Kerajinan

in , by Alia Farhan, 11:57 AM
Kerajinan aku lately ni terarah ke deko2 rumah..almaklum lah nak raya kan! Update blog ke laut paling dalam sangat-sangat. But In Sha Allah i will try to settle my Travelog Perth & WA secepat mungkin.

Harap-harap la aku tak baloq weiii.


In Sha Allah... I will share my memories here. 



Deko Raya dan Persiapan Raya

in , by Alia Farhan, 1:22 AM
Hai...sedar tak sedar sat ja da berapa hari kita posa kan...sat ja..tengok-tengok tinggai 5 hari lagi ja nak raya pulak. Tapiiii hampa da deko ka rumah hampa untuk raya nanti?

Kami preparation raya kami macam biasa ja. Takdak la wow sangat pun. Part baju anak-anak and mak da setel. Suami pula macam biasa tak buat-buat Baju Melayu da masuk 2 tahun sebab dia kata baju melayu raya yang lepas-lepas tu boleh pakai lagi kan. Ya lah, hari Jumaat, semayang jumaat pun pakai baju biasa ja sayang aku tu. Mana hado nak berbaju melayu bagaikan.

Macam aku da jumpa satu port baik utk shopping baju-baju untuk orang cun macam aku ni. So dari tahun lepas lagi aku beli baju raya yang konsep dia hari biasa pun aku boleh pakai2. Baju boleh pakai buat blouse pakai dengan jeans..kain boleh pakai dengan blouse2 lain untuk casual look bila keluar weekend. Memang aku pakai sampai lebam la kan. Sebab tu, tahun ni konsep aku pun sama. Beli baju and kain ala-ala macam tu gak. Tak baik membaziaq...nnt jadi setan!


Berbalik kepada cerita deko, aku takdak la spend gila-gila sangat untuk deko raya ni. Beli sikit-sikit every month gitu ha. Duit hasil blogging dengan hasil jual perabot Scandi Scandu kat ig : scandi_scandu tu la aku kumpul skit-skit untuk beli deco bagai.

Jom la cuci mata dulu deko-deko aku. Actually bukan deko raya sangat pun, more to everyday look deko ja pun konsepnya. Cuma tambah-tambah skit ja.


Wall of fame. Nanti tengah tunggu barang baik nak sampai.


Purposedly bought that rack in red! 


My all time fav spot!


Scandi ladder ni selain dari hiasan..guna untuk sidai kain semayang cap laki bini.




Gmabaq itin n frame tu hadiah masa kawen recetion belah laki den.


Haaa kat sini tengah tunggu cermin sampai!


Frame ni beli kt Mr Diy jek


Rack ni tengah kacau bilau lani. Nanti kumpul sikit kekuatan untuk susun balik


Haaa laki den buat kitchen cabinet sampai ke atap nu haaa


Orang Penang ada nak renovate rumah meh la roger laki den haa.




Yang nak membeli DSW chair ni dengan murah meh la membeli dekat Scandi_scandu naaa.

Hampa punya rumah macam mana?

Hai quick update...
Just nak share another DIY project untuk deco2 Hari Raya ni.
Simple+ cheap = stylish kebabom!

What you need?


Frame...any frame will do. Saja pilih yg ni sebab nak nampak classic n mewah tu!
RM3+ je kat Mr Diy..maybe boleh dpt murah lagi kat tempat lain.


Also bought this at Mr Diy..dalam RM3.50+ .


Taraa...siap dah...
Nanti nak beli lagi frame...
Nak buat background hitam plak!

See...sapa kata nak deco rumah kena beli mahal-mahal and kena keluaq bajet tinggi. Sebenarnya boleh ja nak DIY banyak menda untuk deco-deco rumah ni. Bukan setakat recycle, kita boleh gak upcycle sesuatu menda tu bagi nampak menarik and more valuable.





Holaaaa hampa. Untuk segment beauty kali ni kami nak share 1 produk terbaru dari sifu make up kami Ferra Rossa.

Untuk pengetahuan hampa , eyeshadow Ferra Rossa ni dibuat di Korea tau and very pigmented! Sekali swatch ja dah melekat helok.


Nama pun da sedap!



Tengok color swatch dia punya la lawa noks


Me wearing eclair n sorbet code! Serious i'm in love with this eyeshadows!


Aishah, look at the camera plis dear!

Well, untuk details:

Price : RM45/each color

Whatsapp : 0133363775






Althea Raya Goodies

in , by Alia Farhan, 2:42 AM
Assalamualaikum...hai hampa semuaaa...
So amcam posa hampa? Stil survive? Me stil survive with a baby koala attach to me 24 hrs to suck up my milk😂😂😂

So, how's the raya preparation so far? Kami baju, Alhamdulillah dah beli dah. Kasut pakai ja yang mana jarang pakai tu kan. Handbag pun sama la juga. Persiapan pun more to anak-anak la kan.

TAPI....nak Raya penampilan harus kena jaga ye dak? Apalah guna baju raya vogue da vassss tapi muka pucat lesi atau sememeh di pagi raya.

Kalau hampa suka dengan look ala-ala Korean actress hampa jangan lupa pi shopping cosmetic n skin care Raya dekat Althea tau.


My two favourite Korean actress. Raya ni buat look ala-ala ni kot.


Untuk pengetahuan hampa, sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri ni Althea menawarkan Goodies Raya untuk kita semua. Walaweh.


One gift per customer! Hampa takmau kaaa???


Tak cukup dengan tu, setiap pembelian dengan Althea akan dapat box istimewa bersempena Syawal yang akan datang.


Cantik ja box nya. My favourite color!

Haaa hampa tunggu apa lagi, cepat jom cargass pi shopping kat Althea.

Jangan lupa click --> Althea



Resipi : Kai Phad Phed

by Alia Farhan, 2:10 AM
Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pffftttt...

Memberontak hati ni bila lepas menyusu nak upload resipi tau. Lagi pulak masa nk edit gambar nampak habis makanan kt hotel-hotel hari tu. Ini lah dogaaaannnn....

So marilah update resipi laju-laju supaya tak la kebuloq sangat nanti😂😂😂😂😂


Sedap, ringkas dan mudah!

Bahan-bahan:

*Ayam ( aku guna bahagian dada dua keping, potong-potong macam biasa)
Nak guna bahagian lain pun boleh, terpulang cuma aku kat rumah ni bahagian dada kalau masak-masak seketul-seketul tu tak berapa nak jalan. Kalau potong-potong gini baru jalan skit.
* bawang besar -1 biji
* cabai besar -2 biji (aku guna yang warna merah)
* cabai melaka -5 biji ( nak pedas letak lagi..aku kesian kat laki aku kalau pedas-pedas ni..satgi ada yang peluh habis kepala menahan pedas)
* lengkuas sebesar ibu jari
*daun limau purut
* kacang hijau / buncis
* bawang holand (potong bulat..ni untuk hiasan hujung-hujung nanti)
* minyak untuk menumis
* cuka
* sos tiram
* garam
* ajinomoto
* gula

Cara-cara:

1. Blendkan bawang besar, cabai besaq, cabai melaka dan lengkuas.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di blend tadi.
3. Masukkan ayam, sedikit cuka dan sos tiram.
4. Agak nampak ayam dah masak, boleh masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
5. Lepas tu masukkan kacang , daun limau purut and bawang hollad. Kacau-kacau then siap dah.

Apa lagi...boleh la ngap lepas tu dengan nasi panas-panas. Fuhhhhh sedap wei!

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS