Fuhhhh.
Lamanya delay nak update pasal travelog ke Perth hari tu kan.
Biasa la orang mengandung ni kan, hormon upside down. Lagi nak edit masukkan watermark semua bagai lagi. Semua tu perlukan kesabaran yang tinggi. Hihihi.

Tapi takpa, demi blog tersayang dan sumber rujukan dan kenangan pada masa akan datang, maka kita pun simpan di blog ni la kan.

Oklah sambungan untuk cerita hari ke 4 di WA, selepas selesai ja meneroka Cape Leeuwin Lighthouse; maka kami pun terus gerak ke Pemberton. Pemberton ni actually dalam routes kami nak ke Albany. So before pi ke Perth sana memang da study dulu dah satu2 routes yang akan singgah.


Kalau dari Cape Leeuwin Lighthouse memang amik masa lebih kurang 1 jam 41 mins. Kat sini bawak kereta memang gila2 patuh halaju sampai balik ke Malaysia pun da terset pulak. caya tak?


Pemandangan sepanjang jalan nak ke Pemberton.


Kat area ni pun ada gak vineyards. Ada satu kawasan forest tu sebijik macam dalam cerita Twilight yang pokok gergasi tinggi-tinggi tu. Rasa seram gak tapi at the same time rasa tenang pun ada.


Cantik tak pemandangan kat sana?


Da sampai Pemberton!


Pekan kecil tapi sangat2 calming.


Nak nampak kereta lalu pun susah.



Kat sini terkenal dengan landmark landasan kereta api dia ni la.


Ok ready set go and strike a pose!


Well i guess this is a guy most have pose kot kan?!

Masa kat Pemberton ni, rasa mcm kat pekan dalam cerita Twilight tu pun ada. Nak nampak kereta lalu sebutir pun payah kadang-kadang.



The famous train kat Pemberton. 


Wajib la kan bergambar kat sini 3 beranak.


Apa pun kena singgah refill and refresh dulu sebelum teruskan perjalanan yang seterusnya. Kami singgah minum kat cafe ni. Minum hot choc je lah dengan scones. 



The scone, tapi prefer lagi scone kt Uncle Bala kt CH tu. hahahah.

Punya gila azab masa kat dalam cafe ni sebab semua orang pakat makan pasta la noodles la. Kat dalam cafe ni ada jual noodles ala2 Siam tu sebab rasa-rasanya bini tokey tu Siamese sebab nampak dia duk cakap-cakap ngn tokey dia tu sambil bemesra2. No wonder la ada Asian fusion kat dalam cafe ni. Telan ailio je lah time tu. Dahla sejuk gedi kt luar tengah2 winter, nasib xda snow ja. 


Lepas minum, jalan-jalan lagi kat luar cafe tu. Pusing-pusing sat sebelum nak meneruskan perjalanan ke next destination.


Dia punya la suka bunga kecik-kecik tu. Mama dia pun suka gila. Rasa macam jakun sat.

Bagi korang-korang yang ada banyak masa and tak rushing kejar routes boleh la naik Pemberton Tram . Antara tourist attraction juga la kat sini. Seronok bila tengok gambar-gambar orang yang pernah naik tram ni.  Macam kami hari tu tak sempat sebab nak kena sampai ke Albany before 5 pm kan so kami terpaksa skip yang tram ni.



Pic courtesy of Mr Google.


Serius rasa 1 week kat WA memang tak cukup. Next time kalau ada rezeki lagi ingat nak layan motorhomes and nak explore sampai ke Esperance. Husband pun da bagi-bagi hint tak leh move on and nak repeat balik tu. hihihi.

***mode menabung is ON









Cakap pasal kari ja, memang kami ni jenis masak kari mamak kat rumah. Sebabnya kari mamak biasa tak letak santan. So lebih healthier la katakan. Selalu ikan yang biasa guna untuk kami buat kari mamak ni ikan jenahak, gerut-gerut, nyiok-nyiok, siakap and temenung. Memang favourite sangat. Part kuah tu suka buat lebih, habuan esok panaskan makan cicah roti gardenia pulak. Perghhh heaven!



Ni habiskan stok ikan kat dalam bahagian frozen. Ya lah kan, nak balik beranak kat Jitra dah. So baik habiskan apa yang patut.

So kalau korang nak tau, sebenarnya senang ja nak buat kari mamak ni. Jom kita tengok bahan-bahan and cara buatnya.

Bahan-bahan:
 ikan jenahak 2 3 ketul ( ikut la korang nak pakai ikan apa pun)
3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi ikan. 
6. Jangan masak lama sangat isi ikan tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.

Rasa In Sha Allah sedap oi.

Tak caya? Kena cuba sendiri la ye
Alhamdulillah, Isnin lepas bawak anak check in ke Hotel Sentral Seaview Penang. Ya lah, tak jauh pun. Main kat Penang ja jugak. Mama mana larat nk drive p jauh-jauh dengan perut nak masuk 38weeks ni.

Kebetulan kawan baik aku Sha dari zaman MICET bercuti ngn family dia ke Penang and check2 rate kat Agoda kebetulan murah ja hotel tu, cuma RM129 ja. Maybe sebab Isnin kan. Tapi ok la, terus booking. Lagipun nanti, nak berpantang pun dia pun terperap kat rumah maktok gak ngan mama dia.

Dalam pukul 4 kami sampai berdua kat hotel. Selesai check in semua, mama rehat sat. Papa as usual la bz tengok kerja2 dia. Lepas papa siap tengok keja kt Feringghi baru papa turun ke Tanjung Bungah mai ke hotel kat kami.

Dulu masa bujang2 pernah check in sini ngn kawan aku Si Lina, tapi time tu under Naza lagi. Nama Hotel Naza. Tapi bila da management baru ni tengok condition ok la not bad dah. Dulu masa under NAZA macam teruk n buruk la jugak.



Tengah landing sedap ja mek tu. Masuk2 hotel amik mood terus tau.


Toilet macam biasa ja. Takda bath tub pun. what to expect, bilik murah ja kot. Tapi ok la kan.


Wajib selfie kat toilet.


Okla dari balcony boleh nampak laut kan. Tenang la jugak hati ni boleh nampak laut kan.


Seperti biasa la, mesti tuntut nak mandi pool kan.


Mama layan ja lah angin tepi pantai tu.


Cantik jugak view kat sini.


Kaki mama pun da bengkak. Tak lama dah baby nak kuaq.



Malam tu kami layan western food kat Mizi Bistro kat Tesco Tanjung Bungah ja sebab lunch tu aku dah recommend Sha N Wan makan dekat Nasi Kandaq Raffee Pulau Tikus kan. So malam ber western pulak. Esok lunch bawak p nasik kandaq balik. hahahha


Me n my bff Sha. muka bahagia dapat makan nasik kandaq kat Tajuddin Hussain. Tak sempat ok nak selfie2 sangat mai ada anak ni. Kat Tajuddin Hussain pun x sempat tangkap gambaq sebab masing2 da terkam terus ja.

Apa pun, tenkiu Sha N Wan for coming. Nanti len kali mai kita p check in lagi mana2 yang best. Sorry second day tak dapek nak join korang dah.

Apapun kalau korang nak cari hotel kat Penang ni yang agak murah, Hotel Sentral Seaview Penang ni ok lah. Not bad. Harga pun masih ok. Cuma kalau weekend tu rasa2 nya pool dia mesti crowded sebab pool dia agak kecik la. Tapi boleh ja pi mandi laut kat bawah tu ha.

Oklah, tu ja nak cerita pasal my short getaway before nk deliver baby ni. Saja la nak bagi Adriana heppy sama kan. Cari duit pun untuk anak2. Tak salah jugak nak heppy kan anak2 dengan duit hasil titik peluh kita kan....






Hai hampa.

Ada lagi ke yang tak pernah rasa daging jeruk ni? Hari tu aku ada beli daging jeruk kat kawan aku sorang ni. Sama-sama keja Ibi dulu. Tapi lani dia pun da tak kerja kilang jepun yang nak mereput tu. Hahahah.

Sekali rasa mak aih memang terus jatuh chenta beb. Nak buat serius pemalas gila. Orang pemalas ni ubat dia sediakan duit ja kan. Haa puas hati beli 2 bekas terus kat Si Nonie. Balik petang tu terus goreng buat daging jeruk berlado. Oo mak ko, sedap gils!

Tapi sat ja dah habis! Punya la menketedarah!

So tadi kan pi ke pasar malam. Jalan2 dalam tu sementara nak tunggu kedai bihun sup siap setting semua maka lalu la aku kat tempat jual ayam and daging. Haaaiii lawa pulak daging ni. Ada yang beli buat jeruk ni kang.

Tanya2 satu pinggan, seketul tak berapa besar tu RM10. Ok pejam mata je lah beli! Zaman Pak Bijan ni mana ada yang murah cik oi!

So tadi da bagi Adriana lena semua maka, aku pun start la buat projek daging jeruk aku ni.

Actually senang ja nak buat dia. Tapi renyah skit laaaaaa untuk orang pemalas macam aku ni. Meh aku bagitau step by step ya.

Cara-cara nya:

1. Keluarkan daging ( separa beku), hiris nipis-nipis. Yes time separa beku ni senang gila kot nak potong nipis2. Hiris nipis2 macam nak buat shabu2 tu.
2. Susun dalam bekas tipuware ya elok, tabur garam.


3. Then perahkan air limau kasturi atau limau nipis ( aku guna dua-dua).


4. Then susun lagi hirisan daging n repeat la step 1 sampai 3 ya sampai la habis hirisan daging korang tu. Then simpan dalam peti ais bhgian bawah tu. After 24 hrs da boleh goreng2 or masak apa2 dah. Huiii dapnyaaa

Tak susah pun kan. Cuma renyah ja nak slice nipis2. Pisau nak kena tajam betul baru la slice tu nipis elok.
Kalau korang pun macam aku gak, sedia duit je lah untuk beli. Kan senang macam tu. Hihihi


Tengok kejadian dia. Beli daging RM10 pun dapat banyak ni ja. Pasrah je lah. Takpa lah, nanti-nanti kalau korang rajin try la buat sendiri.

Ok lah, guten nacht.



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS