Semoga ketemu lagi Haramain
Kashmir Winter/Spring Trip -Gulmarg
Assalamualaikum,
Sebelum terlupa and sebelum masuk ke next trip, eloklah aku catatkan sedikit sebanyak cerita pasal Kashmir Trip di sini. Sambungan dari cerita Kashmir trip yang lalu.
Untuk hari kedua, trip kami dari Srinagar untuk ke Gulmarg mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah tak silap aku. Sepanjang perjalanan tu nak tidur tapi asyik teralit ja tengok keindahan alam dekat sana. Cantik betul lah. Memang back to Nature la kekdahnya. Line internet memang mengharapkan 100% dekat hotel ja lah. So memang trip ni memang berdamai dengan keindahan alam ja lah.
My breastfeeding tips
Ini telah disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.
Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
1. first, anak kita dapat susu yang sepatutnya iaitu dari ibunya sendiri bukannya dari sumber lain.
2. Second, bonding itu amat kuat antara kita dan anak.
4. Ibu pun sihat, rahim cepat kecut. Sesungguhnya setiap yang Allah suruh itu tidak memberi mudarat dan jika ada sedikit mudarat sekalipun ada penyelesaiannya. Kita kena sentiasa berusaha.
pesanan penaja: sesapa yg nak rsa ke"best"an product Shaklee...boleh whatsapp 0133363775....free consultation regarding breast feeding...because sharing is caring
Tips Nak Bawak Barang Apa Ke Umrah?
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak kongsikan sedikit tips nak bawa barang apa ke umrah…as usual lah kan semua orang tau masa nak menunaikan umrah of course kita akan bawa barang-barang basic untuk umrah seperti;
Benda paling penting nak ke luar negara of course la pasport kan🤭
Ni paling penting kan. Kami pihak travel bgi pasport masa dekat KLIA. Sampai ja di Jeddah kami diarahkan serahkan balik kepada mutawif utk mutawif pegang pasport kami. So ganti diri pada pasport dekat sana adalah kad yang diberi oleh travel agency utk kami pakai dengan lanyard tu.
bila cakap pasal bil letrik ja ada yang geleng-geleng kepala...
alahai....
mahei bebenau bil hakuuuuu bulan-bulan kan....
aku pun tak larik la dari mengeluh tu....
tiap-tiap bulan dapat bil letrik rasa nak pitam....
average rumah aku ni RM160++ yer....
untuk umah apartment cinonet ni..pkai air cond sebijik...peti sejuk 2 pintu 1 bijik dan deep freezer sebijik...
bulan-bulan memang tak larik la bil macam gini haaa
ok aku nak cerita la experimen aku sepanjang dua bulan ni...aku start bulan 6 macam tu la...
aku boleh nampak la keberkesanan dia..
dari bil aku RM160++ tak larik...sekarang dah RM130...
ehh ok apa kan...
RM30 tu dah seppp uolls!
so meh sini aku share few tips yang aku apply la:
1. CABUT PLUG LEPAS GUNA...
contoh yang paling aku liat selama ni nak tutup suis adalah kettle...washing machine..modem...charger n etc...korang tau tak as long as korang tak tutup suis tu and tak cabut plug tu....keadaan arus eletrik adalah dalam keadaan standby mode...so still ada ya tenaga eletrik yang duk stanby kat situ...
2. KERAP CUCI KIPAS
ok menda ni simple ja...tapi memang malas nak wat kan...cuba korang rajin-rajinkan cuci bilah kipas tu...bila da cuci kipas tu..kadang-kadang no 3 pun da macam helikopter kan...so kat sini, bila ada kotoran..motor akan bergerak lebih perlahan dan banyak tenaga eletrik yang digunakan kat situ..logikal thinking...more heavy dust...more energy for the motor to work!
3. KERAP CUCI FILTER AIR COND
oh yang ni aku dah lama tak mintak laki aku cucikan filter..pastu bila air cond da kurang sejuk...bising pulak kan..nak cuci pemalas...sudahnya 20 degree C pun kau tak rasa apa...kau rasa dengan suhu yang kau tetapkan 20 degree C tu berapa banyak tenaga yang digunakan....heehhhhhh....hari sabtu ni jangan lupa remind encik suami cuci filter air cond ya...
4. SERVICE AIR COND
haa..ni pun aku nak kena remind husband aku gak..sebab dari start beli air cond ni masa awal-awal kawen dulu memang tak pernah lagi service air cond ni..bukan apa..selalunya yang nak guna and tarik tenaga yang banyak adalah kat bahagian compressor...sebab tu pkai menda-menda macam air cond ni maintenance kena jaga...ehh kang aku cita macam plant utilities and maintenance pulak dahhhh
5. GUNAKAN THERMOS INSTEAD OF GUNA WATER APA NTAH MENDA ALAH TU....
haaaa..balik kepada tradisi nenek moyang..why not kan..kalau dapat menjimatkan tenaga...kita kena berpikiran jauh..bukan jimat letrik ni semata-mata sebab kita nk jimat duit..tapi kita pikiaq nak jimat ni sebab nak jimatkan tenaga...untuk menghasilkan tenaga eletrik ni berapa banyak fuel, charcoal dan air yang digunakan untuk menghasilkan tenaga eletrik.....haaa kena berpandangan jauh tau...untuk anak dan generasi akan datang jugak.
6. MASAK AIR BANYAK-BANYAK KALI
yang ni aku selalu buat la..once da mendidih sekali...aku cepat2 tuang dalam jug tupperware tu..n then refill air tu then masak balik..biasa 3 kali berturut-turut..reason aku wat macam ni..sebab coil stil panas..so dia tak perlukan banyak tenaga untuk ank panaskan the whole kettle...ni pandangan aku la..abis kali ke 3 tu tupppp aku tutup suis da terus cabut...
7. MASAK AIR GUNA CEREK DAPOQ
haaa...hat ni paling jimat...beli hat kettle besaq tu kan..masak ayaq banyak-banyak...takpa nanti aku nak p cari cerek lagu ni gak...tapi untuk keselamatan beli hat yang bunyi bila steam da keluaq tu naaa..satg hampa duk nganga tengok tb 3...kering ayaq hampa tinggai cerek ja...naya!
8. IRON BAJU BANYAK-BANYAK
ermmm...hat ni aku tak pernah try..tapi ada yang kata memang berkesan..seminggu dia iron baju sekali(baju reja dia la kot..one shot gutu la)..dia dapat jimat RM20 wei...RM20 tu bukan skit cek kak naa..try la naa..aku xleh nk habaq keberkesanan dia sebab aku ni pemalaih nk iron baju ka shawl ka semua beli yang takyah iron..dulu reja kilang pun uniform memang tak dibenarkan iron gutu...selamat mak nak!
9. TUTUP LAMPU DAN KIPAS YANG TAK DIGUNAKAN
hat ni memang selalu la careless..kalau kat rumah mama dulu selalu kena pokpek...sampai lani kadang-kadang ada lagi careless tu...hampa ada dak habit lagu ni?jom la kita pakat ubah..tak guna tutup naa...
10. GUNAKAN ELECTRICAL APPLIANCES YANG ENERGY SAVER
kalau rasa barang letrik tu hat lama-lama...yang tak berapa nak energy saver tu..boleh pakat-pakat tukaq da skit-skit..kami pun nak start tukaq kepada lampu LED instead of traditional lampu kalimantang ni haaa....tak urban la pkai lampu kalimantang lagi kannn....
oklah...
tu ja lah apa yang aku duk apply and apa yang aku baca pengalaman orang lain jugak...
jom sama-sama educate kita punya anak-anak untuk berjimat dengan pengunaan eletrik ni...
ingat bila kita jimat eletrik..actually banyak menda yang kita tolong untuk bumi ni...boleh google psai how electricity is generated...so by this way..mata kita akan luas jugak terbukak....
oklah....
tata....
Travel tips : Travel with kids, what to bring?
Haiiii guys....
Kali ni nak share skit travel tips bila travel dengan kids. Macam kami personally kalau travel memang angkut sekali anak-anak kami sebab kami takdak maid nak tinggai kan. Tak fair jugak kalau kami nak tinggaikan anak-anak kami yang stil kecik and tak boleh nak uruskan diri depa sendiri kat mak kami kan.
Kesian mak kami, bagi la maktok rest kan. But it doesn't give a right for me to critic those don't bring their kids while they're travelling. Well, kami kalau ada maid maybe kami pun nak jugak travel berdua dengan laki kami but at the tine being...angkut ja lah..mana tau nanti depa dah masuk duk hostel ka..time tu kami berjalan la berdua dengan laki kami pulak kan. So cut it short kita cerita la apa yang nak kena hangkut kalau travel dengan anak-anak ni kan.
Jom tengok barang-barang apa yang wajib kita bawak kalau travel dengan anak-anak ni:
1. Pasport/mykid & tiket kapal terbang
Kalau travel keluar negara, jangan lupa pasport and mykids anak and kalau fly...jangan lupa tiket boarding korang. Sama juga kalau roadtrip naik bas ke,ketapi ka..jangan lupa tiket ye
2. Baju yang sesuai
Kalau pi negara 4 musim..time summer tak payah la beria-ria nak bawak coat bulu bagai kat anak ok. Tu namanya cempera. Pilih baju ikut kesesuaian.
3. Diapers
Pilih disposable diapers yang nipis; so far untuk next time punya trip for 10 days aku beli Fitti Gold Pants. Memang betul-betul jimat space sebab nipis gila. Korang yang ada bajet lebih boleh la beli offspring ke yg nipis gila tu. Aku bajet lebih xda. So aku opt for Fitti Gold pants je.
Buat kira-kira berapa keping kena bawa
Contoh= 5 keping× 10 hari=50 keping
Spare= 10 keping in case of emergency.
Untuk diapers ni, kalau taknak makan space dekat dalam luggage...korang boleh la selit-selit dekat hand cary korang, 3 keping..hand cary laki korang 3 keping, hand cary anak korang 4 keping...and jangan lupa selit jugak dekat stroller bebeh 3 keping ke. Kat situ korang dah jimat space kat dalam luggage u olls.
4. Formula milk
Bagi anak korang yang minum fm, jangan lupa bawak satu kotak yang belum buka (sebab ada sesetengah negara yang quite strict dengan fm yang dah buka ni..mcm Aus tu). Masa kat Aus aku memang bawak sepeket kat Adriana dulu yang belum bukak. Yang dekat atas flight, aku letak ja dalam milk dispenser untuk habuan untuk dia minum dekat atas flight. Untuk Aishah nanti quite easy sebab takyah nak angkut FM dah sebab dia BF jer. Senang keja mama takyah nak angkut susu ni.
5. Stroller/baby wearing
Asal ada nama anak kecik ko angkut jelah stroller tu. Bukan dia kira kgs pun dalam ko punya luggage tu. Baby wearing? Ko angkut jugak je..selit je kat stroller tu haaa. Macam aku tak larat nak baby wearing si Aishah ni sebab dia gedebab...sakit belakang aku walaupun pakai dah betul. Tolak dengan stroller ja senang. Ni dengan si kakak lagi. Memang ada dua strollers untuk anak berdua ni. Larat nak dukung salah sorang kalau dua-dua tidur time travel nanti. Jangan cari pasal wei. Boleh mengundang bad mood kalau kena berdukung. Nanti pak hang hijau...anak pun nak hijau jugak mengamuk kena paksa berjalan!
6. Baby wipes
Need more explainations?
7. Baby balm.
Bawak je. Kalau selsema takyah susah2 nak beli kan.
8. Medicine
Sama juga macam kat atas. Ubat macam paracetamol, ventolin semua tu standby je.
9. Barang mandian baby
Yalah of course kena bawa khas untuk diorang sebab kulit diorang soft and gentle lagi. So kena la guna yang khas untuk diorang kan.
10. Baby blanket / sleeping bag.
Yang ada bawak baby tu sila la bawak baby blanket /sleeping bag ya. Kesian ke anak kalau sejuk tu lagi-lagi kalau travel time autumn/winter tu.
11. Small towels/ napkin
Senang kalau nak mandikan diorang guna ja towel kecik or napkin. Cepat kering pun cepat.
12. Biscuits
Kalau nak travel jauh-jauh lagi-lagi nak roadtrips dinasihatkan beli biscuits supaya diorang tak boring kan. Bila depa kenyang, cepat skit lena
13. Baby food.
Baby food untuk baby yang start boleh makan macam Heinz tu ka. Seelok-eloknya beli yang dalam plastic pack so tak mudah pecah.
#1 - Ayam Bakar Madu Simple Sedap
#2 - Ayam Percik
#3 - RESEPI SIAKAP STIM LIMAU
#4 - Ayam Goreng Kicap Madu
#5- Sup Fishball
#6- Ayam Goreng Kunyit Berlada
#7- Resepi Kerabu Kaki Ayam
#8 - Resepi Kerabu Pauh / Kerabu Pelam Muda
#9 - Peria Katak Goreng Telur
#10 Mee Kari
#11 - Bihun Goreng Simple
#12 Koay Teow Thng
Sup Manis
Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng
Sambal Sup
#13 Bakso Mudah
#14 Kuay Teow Laksam
- Cili padi
- Belacan
- Garam
- Gula
- Cuka
- Kacang panjang
- Daun kesum
- Timun batang
- Bawang besar
- Bunga kantan
- Kubis
#15 Sosej Telur Hancur
- Minyak masak (sedikit)
- Mentega
- Sosej
- Bawang merah (hiris)
- Cili padi
- Telur
- Sos cili