Ada yang suka makan dumpling tak dekat sini? Kalau korea diorang panggil mandu..kalau japan panggil gyoza.. Aku memang suka sangat makan dumpling ni...kalau makan dekat kedau 3 ketul dah berapa dah... Kalau beli yang frozen pun.. Mahal jugakkk... Hahhahaha...
Nak puas. Memang buat sendiri la cerita dia. Boleh buat banyakkkk siap pakej boleh frozenkan lagi....
Aku suka buat guna isi udang and isi ayam. sedap betul rasa dia...jom tengok bahan-bahan dia...
Bahan-bahan:
Isi ayam yang dicincang
Isi udang yang dicincang
Daun bawang dicincang halus
1 biji telur
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Sedikit minyak bijan
Kulit wantan
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas shingga serata.
2. Basahkan si sepanjang hujung kulit wantan, letakkan isi di tengah-tengah kulit wantan jangan letak terlampau banyak... Takut nanti pecah terburai pulak.
3. Kelim kulit wantan kemas-kemas supaya tak dumpling kita tak terburai. Boleh refer utube untum tengok cara kelim dumpling.. Senang ja.
4. Repeat la proses 2 dan 3 di atas sampai la isi dumpling semua habis.
5. Untuk masak dumpling, panaskan sedikit minyak dan masukkan dumpling.. Letak bontot dia dekat bawah and masukkan air sedikit. Kemudian tutup pan dengan penutup dan biarkan dumpling kita masak.
6. Selepas 5 minit, boleh la angkat dumpling tu and sejukkan. Kalau nak makan terus pun boleh. Kalau nak makan dengan sup pun best gilaaa...