Ok la.. Mood kerajinan nak update blog kan.. So mari lah kita share skit resipi Ayam Pedas Cendawan Ala Thai ni...



Bahan-bahan dia pun mudah ja... Nak buat pun lagi la mudahhhh, senang, ringkas tapi sedapppp.  Tak caya? Meh aku share cara dia

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada. Nak guna bahagian lain ikut suka hampa. 
Cendawan(aku guna king oyster.. Nak guna cendawan apa pun ok ja) 
Cili paste/cili boh
Bawang besar yang ditumbuk bersama bawang putih. 
Bawang holland dipotong biasa
Bawang putih diketuk kasar
Daun selasih / thai basils
Cili flakes
Daun ketumbar
Garam
Serbuk perasa
Gula
Cuka
Minyak untuk menumis
Santan 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi. Goreng sat sampai naik bau. Masukkan cili paste 2 sudu, dan goreng sat sampai nampak garing skit cili paste dengan bawang yang ditumbuk tadi. 
2. Titiskan cuka skit. Masukkan ayam dan tambah air patut padan. 
3. Bila nampak air da kering skit, masukkan cendawan dan santan dan kacaulah macam biasa kan. Jangan lupa masukkan chili flakes. Tujuan aku masukkan chili flakes ni bagi ada feeling2 cili kasaq2 gitu haaa. 
4. Lepas tu masukkan bawang holland yang dipotong dan garlic yang diketuk kasar. And jangan lupa masukkan a lot of thai basils dalan tu..... 
5. Lepas tu dah boleh perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut suka tekak korang. Kalau nampak kering sangat.. Boleh la tambah air. Kalau nak tambah air.. Lebihkan masak memasak hampa. Kalau xnak tambah air, dah boleh la katup api. 
6. Dah siap ikut kepekatan preference hampa... Hamla boleh la angkat dan hidangkan dalam mangkuk. Jangan lupa taboq daun ketumbar ya. 

Dah siappppp... 
Sumpah sedap tak tipu punyaa. 

Ni sedikit pengetahuan pasai cendawan untuk hampa... Macam aku yang peminat cendawan ni.. Aku memang suka gila cendawan.. Wajib beli cendawan kalau nak reload barang dapoq. 

Pic credit to Google. 

Ni yan g aku guna untuk masak untuk kali ni... 

Pic credit to Google

Guna shimeiji mushroom ni pun sedap gak
. Ni buh dalam meggi pun haroi cing2. 

Pic credit to Google. 

Aku hari2 makan 🍄 🍄🍄🍄pun xpa..sebab memang fav kan. 

Kalau hampa nak tau mushroom ni banyak gila khasiat dia... 

Pic credit to Google. 

Ada ka orang yang tak suka makan 🍄 🍄 🍄 ni.. Sedap kot... 




Sebelum kena serang duk tanya halai ka dak.. Halai ka dak.. Halai ka dakkkkk...
Mai nak habaq... Sini halai ya... Da disahkan jakim... Boleh rujuk dekat website Sukiya... Depa pun ada mentioned depa punya ni certified HALAL ok!



So this place was accidentally discovered by us masa balik Jitra last weekend sebab mak aku n kakak aku balik sana. So before going back to Penang, we decided to go to Aman Sentral for Kaison... Sebab nak usha curtain for our new house.

Lepas ja pi Kaison and tengok apa yang patut. Kami pun melepak la dekat kedai boba tea ni.. PANTEA kalau xsilap nama dia... So dah lepas lepak situ tengah decide la nak dinner dekat mana kan... Mak aku macam nak makan Sushi King.. Tapi dalam masa yang sama kami pun baru ja makan  Sushi King and sama lah dengan mak aku.


Disebabkan kedai Sukiya ni sebelah ja kedai boba tea tu.. Dah banyak kali gak aku duk pi Aman Sentral ni teringin nak try. Kali ni memang ajak teruih la depa semua makan dekat sini sebab nampak macam sedap ja oiii.





Weiii.. Harga dia not bad kot.... 
Memang for sure murah banyak dari harga dekat Sushi King kalau yang unagi don tu..lari RM10 kot... Serius aaaa murah macam niiiii. 


Ni aku punya.. Aku sebab petang tu bangun2 tidoq lapaq sangat.. Aku dha jejai dah nasi dulu sebelum keluaq rumah kan. So rasa macam sengkak plak nak makan nasi. Padahal ramen pun berat jugakkk kotttt... Macam mana nak kurussss


Ni set hat adik aku amik... Tak ingat berapa harga dia. Tapi serius meriah nak mati.. Rasa tak sampai RM30 kot. Mak aku pun amik set macam ni... 


Ni yang kakak aku makan. Dia amik yang unagi don saty set lengkap macam ni. Tak ingat gal berapa harga dia. Laki aku makan unagi don jugak. Tapi bukan satu set macam ni la. 

Anak2 aku makan Tokyo Ramen. Macam ramen soup gitu la. Tapi aku lupa la nak snap gambaq dia. Sebab macam biasher2 aja yang tu...

Overall bagi aku.. Makanan2 yang kami semua order semua sedap dan menyelerakan la. Tambah2 aku memang suka gila daging nipis ala2 macam kat Sushi King tu. Lepad tu unagi dia pun murah wei kalau nak compared dengan Sushi King. So lepas ni boleh repeat lagi for the sake of Unagi n n dat beef.... To be frank.. Aku memang peminat makanan Jepun compared to Korean food. Hahhahahah.




Terima kasih makngah belanja makan dekat sini... Sedapppp sangat.. Nanti kita mai makan lagi kat sini bolehhhh? 😅 


To Sukiya Tokyo Bowl & Noodles... Please open one in Penang. I'm looking foward to see you in Penang soon.

Sedar tak sedar sat ja lagi dah nak masuk Chinese New Year (CNY) kan... Mesti la kita semua sebagai warga negara Malaysia turut sama rasa kemeriahan nak sambut CNY. walaupun bukan orang Cina.. Tapi perayaan CNY adalah salah satu perayaan yang aku tunggu2. Sebab time ni la.. Kita dapat rasa sama2 kemeriahan beraya walaupun berlainan bangsa.

I still remember back then.. When CNY + Hari Raya was celebrated together as both fall at close date/day to each other . We had Gong Xi Raya for two years. I remembered having mandarin oranges on Hari Raya and get ang paw. Oh the good old days.

To all my Chinese friends, have u plan for your  makan besar? If not... I would love to suggest you to have your makan besar @ Lexis Suites Penang as they are having An Auspicious & Prosperous Celebration.



Ok before you ask, apa yang bestnya makan besar dekat Lexis Suites Penang ni... Let me tell you now ok..


Perempuan cantik ni pakai baju sama kaler ngan table cloth 🤣🤣🤣


Bukan sekadar ada barisan buffet yang menambat hati... Lexis Suites Penang turut menyediakan Huat Ah Giant Yee Sang Table.



Jom mai aku bawak hampa semua merasai kemeriahan barisan hidangan buffet An Auspicious & Prosperous Celebration ni. 


Poon choi


Yook poon


Man dao






Braised bailing mushroom with sea cucumber. 


Ostrich with spring onion and ginger. 


Steamed fish fillet..my favourite 


Seaweed roll.. Sedap! 


Seafood 


Prawn


Seafood


Beef salad


🐙🐙🐙🐙


Sashimi.. 


Sushi



Seaweed salad


Pancake


Bread pudding 


Dessert 


Cakes.. 😋 





FORTUNE ABOUND SET LUNCH & DINNER









Yang dekat atas ni set untuk FORTUNE ABOUND SET LUNCH AND DINNER. Antara menu yang ditawarkan ialah proesperity Norwegian fresh salmon yee sang, hot&cold dishes combination, seafood soup woth flash maw, crab meat and dried scallop, braised dried oyster dan bermacam-macam lagi. Serius memang banyak gila pilihan dia. 

Banyak kan pilihan yang ada. Dari pakej buffet atau pilihan set beserta yee sang platter, memang pilihan tepat untuk hampa yang nak sambut CNY ni dekat Lexis Suites Penang ni. 

Bagi yang nak buat tempahan and nak rujuk dengan lebih details hampa boleh lah berbuat demikian dengan merujuk ke :






Akhir kata.. Terima kasih untuk pihak Lexis Suites Penang kerana sudi menjemput. Nanti jangan lupa Jemput lagi.. Ahaksss








Assalamualaikum

Baru2 ni balik Jitra sebab mak aku kakak n adik aku semua ada dekat sana.. So macam2 la makan kan... Mak aku punya masakan paham2 la kan... Dia punya sedap tak boleh bawak berbincang. Lepas tu anak2 gemuk bising... Erghhh

Tapi bising2 gemuk pun.. Tetap belikan aku petai kegemaran aku. Yess aku memang hantu petai.. Lantak lah busuk ka apa ka.. Janji petaiiii tu sedappppp.

Disebabkan mak aku bagi aku dalam berbelas2 papan petai.. Maka dengan itu aku haruslah membuat sesuatu dengan petai ituuuu....


Sedap ke idokkk? 
Of course la sedap kannnn

Nak resipi tak? Kalau korang xnak pun xpa.. Sebab kita share ni untuk jadi panduan anak2 kita nanti kalau nak masak. Hahahhaha

Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat dia ya. 

Bahan-bahan:

5 papan petai
4 biji cili besar
6 biji cabai melaka
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak 
Cuka /asam keping
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara:

1. Potong cili besar, bawang besar kepada saiz yang lebih kecil. 
2. Panaskan minyak, goreng semua cili besar, cabai melaka, bawang besar dan bawang putih. 
3. Dah nampak semua bahan masak and layu. Boleh angkat and tosskan. 
4. Tumbuk and lenyek semua bahan yang digoreng tadi dengan lesung batu. Bila hampa goreng dulu.. Hampa tak perlu nak teruk2 sangat tumbuk bahan-bahan ni. Lenyek2 pun dah hancur. Tapi hancur dia kasar2  mcm tak hancur sangat. Paham tak apa aku cakap ni. 
5. Dah siap lenyek/tumbuk, panaskan minyak yang tadi dan masukkan bahan2 yang dilenyek/tumbuk tadi. 
6. Tambah air skit kalau nampak terlalu pekat, masukkan cuka/asam keping. Aku takdak asam keping sebab dah habis. So aku replace dengan cuka. 
7. Dah nampak macam ok.. Boleh peradakan dengan garam, serbuk perasa and gula. Yang tak mau buh serbuk perasa hampa boleh skip hat ni. Perasakan tu ikut hampa punya taste bud la ya. 
8. Lastly, masukkan petai yang dah diperisi. Aku tak suka masak petai lama2 sangat. Masuk2 terus tutup api sebab aku nak rasa the crunchiness of the petai ni.hhahahhaha

Dah siappppppp.... 
Senang ja kan... 


Awas... Diet ke laut kalau makan depa ni. 
🤪🤪🤪




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS