Giveaway Redmoon Clothpad

in , by Alia Farhan, 7:46 AM

Jom join giveaway dari blog kak eyda dari team #ProjekBloggerUtara ni.

Click banner utk join ya.

Travelog Perth : Day 3, Mandurah

by Alia Farhan, 12:02 PM
Perjalanan untuk hari Ke 3 di bumi Perth, Western Australia agak jauh. First pit stop untuk hari ketiga adalah Mandurah. Mandurah ni terkenal sebagai bandar kedua terbesar di Perth, Western Australia. Ni. Untuk pengetahuan, Mandurah ni jugak terkenal sebagai pusat pelancongan di WA kerana menjadi lokasi tumpuan ikan lumba-lumba/ dolphin. Paling femes di Mandurah ni tak lain tak bukan Mandurah Cruise.

Masa hari ketiga ni, seawal pukul 4.30 am aku da bangun untuk sediakan breakfast dan bento untuk perjalanan jauh kami kali ni.

Suasana pagi di Scarborough. Tenang ja rasa. Pukul 6 am kalau tak silap time ni.

Pagi terakhir di Scarborough.

Penginapan kami di Scarborough selama 2 malam. Hotel lama, tapi bilik agak besar. Ada katil queen dan single bed. Kalau 4 beranak pun muat lagi ni. Siap ada pakej microwave. Ni paling suka sebab ada microwave.

Pukul 7.30am da gerak dari Scarborough untuk ke Mandurah. Agak jauh jugak ya. Kebetulan pagi2 kan takut jugak la jam ke apa ka. In case la, kena well prepared. Rancang perjalanan tu paling penting.



Senang sebagai rujukan. Masa kami nak pi tu hujan and ada jalan tengah buat or maintenance something like dat so kami punya perjalanan sangkut jugak la. Lebih kurang 1 jam 30 minit jugak la kalau tak silap.

Sehari sebelum ke Mandurah aku da email siap2 pihak Mandurah Cruise untuk book seat kami anak beranak untuk cruise pukul 10. Kelam kabut jugak bila menghadap jam sepanjang kat Perth city tu. Sempat ke tak sampai ni haaa. Bukan boleh main pecut macam kt Malaysia cerita dia ni. Lap peluh jugak la walaupun time tu tengah sejuk gedi. Sekali check-check emel diorang cakap yang trip pukul 10 delay bawak ke pukul 11 due to weather. Fuhhh selamat jang. Time tu memang da nak dekat2 Mandurah dah bila baca emel tu. Pukul 9.30am kalau tak silap. 

Ni lah dia office Mandurah Cruise tu. Dalam tu ada sourvenier shop jugak tapi aku tak beli pun sebab agak mahal kan.

Masa sampai kat Mandurah tu memang tengah hujan and angin tengah kuat jugak la. Adoi nak terkucil ja rasa. Lapaq semua pakej lengkap. 

Masa kat dalam Mandurah Cruise pnya shop/office tu tanya la yang pukul 11 ni ok ke nak jalan sebab tgh hujan ni, dia cakap ok sebab this trip use a bigger cruise compared yang pukul 10am tadi. Ok lega mak dengar tau.

Jalan punya jalan dalam hujan tu sekali nampak Cicirello apa lagi terus serbu la. Lapaq kot. Dah la sejuk. Masuk2 terus order and pilih duk dekat dengan heater. Kalau kat Malaysia asyik nak cari port ada kipas or ekon..sini xdak maknanya lahai.


Budak kelaparan ni makan chips dulu sebelum makanan sampai.

Mama pun nak posing gak ngan sweater bulus2 mama ni.


Shrimp pasta dia sedap gilos. Big potion, ckup kami 3 beranak makan dengan pelahapnya.
Harga dalam Aud15.90 mcm tu kalau tak silap.

Calamari rings. Rasa mcm biasa2 je. Tapi better la dari order sotong goreng tepung tapi yang mai cucoq sotong kan.
Harga Aud6.90

Haa kat depan tu la kami nak naik cruise.

Hujan pun hujan la janji boleh tengok dolphin kan..




Selfie la anak beranak.

Ada saty time tu Adriana menjerit mana-mana dolphin. ALLAH malunya la dia ni buat lawak apa pulak dah.

Sepanjang pelayaran tu memang akan lalu kawasan-kawasan rumah di tepi teluk ke apa ya orang panggil ni yek. Tapi setiap rumah memang stok kaya2 ada kapal la semua nya. Apa la bisnes depa ni ya.


Dua gambar di atas dari pakcik gugel, ni some ideas la bentuk geography Mandurah ya. Dia macam teluk ke apa orang panggil pastu macam masuk ke dalam pastu sebab tu la selamba ja dolphin2 tu jinak kemain main2 kt depan2 rumah org tu. Ehh manja sangat. Macam nak lepuk2 je sebab aku tak sempat pun nak tangkap gmbaq sekoq pun dolphin.


Sepanjang 1.5hrs pnya pelayaran ni selain dari tengok dolphin, duk ternganga tengok rumah2 besar dengan kapal2 besar la kt depan rumah depa. Baik punya parking.


The biggest house kat sini bak kata travel guide tu. Ada 8 rooms n 8 bathrooms. Walaweh.


Verangan tak sudah2 bila tengok gambar rumah ni. Bestnya2. Dah la depan rumah dolphin duk mai main mcm tu ja. Tak payah nak pi jauh2 pun.

Jangan tanya aku mana gambar dolphin ya. Penat aku pegang camera standby nak tangkap gmbaq depa, time aku tak ready la depa nak munculkan diri. Last2 aku enjoy tengok depa without capturing them. Yalah, nak menghayati rumah2 mewah tu lagi, dolphin lagi. Arghhh biarlah tersemadi di dalam otak aku ni je lah.

Oh ya bagi yang bertanyakan berapa fees Mandurah Cruise ni, korang boleh click SINI ya.

 Fees biasanya untuk:
Adult: Aud28
Kid(3 -14yo): Aud14

Tapi untuk trip kami ni, kami kira lucky jugak sebab survet dekat Group on Australia-Perth ada promo untuk ticket Mandurah Cruise ni. Untuk trip ni kami dapat untuk family tickets( 2 Adults, 2 kids) cuma Aud39. Mana nak dapat oii rega tiket gitu. Walaupun kami bertiga ja stil consider cheap gila kot Aud39 tu.

Lepas ja selesai 1.5hr cruising sepanjang kawasan Mandurah tengok dolphin dan rumah2 org kaya tu, maka kami pun kena la sekali lagi merentas hujan rintik. Dia punya rintik tu mai sekali ngan angin, terasa wei sampai ke tulang sejuk dia walaupun lemak aku berjuntai-juntai. Arghhh stresss asyik nak terkucil ja. Sebab tu kat sana jarang aku minuk air sebab takut nak terkucil dengan cuaca maciam tu. Abeh kering tangan n muka mak tauuu.

Setelah berlari2 dalam hujan, maka pantas kami menyerang Chocolatier San Churros yang terletak bersebelahan ja dengan Cicirellos. Hai laaa....

Raksa gorgon mnyerang.


Adoih. Stress aku tengok gmbar churros ni. Serius memang sedap dah la panjang nak mampusss. Kat Msia kontot2 ja. Apa la yang cuba digambarkan dengan churros kontot gitu kan. Gila kedekut. Guna tepung and butter je kot!!! Sila jangan suruh aku buat sendiri ok. Mood memasak aku ke laut Indian Ocean sekarang. Paling dalam sekali. 

Perjalanan kami diteruskan lagi lepas ja melantak churros sedap tu. Lepas ja isi minyak terus amik turn untuk drive, husband aku da nak demam time tu. Selsema tahap air hingus turun meleleh2 ja. Oh ya kat Aus ni, isi minyak dulu penuh2 then baru bayar. Kalau kat Malaysia ka buat macam tu mau bankrap semua petrol pump. Kahkahkah.

Plan asal nak singgah Bunburry tapi check punya check terpaksa skip sebab dah lewat. Maka kami terus ke Busselton.

Till the next one ya. 

Stay tune







Hai kali ni nak cerita psal lipstick and make up remover (eyes&lips) yang dapat sebelum ni masa Althea 1st birthday gift tu. Boleh tengok sini untuk baca entry psal Althea 1st birthday gift tu.

1. POPO Lipstick

So untuk lipstick kali ni saja pick something yang nampak macam nude tak nude gitu kan.

Cantik kan kaler ni. Nampak sweet2 ja.

Nampak mcm orange tone bila swatch kan kt tangan. 


Haaa... actually macam2 warna ada. Tapi aku try dulu 1 sebab nak tau best ke tak texture dia. Keringkan bibir ke tak? Jawapan dia tak. Dia pnya effect pun mcm glossy n shimmering skit. Tak matte tapi ok la warna tu tahan lama jugak.

Harga:
RM27


2. It's My Eye n lip make up remover.

Untuk eye n lip make up remover dari jenama It's My from Korea ni pun sangat bagus. 
                            
Ada 2 layer, oil n watery based liquid. So before guna kena goncang-goncang untuk mix kan dia to form emulsion form.



Ni guna lipstcik, eye liner n eye shadow utk swatch kat tangan.



Taraaaa. Sekali lap ja da keluar. Memang best betul.

Harga:
RM10


Will i buy this two products in future?
Well2...of course la. Cheap stuff at good quality must be purchase in future!

Btw, thank you Althea.kr for sponsering this beauty stuffπŸ’•πŸ’•πŸ’•




Salam Aidil Adha

in , by Alia Farhan, 6:51 AM

Selamat hari raya aidil adha dari kami sekeluarga.

Raya kali ni tak me-rendang pun. Mood nak merendang tu takmai lagi. Hahahhaha. 

Tapi kalau dapat daging qurban fresh2 buat rendang memang sedap nya lahai. Dah mintak mama tolong simpankan kalau ada daging qurban. Teringin. Feel makan daging qurban ni tak sama kot dengan daging yang kita beli. Serius kot tak sama. Bukan sebab free ke apa ka. Tapi serius feel n rasa dia tak sama. Tu orang kata barokah dia lain maciam kot noh.

Apa pun Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Dan kepada semua jemaah haji, semoga mendapat haji mabrur.

Tetiba sebak rindu kat angah. Walaupun rajin bergaduh biasa la kan adik beradik. Tapi bila jauh and tak nampak lama tu, rindu la jugak kan. Macam tu la adik-beradik. Ada depan mata asyik bergaduh, bila takda rindu. May Allah reward u jannah angah for all ur sacrifice towards our people during this hajj season. 

Oklah, nanti kita post pasal Perth balik ya. Selang seli la ya. Kang org asyik kata tak abeh2 Perth...x abih2 Perth...
Biorrr lerrr, nama pun belog aliafarhansaid kan bukan belog engkau....😊😊😊

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS