Hai korang. Sehat tak tu? How's ur day?

Kali ni kami nak cerita sikit pasal event yang kami attend hari tu kat Gurney Plaza bersama team Projek Blogger Utara yang lain. Untuk pengetahuan hampa kami pi ke event Meet & Greet with Fazura di Neffos X1 Nationwide Roadshow yang bertempat di Gurney Plaza.



As usual la kan, bila dijemput untuk attend event pastu ada pelakon kegemaran kami Miss Fabulous Fazura ni of course la kami excited kan.

Untuk pengetahuan tujuan Roadshow Neffos ni adalah untuk memperkenalkan duta barunya iaitu Miss Fabulous kita Si Fazura yang manis ni. Bertepatan dengan tagline "Close To You" , road show ni turut memperkenalkan dua model telefon pintar dari Neffos iaitu Neffos X1 dan Neffos X1 Max.




Kalau dah nama nya Fazura kalau tak segak tak sah kot kannnn.


Sesi fotografi dan bergambar bersama-sama fans yang bertuah. Kami of course la bertuah sebab siap dapat tshirt sama ngn Faz lagi haa.



Alahai cantik nya si Fazura ni macam bidadari sangat oiii. Tengok kat tv lawa gila kan. Tengok real lagi rasa macam nak pegang2 ja muka dia nak tengok orang ka doll ni.


Bulatnya aku duk sebelah Faz ni. Serius Faz ni selim gila kot. Sempat la laga2 pipi tembun ni dengan Faz hari tu. Terharu mak.



Bersama team Projek Blogger Utara pada hari tu. Semua muka puas hati dapat bergambar dengan Fazura gitu haa.


Sedikit info berkenaan telefon pintar / smart phone Neffos ni.


Telefon terbaru Neffos, X1 dan X1 Max yang masing-masing bersaiz 5.0 inci dan 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 yang menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.
Kedua-duanya membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan seperti bekerja, bermain game, melayari laman web dan bersosial.


X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.
Nefos X1 dan X1 Max diperkenalkan awal tahun ini dengan Neffos X1 berharga RM769 untuk RAM 2GB dan storan 16GB manakala versi RAM 3GB serta storan 32GB pula berharga RM849.
X1 Max pula diperkenalkan dengan harga RM999 bagi RAM 3GB dan storan 32GB manakala versi RAM 4GB serta storan 64GB pula berharga RM1,199.


Neffos X1 juga dilengkapi dengan 13MP kamera yang dikuasakan oleh Sony IMX258 sensor untuk imej yang berkualiti.


Untuk keterangan lanjut boleh layari : 
Facebook Rasmi Neffos: https://www.facebook.com/neffos.my/
Salam

Hai korang lama nya kami tak bersiaran....busy dengan anak-anak. Masih dalam fasa meyesuaikan diri lagi ni jinggling with housecores, dealing with my both kiddos and my business.

Tapi seperti biasa lah, walau sibuk macam mana pun alia dan make up tak dapat dipisahkan gitu.

Actually memang da lama juga teringin la kan nak pakai foundation lain. Ya lah, selaku VIP Rosetyara ni kan sejak2 ber RT ni asyik tak leh tinggal ja RT. Nars pun kami dah lupa kami letak manaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi disebabkan irresistable Physician Formula punya packaging membuatkan hatiku meronta-ronta. Oh Tuhan! Ni la orang kata jatuh cinta pandang pertama.


Who can ressist this cute packaging by Physician Formula? Aku tertewasss sudaaahh. I'm addicted to bow ok!


Siap dapat free brush lagi ok.

Nak tengok tak hasil make up guna Physician Formula Nude Wear Foundation ni?


I kinda like this Physician Formula Nude Wear Liquid Foundation sebab bila make up muka pun nampak glowing ja.


Yang ni pun pakai this Physician Formula Nude Wear Liquid Foundation juga. Serius best foundation ni sebab rasa dia weightless sangat. Macam tak pakai foundation pun ada gak. And coverage dia pun not bad. 

Not bad for a drug store brand ok the quality itself. I dont expect much actually because I know tak semua foundation sesuai dengan kulit kita. But this one is a good one! I like how my skin glow after wearing it. Walaupun NUDE, but still my face glowing2 gitu haa.

Next time, I plan to get their blusher, highlighter and eye shadow plak. Dah la packaging cute, gila kejap masa duk usha-usha tu. 

Korang kalau nak beli Physician Formula boleh walk in ke Watson. Tapi kalau tak silap selected Watson ja yang ada Physician Formula ni. 


Product :

Physician Formula Touch of Glow Nude Wear Liquid Foundation

Price :

RM81.55
*bought 30% off

Coverage:

Medium to full coverage

Rating:

4.5🌟

Till then , stay tune for the next review. 
😘😘😘


Quick update nak share dengan hampa semua. Biasala mood nk blogging tu tak berapa nak mai lagi2 kalut dengan Kak Nena n Chachah ni.

As usual la siakap ni jatuh kategori ikan favourite dah. Kalau pi Mydin tu kalau sekoq dia jual nett rm8 ti memang hangkut la 2 3 ekor habuan nak msak kat runah ni. Selalu akan request potong gulai and belah dua ja.

So kali ni meh nak share resipi siakap sambal kicap pedas ala thai. Senang ja kijaan dia. As usual la bila ala thai ni banyak main dengan masam n manis kan. So japgi kami kongsi resipi naa.



Bahan-bahan:

* ikan siakap goreng
* ibu sambal
* kicap
* 3 biji bawang merah, 7 cloves garlic ,  7 bijicabai melaka ( chopped halus guna Tefal manual chopper ja)
* cuka
* gula
* garam
* Meggi cukup rasa
* daun bawang
* daun ketumbar

Cara-cara:

1. Ikan siakap digoreng terlebih dahulu.
2. Lepas goreng ikan siakap as usual, keluarkan minyak goreng yang banyak tu and tinggalkan sikit habuan nak menumiskan.
3. Then tumiskan bawang merah, garlic dan cabai melaka yang da dichopped tadi. Sikit ja ya. Jangan guna semua.
4. Then masukkan ibu sambal. Kacau- kacau and masukkan kicap and cuka. Lepas tu, masukkan air skit.
5. Lepas tu masukkan lebihan menda-menda alah yang da di chopped tadi.
6. Perasakan dengan garam, cukup rasa dan gula.
7. Masukkan siakap yang da digoreng tadi and gaul-gaul bagi masuk and serasi sikit kuah dengan ikan.
8. Last sekali sebelum tutup api, masukkan daun bawang.
9. Hidangkan ikan and then tabur ja daun ketumbar tu ya.

Da siap. Makan ni dengan nasi panas-panas gu pulak dengan tomyam. Perghhh meleleh wei.

Pendek kata selamat mencuba noh.


Lately ni kalau peminat Scandinavian / Nordic homestyle mesti tengah IN kan indoor plant. Yang tengah menaip pun sama gak. Dah menghijau dah kat dalam rumah ni. Best woo.

Jom kita check indoor plant apa yang korang boleh adopt untuk letak dalam rumah korang.


Pokok sirih gading atau dalam bahasa omputihnya Money Plant / Devils Ivy ni antara indoor plant yang famous dan mudah sangat2 dijaga. Dikatakan mampu menyerap gas formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya yang lain.


Pokok Lidah Mentua, walaupun nama menyeramkan tapi pokok ni sangat bagus untuk meneutralkan udara dari gas-gas yang toksik.


Aloevera atau lidah buaya. Selain senang dijaga, batangnya boleh digunakan untuk mengubati kulit bermasalah dan boleh dimakan. Dahla boleh makan, mampu menyerap gas-gas beracun pulak tu. 


Pokok dracaena (sandrieana dan marginata) manpu menjadi penapis udara berkuap.  Bagi korang yang tak berpeluang buka tingkap dengan kerap boleh la bela pokok ni ya. 


Monstera Deliociosa antara kegilaan penggemar hiasa Scandinavian termasuklah aku. Mampu menyerap formaldehyde yang berbahaya kepada kesihatan manusia.


Pakis Boston ni bagus sebab membersihkan, menyegarkan dan melembabkan persekitaran. Sesuai la letak dalam bilik yang ber air cond supaya kulit tak kering.


Spider Plant

Kelebihan Spider Plant ni adalah mempunyai daya serapan racun-racun yang tinggi. Dalam masa dua hari, Spider Plant ni dapat menyerap up to 90%. Fuyooohhh. 

Kalau korang nak tau, kawasan rumah aku ni antara Red Zone denggi tau so memang la sangat-sangat risau. Almost every week bulan lepas ada semburan. Tapi kan, bila aku letak banyak indoor plant dalam rumah aku kan, aku takda la rasa suffocated sangat dengan bau asap semburan tu. Kalau tak ka, bukan nyamuk ja boleh pengsan haa..aku ni pun boleh pengsan. Tapi ok la, memang cepar gila indoor plants yang aku sayang ni menyerap bau-bauan yang kurang enak ni kan.

Korang kalau busy bekerja, boleh try bela yang paling senang macam Money Plant tu. Boleh letak juga dekat meja keja korang. So bila stress tu nampak hijau2 boleh la release skit kan. Ye dok?




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS