Kali ni nak cerita pasal kedai BBQ Chicken dekat Auto City ni. Ni pun last week punya cerita la kan. Kebiasaannya hari Jumaat hari aku off day dari masak sebab hari tu biasanya aku submit semua order perabot-perabot yang customers order dekat aku. Oh ya, aku memang jual perabot Scandinavian di ig ya. Boleh follow ig aku: @scandi_scandu ya.

Dan macam biasa la bila Jumaat juga biasanya aku lebih suka chill dengan husband and anak-anak lepak-lepak makan. Well..spend quality time gitu. So untuk that time kami pilih yang dekat rumah ja, maka moh le ke BBQ Chicken ni. Ala aku tau soalan yang bermain kat kepala otak korang kan...halal ke dak kan...of course la HALAL. Check sendiri kat website dia ok!

Disebabkan dia antara yang baru buka dekat Auto City ni of course la memang tertarik sangat-sangat nak try kan. Since last year kot nak try tapi tak tertry try pun.

Konsep kedai ni kedai makanan Korea la ye. So ada la makanan-makanan Korea. Moh la tengok-tengok gambar ye.


Credit to google. 
Ni lah dia BBQ Chicken dekat Auto City ye. Memang luas n spacious ya.


Suka interior dia. Kedai pun selesa, spacious n bersih. 


Dah jom tengok nak makan apa ya.




Nak makan yang mana satu? Alamak tak reti pilih.


Nasib ada yang combo..so boleh rasa semua kan..




Ni pulak rice selection.


Pilih apa tu sayang....


Kesian anak mama dah lapaq sampai dah makan tangan sendiri😂😂😂

Jeng jeng jenggggg

Here comes the food......






  
Ni husband kita punya... apa grilled ntah. Ok la not bad. Ada nasi dengan seaweed, chicken grilled n vegies



Mushroom soup ni sedap! Creamy n thick!


Ni aku punya beef bulgogi. 



Beef bulgogi hot stone rice ni rasa dia pada aku so so saja. Maybe sebab aku tak pernah makan beef bulgogi dengan nasi ni..boipren lama i hyun bin ngn junki xpernah ajaq makan ni...so aku macam tak reti nak makan and bagi komen sedap ke tak. Selalu kalau makan bulgogi yang dekat Seoul Garden tu sedap je kan dengan salad tu. Who knows ada lagi sedap dari ni ka kan.




Ni yang quadruple combo tu. Ok la dapat rasa semua ayam goreng korea kan. Bagi aku yang ni sedap! Ada yang satu tu pedas nak mam. 

Masa penyediaan bagi aku nak kata lama tu x la lama sangat kan tapi Aishah pun boleh start buat perangai la kan. Sampai ada sorang apek kekwat ni muda lagi aku rasa dari aku duk kalih-kalih tengok bila Aishah duk bising tu. Dua tiga kali duk kalih tengok and buat muka aku terus angkat kepala tanya kenapa. Ekeleh kekwat nak mampus. Ni mesti sejenis kiasu ingat dunia ni dia yang punya saja n revolve around him saja. Jarang aku nak cari pasal dengan orang tapi kalau dah sampai annoying macam tu and kau taknak bising langsung pergi la makan dekat fine dining ok. Kecoh gila makan dekat BBQ Chicken je kotttt. Eh ter-bawang dan ter-halia pulak dekat sini. Maklumlah hangin-hangin banyak ni kena la makan halia lebih kan.

So orang-orang Penang kalau nak try rasa ayam-ayam goreng Korea tu hampa boleh la try makan dekat sini ya. Ayam goreng dia memang wonderful bak kata Bimbi....makanan-makanan lain tu hampa rasa la sendiri kena ngan tekak hampa ka dak. And please jangan tanya aku lagi HALAL ka dak tau..sebab aku dah mentioned awai-awai tadi kedai ni HALAL ya. Hampa was-was hampa punya pasaiiiii...hahahha

Cari alamat kat internet tak jumpa pulak. So aku petua ja lah ya. Hampa cari KFC Auto City, BBQ Chicken ni setentang ja dengan KFC and sebelah ja dengan Old Town White Coffee Auto City. 

Oklah...chowwww







Salam....

Sory 2 3 hari ni aku akan review psai kedai makan ja kt penang ni...kedai makan hat sempoi mempoi ja utk hampa...

Okey...Restoran Ikan Bakar Din ni terletak kat area Kepala Batas Penang..bukan kat island naa...kat mainland ok...hampa ON WAZE ja kompem jumpa punya...tapi aku ngan laki aku panggail kedai harimau menangis ja...

Selalu kadang2 cakap...ehhh b sedap kalau makan kat harimau menangis kan...
Haah betol la b...tapi xleh selalu2...nanti poket aku yang menangis--> balas laki aku...

Okey....

Makanan dia of coz yang paling femes tak lain tak bukan CRY TIGER or HARIMAU MENANGIS...tak ka harimau menangis tu apa noks?
Kalau tak tau cuba p tanya mak hampa apadia tu....harimau menangis tu salah satu part dalam daging lembu yg tersangat la sempoi rasa dia..daging lembut..ada lemak2 skit...bukan kata harimau ja nangis...aku pun nangis sekali wei...sebab kolestrol tinggi...mampoih nak kena work out balik lepaih tu...



Ini la dia part harimau menangis tu....
Aku dapat cekau banyak....sebab hari tu awaiw lagi aku dah ckp kat Amir..kita p harimau menangis dulu baru p amik barang....sebab ni kira hot item la wei...p ataih kui 12 ja licinnnnn....ni kira selamat la kami p time tu tak ramai lagi...
Laki aku pun cekap...sampai2 dia terus arahkan mak jemah ni p cekau harimau nangis....




Ni pulak lidah bakaq...
Erkkkkk...xmakan eh???
Geli ehhh???
Ehh pedulik la aku yang makan engkau yg geli apa kes???ehhhh....
Sedap ni woiiiii....lagi2 kalau org siam suka wat lidah masak merah...mcm daging masak merah siam version tu..mama selalu jugak wat lidah masak merah or lidah masak asam kalau dapat beli lidah ni...

Kan aku da ckap...aku ni mmg makan makanan esotik dik non....tapi tak sampai la makan ulat sagu tu....euhhhhh....itu memang GELI!!!!



Takdak dalam gambaq..kari ikan untuk Adriana dengan sotong bakaq....petai rebuih dan sambai belacan+tempoyak(aku xdan nak tangkap gambaq sebab laki aku dah start pederaih gear 3 dah..satgi habih harimau menangis..aku yang menangis plak satg(

Harga????
Apa yang aku boleh kata...sediakan duit berlebihan..sebab harga dia memang boleh tahan la....satu sebab memang sedap...pastu lauk2 dia pun memang kalau ikan tu stock boleh makan 2 3 orang...so memang kalau tengok harga ikan terubuk ka keli bakaq ka...memang nak pitam tengok harga dia...tapi bila tengok ikan dia depan mata...hampa akan cakap...ok no wonder the price tu agak mahai...

Apa pun...kedai ni memang terbaik la...
Cuma p kena poket penuh la...balik tu poket macam bocoq skit la....
Tapi xpa...bukan selalu pun kan....

posted from Bloggeroid

Salam korang....

Tempat ni aku discover dalam group fb Tempat makan menarik kat penang.....

Fuhhhhh....
Ternyata....
Tempat ni bagi aku memang menarik....


Ni kat kaunter dia...so korang kena order kat kaunter apa yang korang nak makan...



Ni pulak anak aku...yang selamba badak nya..naik panjat meja kat tempat ni...maybe dia rasa macam makan kt rumah kot....tengok hiasan pun macam ala2 rumah mak tok dia kot....



Interior...mana la dia dapat pintu kayu tu...cekau mana bang???


Aku kalau jmpa tv ni..aku nak simpan jugak..wat perhiasan...cool weh



Ni part lain dalam restoran ni...mak jemah is suka dengan konsep cool tempat ni...thumbs up kat owner nya..



Eh kerusi pun lawaaa....purple gitewww...tunggu lewww kerusi pink kitewww pulekkk sampeiiii



Lagi gambar dalam kedai ni...yang wat aku suka...

Ok ....

Here comes part makanan...

As usual....



Mushroom soup for Adriana...tapi macam aku ja yg baham lebih....prepared from scratch i can tell ya...not from the tin one...i can sense the shitake hint in the soup...kamon...lidah aku memang alert dengan mushroom ni since i'm mushroom lover...
Oh en shuben order milk...ada add one vanilla syrup..memang best la kan...kejap ja dah habih..kena order air lain pulak..
Aku amik homemade lemonade jer...
Mushroom soup price: RM8.90 or RM9.99(tak ingat dah)
Homemade lemonade price: RM4.90
Milk price : RM4.90 OR RM5.90(Tak ingat dah)


Ni shuben kita punya...dia amik chicken grilled ja...nicely seasoned and grilled..ayam pun x over cooked/grilled and tak keras...still got moist2 giteww
Price RM15.90

Jangan terkejut tengok aku punya tauuuu....



Aku order double grilled lagi haaa...ayam dengam lamb kot ataih..period kot time ni..makan macam pelahap gila...hormon2...hilang jom kuruih aku...tapi calori intake aku masih terkawal hari tu...
Pun sedap yang niiii
Price RM21.90



Chicken wings ni dah kena pelahap ngan laki aku da 2 ketoi baru aku ingat nak tangkap gambaq....lupa betoi la aku...nasib la dia tinggai kat aku skit...
Ni pun sedap...sbb nicely seasoned and grilled...
Price RM8.90

Bagi aku makanan2 dia sedap la...tempat pun macam relax n cool ja...sangat santai kot....ni pun makan duk ataih sofa...kat rumah pun makan duk ataih kerusi meja makan yang tak berapa nak empuk macam ni....

Thumbs up to the owner....masa aku p makan ni..owner tengah duk babysit sorg baby ni..sbb parents baby ni duk candle light dinner...agak2 kalau aku bagi dia handle Adriana ni boleh dak???
Feeling2 nak candle lite dinner jugak lah...

Apa pun next time aku nak try spaghetthi carbonara dia...nampak hat lalu depan idung aku hari tu macam sedappp ja....harap2 la laki aku baca post aku niiiii.....

Oh ya lokasi dia....dekat Bandar Perda...selang beberapa lot dari Kapitan...sederet la dengan TM semua tu...boleh pakat p serbu naaa lepas ni....

**oh ya..makanan inj berbayar ya...bukan disponsor pun tau...so review ni adalah seikhlas hati nurani aku ni...okey babai

posted from Bloggeroid

Assalamualaikum 

Macam lama ja dah tak update blog kan... Rasa mcm lemau gak lately ni. Ya lah.. Macam2 jadi.. Bukak fb rasa sesak nafas baca Macam2 jenis cerita. Laki kerat bini n ank lapan la.. Arghhhh what kind of world we leavin in? Sesak nafas bila pikiaq balik. And aku rasa aku macam kena panick attack bila pikiaq Menda2 macam ni. Pffffttt. 

One of the reason I try to avoid media social is because of that kind of stories. Sesak nafas dibuatnya. But hey... I think I need to calm a lil bit kot. Intead of baca that kind of story... I better found something else la kan...baik cari port makan best2 lagi syiok and tak sakit kepala and sesak nafas kan. 

Being a foodie(tengok badan la kan), I was told by my fellow blogger friend, Kak Sha (here to read her blog) that we have been invited to review at this cafe called Barastar which located at Perda. 

Alhamdulillah we managed to go there walaupun hari tu hujan agak lebat ya. Paham2 la bila kena angkut anak2 ni, cuaca memainkan peranan penting ya. 

The place is nice. Aku suka dengan susun atur kedai ni. Decor also nice. 


Outside the cafe. Ada two space. 1 open space. 1 lagi dekat dalam kedai with air conditioning 


At the counter. 


Ni yang kat dalam. Ada air conditioning tu. 



Nicely decorated. 


Siap ada surau. Good


Ada ni senang la sapa nak buat class Luxor   ka Shaklee ka apa ka.. Ehhh

 

Nak celebrate bday ka


Nak acah bersanding lagi sekali ka. Semua boleh. 

Oh ya bagi hampa yang nak sewa tempat pun boleh ja sewa sini kalau nak buat small event contoh nak buat small class/event ka. Untuk pengetahuan hampa, tempat ni boleh menempatkan sebanyak 80 orang tanpa Meja. Dan 40 orang with Meja. 


Dah jom kita tengok makanan2 yang ada dekat sini pulak k. 


Spaghetti chicken blognese 


Ini yang set... Fuhhhh



Spaghetti tomyam. Sedap yg ni


Burger. Nuummy2


Mushroom soup 


Fettuccine creamy chicken 


Adglio olio chicken


Chicken chop


Lamb chop


Rice chicken chop


Minute steak 


Hot latte


Caramel machiato


Boba pun ado


Tudiaaa


Haaa penuhhhh 3 meja😂


Tudiaaa jenuh makan kan... 

Hampa kalau nak pi makan Western.. Boleh la Cuba dekat Barastar Cafe ni. 

Barastar Cafe
No 32, Lorong Perda Utama 7,
Bandar Perda,
Bukit Mertajam, Penang
(lorong Petronas Bandar Perda)
Waktu operasi setiap hari
4.00pm - 1.00am
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS