yang korang pakai kat anak korang tu ada ingredients parabens and mineral oils tak?  Sebab mostly memang guna kan parabens untuk preserve and mineral oils ni pulak memang fames la digunakan dalam pembuatan balm ni. Atau keyword lain untuk mineral oils adalah petroleum jelly. So korang rajin-rajin kan lah diri google tau side effect parabens and mineral oils tau.


Bukan baby ja boleh pakai tau. Mak pak baby pun boleh pakai. Maktok Aishah n Adriana pun pakai ni hari tu. Cakap lega skit rasa ketat kat dada sebab hidung tersumbat. See? Bagus kan...

Korang kalau nak dapatkan produk ni boleh la dapatkannya dari :

Afwa
0123497429

Atau boleh visit instagram Afwa:

Instagram : serasi.by.afwa



Hai hampa. Kali ni nak bercerita pasal getaway kami kat Melaka pulak ya. Masa kat Melaka kali ni kami stay kat Swiss Garden Hotel ja. Sebab satu hotel ni baru and rate kami dapat agak memberangsangkan jugak la.

Untuk pengetahuan korang, kami dapat rate semalam untuk Swiss Garden Hotel ni dalam RM180 macam tu la dari harga dia RM360 something kot. Lupa dah normal price dia berapa. Tapi harga yang kami dapat ni agak tak masuk akal la sebab murah. Oh ya kami booked thru Agoda ya as usual. Memang dapat rate kat Agoda paling murah. And lagi satu, Swiss Garden Melaka ni ada dua, satu Swiss Garden Resident and another Swiss Garden Hotel. Kami stay yang kat hotel punya side.

Jom kita usha bilik kat dalam Swis Garden Hotel ni ya.


Bilik pun spacious la. Katil single dua tu muat kami empat anak beranak tidur.


Toilet pun best boleh see thru. Tapi tak koser la haaa, time nak mandi bawak turun la curtain kat toilet tu. Cuma kalau ada bath tub kan best. Apsal hotel-hotel baru sekarang ni semua shower je?


Ni facilities yang ada kat Swiss Garden Melaka ni. Both hotel & resident boleh ases untuk guna.


Pool dia oh emm gee best. Tapi sebab masa kami pi tu dua-dua hari hujan. Tak dapat la nak mandi kat pool ni. Atas pool tu ada gym, boleh la sesapa nak bergym kat situ.


Disebabkan hujan ja kat luar, maka dua beranak ni mandi je lah kat infinity pool. Biru mulut dedua ni sebab sejuk kan. Dah la kami pi weekdays so kolam tu depa dua yang punya. 


Kalau naik Melaka River cruise tu memang boleh nampak hotel ni kat sebelah. Hotel ni kat atas mall The Shore.


Ni Kampung Moten yang fames amos kat Melaka tu. Kalau naik Melaka River Cruise tu mesti akan lalu kampung ni. Malam-malam nampak lawa ja sebab nampak banyak lampu kat kampung ni.

So overall aku agak berpuas hati dengan stay kami kat Swiss Garden Hotel Melaka ni. Cuma satu ja, dari segi maintenance bilik tu nampak macam kelaut sikit. Ni apa yang aku nampak la ye, sebab kat toilet kat shower tu macam ada kesan kuning-kuning tu. Ala macam nak naik mold tu. Ala kalau korang malas sental bilik mandi korang mesti mula-mula naik macam kuning-kuning tu. Rumah aku ni kalau 3 hari tak sental mula la naik tu, and mula la aku pun rimas. So tu la yang aku nampak kat shower bilik kami masa stay kat sini. 

Husband aku orang construction pun cakap hotel ni dah padu dah. Cuma dari segi maintenance agak ke laut skit. Sayang la. Bukan apa, sebab hotel ni still baru lagi kan. Lebih senang maintain dari nak kena wat major-major kan. Macam tu la laki aku cakap. And masa first day kami sampai tu, shower kami air bertakung. Call report, dekat 45minutes baru maintenance team mai check padahal time tu weekdays and malam kot. Itu pun kena call balik 2 kali tanya balik sebab kami masing-masing dah lapar and nak serang Pak Putra malam tu.

Harap-harap pihak Swiss Garden Hotel Melaka dapat improve lagi dari segi maintenance side nya ya. And harap diorang dapat pantau jugak keja cleaner diorang. Yes aku tau memang banyak bilik kat hotel tu tapi kan stil kena la jaga jugak. Ye tak?

Or maybe bilik kami je kot diorang tak sempat nak cuci and sental betul-betul kot. But still kalau kami ke Melaka, kalau dapat rate yang OK lagi In Sha Allah akan repeat stay kat sini sebab hotel ni selesa.

Rating: 3.9/5.0







Rindunya dekat blog

in , by Alia Farhan, 7:47 AM

 


Woahhh.. 
rindunya dekat blog.
Macam-macam yang jadi lately ni, so terpaksa slow down a lil bit la kan.
Mintak maaf, ada review yang masih tertunggak. 

Si Adriana baru semalam ja discharge semalam daru hospital sebab demam n jangkitan kuman (pneumonia). Memang menggelabah jugak la bila deman tak kebah-kebah sampai 4 hari kan. Dahla kawasan rumah aku ni zon merah denggi berdarah wei. Gila tak cuak!



Tapi takpa, now she's recovering so fast lepas kena admitted hari tu. Maunya tak kena dripped ayaq, antibiotics lagi ubat lagi. Kalau kat rumah nak suruh makan ubat macam nak ajak gaduh ja. Haiii anak sapa lani? (Anak aku lani..sebab menurun ikut aku tak suka makan ubat kecik-kecik dulu).

Siap malam ni request nak makan ayam lagi..ayam KFC ok...bawak pi foodcourt kat rumah yang ada jual ayam goreng ala-ala kfc taknak! Nak KFC jugak okey!!! KFC..KFC KFC menjerit-jerit dalam kereta taknak turun. Hancur harapan mama hang nak makan chicken chop malam ni nak oiiii. Nyampehhh. Nasib awak baru baik demam ja Adriana oi.


Eeeiii kemain kan...takpa-takpa. Papa n mama bagi chance ja ni. Pasni jangan harap la ye kenit. Tapi sebenarnya, tengok dia lalu makan pun da besar rahmat. Sebab tu apa tekak dia nak makan tu ikut ja. Dekat seminggu kot dia makan pun macam tak makan. Ni pun baru lepas berperang bagi makan ubat. 

Haih la anak. Macam-macam ya kamu ni. Kalau mama aku ada, mesti dia sound haaa tau pun susah bela anak. Bila da besaq, melawan! 😅😅😅 kikiki. Kena setepek. Biasa la ma, aku ni memang. Mama aku cakap A..aku cakap B. Memang macam tu dari dulu aku dengan mama tu. Almaklumlah anak kesayangan arwah abah aku ni😛😛😛

Nanti-nanti kita sambung update blog lagi ye😍

Hi korang.
Quick update ya almaklumlah lani dah menyotong jadi mak anak dua ni.
Macam kena pinjam tangan sotong ja ni.

Ni pun sempat DIY masa Si Aishah tu lena.


Bottle minyak yang dah tak digunakan.


  Beli kat MR DIY ja. Rasa ya dalam RM7.90 kot kalau tak silap.


Terus nampak lain macam kan. Nampak mewah dengan warna gold ni.


Taraaaa. See lawa dak? Lepas ni tak payah nak beli dah vase2 apa bagai buat je  cenggini. Terus nampak da bomb.


Projek DIY paling senang abad ini.

Korang kalau rajin boleh la buat ni jugak nanti.




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS