Aishah Arissa

in , by Alia Farhan, 11:39 AM
Ok la..kali ni nak cerita skit pasal my little one yang not so little ni. Kisah anak nombor 2 ni unik skit bagi aku.

Tengok muka dia tu. Ada ja nak buat akal dia tu. Haih gerammmmm.

Teringat masa pregnant kan Si Aishah ni dugaan mornoon sickness tu sama ja dengan kakak dia jugak. Memang terlantar jugak la kat katil. Hahahha. Nasib baik time tu Adriana hantar dekat rumah tokmama dia. Dapat la mama depa ni terlantar dan terdampar bagaikan dugong di atas katil haaa.
Tapi time ni mengandung dia ni la husband ajak mengandung ke oversea time tu. Hahahha. Dia cakap..B u survey tiket pergi Korea b....
Ahhh sudahhhh aku xnak pi Korea! Aku nak pi Perth. Dari mengandung Adriana lagi aku mengidam nak pi Perth gara-gara tengok cerita Adam Hawa yang Aaron Aziz n Nad Nisa berlakon tu. Teringin nak makan fish n chip kat Fremantle tu. Kahkah! Kemain mngidam kannnn. Nasib la ko!
Alhamdulillah masa pregnant kali kedua ni rezeki laki aku lebih sikit so dapat la bawak aku pi lepas mengidam aku nak makan fish n chip dekat Perth masa tu. Kahkah. Beli tiket bulan 5 masa tu Malindo baru buka routes ke Perth, ujung bulan 8 fly. Masa tu perut da 5 bulan+. Berlari macam orang gila dalam KLIA sebab terlepas flight. Siot je Malindo..nasib depa ganti balik tiket sebab tu memang salah depa. Ohoi!
Tapi kan masa sepanjang kt Perth tu kemain Aishah behave dalam perut. Sekali sekala ja dia tendang bila lapar. Balik Malaysia kemain dia berguling-guling sakan....ehhhh kemainnnnnnn ehhhh. Mengadaaaaa....


Muka nak buat inar conteng muka mama dia.
And masa pregnant si Aishah la kena gdm. Tapi semua diet control la. Takda la sampai kena cucuk insulin kan. Tapi masa 36w tu aku da standby balik Jitra dah sebab takut terberanak pulak kang. Sekali scan dekat sana baby dah 4kg. So takleh bertanggung lagi aku kena elective cser sebab history aku pun yg first cser kan. Depa takut kalau induce high risks for both.
Maka berderai lah air mata aku sebab kena elective cser wei. Takyah cakap la kecewa dia macam mana kan. Tapi xpa lah demi anak kan..mak mana yang sanggup amik risiko untuk tak dengar cakap pakar kan.


Membesar dengan sihat bagaikan juara!
Alhamdulillah tanggal 28hb Nov 2016 maka lahirlah Aishah pot2 kami melihat dunia melakui tingkap. Uhuk2. 3.96kg lil not so little baby girl was born. Adoi masa  first time pegang Aishah Ya Allah dalam hati debab nya kau dikkkkkkkkkk!!! Dah macam kakak dia masa baby 2 bulan. Kahkah.
Dah besar ni takyah cakap la, makin kuat makan. Kuat menjerit. Kuat mengarah kakak dia. Kuat bossy. Tak heran orang langsung. Orang marah ka apa ka dia wat perangai dekkk dia tu ja. Haihhh urut dada dengan perangai dia ni. Belum lagi dia tarik rambut kakak dia. Tumbuk kakak dia...penampaq kakak dia. Kakak dia tu dah la keding. Kesian si kakak banyak beralah dengan si pot2 debab ni.


Kena marah dengan papa dia. Tengok dia buat muka macam mana. Hahahhahaha. Geram rasa nak penyek-penyek ja tengok muka cute dia buat ni.
Tapi kadang-kadang mai angin kus2 si kakak, mau dia balas balik la jugak sambil mulut membebel-bebel. Hahaha.


Time tak bergaduh..baik macam ni la. Kalau time bergaduh nanti yang si kecik tu tarik rambut kakak dia la. Haihhhh pitam dengan debab ni.
Tapi tu la Aishah. Perangai anak numbor dua aku. Kalau tengok berdasarkan pemerhatian aku...anak numbor 2 ni dia ada "perangai" dia yang tersendiri. Kawan aku cakap perangai pelik ni biasa ada dekat anak num 2 ja. And aku rasa semua ni betul gak. Sebab kakak aku pun ada gak perangai pelik dia tu..anak sedara aku yang no 2 tu pun ada perangai dia tersendiri jugak and sama jugak dengan anak-anak no 2 yang lain yang aku pernah jumpa. Bak kata orang, anak no 2 ni kena urut dada sikit. Hahhah
Tapi takpa lah. Macam mana pun tetap anak yang kita sayang ye dak. Walaupun kuat makan. Lepas tu bila makan taknak orang suap and nak suap sendiri..lepas tu comots...lepas tu bushuk mashammm pun tetap la mama sayang Si Aishah Pot2 ni.


Tengok. Makan laksa pun nak makan sendiri ok! Berlagak xmau kalah punya budak. Geram ja. Habis baju dia kena kuah laksa. Bila kiss dia habis bau ikan/ kuah laksa kat dia ni.
Tapu tu la bila anak-anak dah tidur ni mula lah teringat gelagat masing-masing. Bila diorang ligat bermain boleh pening dengaq bergaduh. Bila dua-dua dah tidoq. Haihhh sunyi sepi rumah jadinya.
Ok la..till then...Aishah if u read this masa u besar nanti ...tolong lah jangan buat perangai pelik-pelik sangat. Kalau tak jangan harap la mama tak tokak pipi debab u tu. Hahahhaha