Haaa tu diaaa... Mai mood rajin nak blogging... Semua dia nak tapau... Alahhhh kasik la chance sat kannn... Time ni la nak rajin kan... Sambil2 dengaq lagu Backstreet Boys.. Solat Zohoq dah.. Tunggu satgi nak pi hantaq mengaji plak.. Sambil2 duk golek kita blogging la...

OK la nak cerita skit pasai bayam Brazil ni. Kalau hampa nak tau kat group fb yang kebun2 ni.. Ni antara pokok yang tengah fames la 2 3 tahun ni.. Satu sebab senang nak bela.. Lepas tu banyak khasiat dia pulak tu...



Jom tengok khasiat bayam Brazil ni:


  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Selain dari banyak khasiat... Bayam Brazil ni jugak sedap di akan mentah atau buat masak. Kalau Tanya aku yang rajin masak ni. Aku prefer buat ulam or salad ja. Sedap sebab crunchy and tak berlendiaq. Aku ni tak suka sayoq yang berlendiaq ni. Prefer yang crunchy lagi. 



Antara salad Brazil yang aku buat. Paling sennag letak teloq rebuih.. Lepas tu bubuh kewpie dressing yang sesame tu.. Sedapppp


Haaa yang ni pulak campoq dengan daging salai... Crab stick.. N teloq rebuih.. Sedap gilos ok


Hat ni buat ulam ja. Sedap sebab crunchy!

Cara Tanam pun senang ja... Contoh macam aku yang suka buat ulam ni.. Lepas makan tu.. Jangan la pi buang batang dia. Hampa simpan la skit daun2 yang kecik tu... Lepas tu pi ja cucuk kat tanah... In Sha Allah kalau cucuk 5 batang.. Maybe 3 4 batang akan hidup yang lagi 1 2 tu kiok... Tu biasa la.. Tapi pokok dia... Memang senang la nak hidup cerita dia. 


Bayangkan aku beli dekat nursery aku bias api satu pasu ni ja... Dalam RM5 macam tu... Balik gunting2 amik daun.. Batang aku cucuk2 dekat pulak kat pasu lain... 
Sekarang ni tengok ada banyak mana.. 
FYI aku baru beli 2 minggu lepas ja.. Sebab pokok aku yang before2 ni mati sebab ada satu time tu pnas sangat and aku tak cara sangat ke pokok2 aku tum


Ni Haa banyak tak.. 


Ni pulak yang baru cucuk hari ni lepas lunch tadi. Daun buat ulam. Batang cucuk balik. 

Senang kan.. Jimat duit belanja dapoq. Untuk orang yang tak suka masak sayoq macam aku n yang prefer makan ulam.. Aku suggest hampa bela la bayam Brazil ni sebab sennag gila nak hidup OK... Dengan lani weather so London ni.. Lagi la senang nak keluaq daun membuak2 dia tu... 

OK lahh.. Chowww









Assalamualaikum



Kali ni nak share pasal satu lagi tips penyimpanan daun kesum & daun Pudina supaya kekal Segar dan fresh.


Kutip sayuran di balcony. Yang daun bayam Brazil tu dah selamat buat lauk dah. Yang dua lagi tu banyak sangat so kita simpan yek. 


Tips aku sennag ja... Korang bersihkan Elok2 dan masukkan dalam plastic and then terus belikan dekat kawasan freeser tu. Dengan cara ni daun2 tu akan kekal Segar. Bila nak Guna keluarkan terus boleh guna sama ada dalam Masakan or minuman (mint).


Jangan lupa labelkan. And lagi satu buat siap2 untuk sekali Guna ya. And plastic ni reusable Guna la selagi boleh guna. Bukannya kotoq pun kan dalam dia. 


Simpan dalam freeser. 


Ni lepas dibekukan and nak Guna untuk letak dalam ayaq Teh o. 


Fresh sama sbijik macam baru lepas petik. 


Yang daun kesum dah selamat buat asam pedas kot. Ada lagi dua plastic. 

Sennag bila simpan macam ni.. Xdak la isi daun2 tu cepat rosak ka. Nak makan or masak pun senang ja bahan-bahan dah ada. Tak perlu nak mnggelabah nak kena pi kedai beli bahan macam ni kan.

Teringat dulu masa amik Bioprocess fyp aku kena freeze dry kan beatle leave extract aku guna freeze dryer. Seronok bila buat tu from zero, cari daun2 sireh dekat rumah2 orang kampung kat Naning tu. Lepas tu balik cuci... Blend daun2 tu.. Then extract pulak... Dah lepas extract, freeze dry kan pulak.. Lepas tu dapat sireh powder tu kapsul kan pulak. Gila buat kena cermat gila sebab sireh powder tu kalau exposed dengan air akan cepat keras. Pengalaman btul.

Sebab tu la aku menyampah betul dengan pesen2 orang suka kondem orang frozen kan food diorang ka apa ka. Memang tak pernah dengaq ehh pasal frozen technology. Memekak ja cakap laki saya tak lalu frozen food la apa. Kakak oiii.. Lauk frozen ni penting time ko malas masak. Xpayah la hari ni masak.. Lepas tu ko frozen kan.. Esok jugak ko makan... Cuba makan seminggu lagi.. Panas kan.. Laki ko pun x sedaq tu lauk frozen. Kecohhhh macam la makan nugget tu bukan Sejenis frozen food. Kahkah

OK terkutuk sat.... OK lahhh.. Baiiiii








Assalamualaikum

Lama gila x update blog.. Dah smnggu blog ni krik2... Hahahha... Minggu lepas giat sangat kan.. Minggu ni kurang produktif almaklum lahhh.. Hati ni asyik nak pi bercuti ja... Hakhaktuihhh...

Dalam serabut2 minggu ni bermula sebab low blood pressure hari tu.. Maka start dari situ la serabut makin mnjadi. Biasa lah.. Once kerja rutin hang terganggu sebab sakit.. Maka akan ada delay dekat routines work so sebab tu la aku lemau d whole weeks.

Tapi minggu ni rekod la tengah hari masa puasa hari Isnin tu ja yang aku beli. Yang lain masih masak. Konon rajin la. Sebenarnya seronok plak beli barang masak dekat kedai Aceh tu Guna syiling sebab nak perabih duit syiling.

So this week memang plan nak beli ayam sebab nak buat steam chicken ni. Alang2 da buat steam chicken kan buat la nasi ayam sekali. Dah jadi nasi ayam hainan gitohhhh...

Bahan-bahan and cara pun senang ja nak buat dia. Jom la tengok bahan-bahan and cara-cara nak buat steam chicken ni naa.

Bahan-bahan:

Ayam yang da dipotong2(aku request Aceh tu potong kecil sebab senang tak payah dah aku nak potong2 lagi nanti)
Kicap cair
Minyak bijan* wajib
Kiub ayam separuh
1 sudu Gula
Halia dipotong2
Bawang putih (aku ketuk2 n cincang2 skit)
Daun bawang
Daun ketumbar

Cara-cara:

1.  Masukkan ke semua bahan bersama ayam. Kiub ayam tu hancurkan dan tabur kat dalam bekas yang ada ayam tu. Jangan tambah air ya. Sebab nanti ayam tu akan keluar air dia sendiri OK.


Gail semua bahan dalam ni. 

2. Masukkan dalam bekas untuk kukus. Aku guna bekas stainless Steel dari peyuk doraemon yang lama untuk kukus dalam periuk Midea aku yang 0.6L (periuk travel aku)


Ni bekas stainless Steel tu. Elakkan kukus guna plstik ya. Its not good for ur health.. Even claim selamat pun better not. 


3. Dalam rice cooker masukkan air panas. Then masukkan bekas yang berisi ayam tadi. Sedia untuk dikukus.


Start kukus jangan lupa tekan COOK tu pulak kalau tak memang sampai Abang Kamil mampos pun ayam korang tak steam lagi... 

4. Dalam 10-15minit boleh tengok ayam korang dah masak ka belum. Jangan overcooked ya nanti ayam akan keras dan tak sedap. Bila ayam semua da masak. Angkat ayam shaja and terus masukkan dalam air sejuk. Ni nak stop ayam tu dari overcook and keras.. So that ayam tu more juicy n tender. 


Mana aku tau kena rendam air sejuk/ais ni? Tengok AFC la.. Sebab tu kena tgk Menda2 ber faedah.. Dari duk melayan KRT ja kat FB tu.. Kahkah

5. Lepas ayam tu dah bermandi air sejuk.. Angkat and toskan... Dah kering sedia untuk plating lepas tu korang letak la dekat pinggan lawa2. Then amik skit kuah yang dari pati air yang kita steam tadi curah skit atas ayam. Jangan lupa curah kan juga minyak bijan dekat atas ayam2 tadi. 


OK nampak tak juicy dia macam mana... 
Buat ratah pun sedap gilossss. 

6. Dengan pati ayam tadi korang boleh buat sup and buat nasi ayam ya. Cuma kena tambah air la. Rasa dia pekat and padu. Buat nasi ayam boleh tengok SINI ya. Sama la dengan sos dia.. Boleh tengok SINI jugak. 


Wangi nasi ni. 


Cuma untuk kali ni aku tak buat sos yang biasa aku buat yang kick tu. Korang boleh refer dekat link yang aku bagi dekat atas tu ya. Kali ni aku guna ja sos dari AYAMAS. sedap jugak. Nak rajin buat la kicap apa bagai tu. Aku malas.. So aku tak buat. Buat yang simple gila ja. 


Da siap. Nasi ayam simple2 ja. Simple yet delicious 😋😋😋


Assalamualaikum

Cuti sekolah tak lama lagi kan... Sat ja dah nak hujung tahun. Sedaq tak sedaq dah nak masuk 2020. Tapi tak nampak lagi kereta terbang.. Hahahhaha. OK lawak hambar😜

Ada yang plan nak mai berjalan2 kat Penang dak? Kalau ada... Mai nak habaq kat hampa... Vouk Hotel and Suites Penang ada buat Seafood semi Buffet sempoi punya.
Sebab apa aku kata sempoi... Sebabnya... Hampa boleh pilih makan segala jenis seafood dengan harga yang berpatutan macam ala2 dekat Seagate atau Umbai kalau dekat Melaka.


Kali ni kita mai review tang ni pulak ya anak2. 


Hampa kalau nak makan seafood hat bakaq  ka tiga rasa ka sotong celup tepung ka elok la mai makan tang ni.. Sebab apa... Sebabnya lani kan musim hujan.. Mau makan kat luaq.. Elok duk makan hujan mai basah lencun...
Ni makan dekat dalam restaurant dekat dalam hotel elok ja.. Hujan mai pun hampa tak perasan... Tu belum cerita lagi kalau mai time panaih... Angin xdak... Memang xboleh bawak berbincang cerita dia dengan ketibas bagai kan...onz ka tak onzz uolls?


Bertempat di C'est Si Bon. 

Jom kita tengok apa ada dekat Semi Buffet Chu Char Ikan  di Vouk Hotel & Suites ni. 


Ini paling favourite OK! 


Fuhhh murahhhh kot rega seafood dia ni


Sotong tu nampak sangat2 fresh OK. 


Udang laut ni beli dekat Sungai Batu pun size takleh pilih tu pun Sekilo RM60.. aku pernah makan mee udang..yang udang timbang tu RM90/KG kot.. Tu be berapa tahun lepas.. Lani xtau la berapa kan. 


Ikan2 pun fresh OK.. Sebab depa Dapat stock direct dari melayan dekat Teluk Bahang. So all guaranteed fresh OK! 


Ni antara list seafood yang ada la. 


Hampa boleh pilih nak masak apa OK... 


Ni kalau nak sayoq.. Ada jugak list sayoq n Masakan yang ada untuk sayoq tu. 

Untuk bahagia ni hampa boleh makan sampai lebam sebab yang ni la section semi Buffet tu... 


Salad section



Aku suka gila yang cucumbers pickles dia tu. Sedapppp


Seafood Tomyam


Pencuci mulut dia. 



Malaih nak cakap banyak.. Jom tengok kami makan apa malam tu... 


Jeng Jeng Jeng jenggg.. Sedap nyaaa


Hoiii hat ni wajibbbbb cubaaa... Ketam nipah salted egg dia power. 


Siakap lemon grass.. I like dis one.. Sedap Masakan dia. 


Sotong goreng tepung. Sedap! 
Tak puas makan ok


Udang Kong po style


Lala kam heong



Kerang bakar


Ikan pari bakar


Last but not least kailan ikan masin. 


Set Menu
*APPERTIZER,SOUP,RICE & DESSERT FREE EAT ALL YOU CAN*

Set For 2 – 4 Person
RM 88.00
Sea Bass Fish 
Sayur Campur
Telur Dadar
Sotong Goreng Tepung

Set For 6 – 8 Person
RM 118.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Sayur Buncis Goreng Taukua
Telur Mata Siam
Sotong Goreng tepung

Set For 10 – 12 Person
RM 158.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Lala with Kam Heong
Sayur Kai Lan Ikan  Masin
Telur Bistik
Sotong Goreng Tepung

So basically contohnya macam aku.. Kalau nak pi makan 4 beranak.. Of course la amik yang set for 2-4 tu kan. Let say nak tambah sotong goreng tepung ka.. Ketam salted egg ka... So kami kena la bayar tambah untuk item2 yang kami tambah ni. 

Bagi aku memang berbaloi sangat2 la sebab makan dalam hotel plak tu kan. Tak gaduh nak pikiaq hujan ka tengah2 makan.. Panas ka sampai ketibas... Pastu nyamuk ketit ka apa ka.. Takyah nak risau.. Boleh makan dengan tenang lagi Haa. 



Hampa kalau nak pi makan kat sini boleh la ke :

VOUK Hotel Suites
57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Penang
Tel : 04-3708333


Untuk promotions lain:

Vouk turut menyediakan promosi berikut








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS