Showing posts with label breastfeeding


Saja nak share...
Lately ni Aishah macam refuse nak direct feeding sebab maybe tak puas and prefer bottle feeding (but still bmilk). Yes diakui, memang susu drop. Maybe due to pola pemakanan yang tingtong. Makan ikut dan, kadang2 tak sempat makan. Kadang-kadang makan pun macam tak makan. Ohoiii...pastu badan penat. Pastu bammmmm...susu drop. Serius jenuh kot, dah la duk kat rumah, tak nak direct feeding pulak tu???nak yang pump ja? Bila pump pun dapat sikit. Tak macam masa bf kat Adriana, 6oz satu session tu adalah biasa. Siap over supply and penuh 1 deep freeser lagi. Memang jenuh jugak pikiaq nak wat lagu mana ni...ni nak dapat 3oz pun bercinta untuk both side. Stresss T___T

Terus teringat dulu2 masa bf Adriana selalu minum air rendaman halba or fenugreek ni. Memang serius takdak masalah milk supply.  Awat la kali ni aku tak minum2 air halba ni dah? Semalam terus p kedai mamak kat rumah ni untuk beli.

Bammmm, pagi tadi engorged gila and lepas df Aishah sebelah, 1 side lagi pump dapat 4oz+ . Satu peningkatan la. So hari ni, dari pagi dia direct feeding ja maybe sebab dia dah rasa susu tu banyak  balik kot. Kalau tak, memang dia alihkan ja muka dia. Stress woi kalau anak tak mau direct feeding. Memang susu boleh drop kaw2 punya. Ni Alhamdulillah la dia start mau direct feeding balik macam biasa.

So hari ni akan teruskan minum air halba. Nanti aku update lagi hasil dan kesan dia dalam masa seminggu.

Silap aku jugak, sebab aku ingat dulu aku oversupply so dengan Aishah ni aku wat lek wat pis ja. Kadang-kadang nak p luar semua aku pump susu dalam botol sampai satu peringkat dia selesa lagi minum kat botol sebab tak payah susah2 sangat mnghisapnya kan. My bad. So lepas ni, minum botoi bila mama takdak kat rumah pi zumba or spa ja ya Aishah. 

Korang2 yang ada prob dengan milk supply. Silalah try halba ni. Aku rendam dengan air panas and mnum masa suam2. Takda rasa pun. Kalau nak ada rasa letak madu sikit. In Sha Allah, ni antara d best milkbooster ever yang aku pernah try. 

And jangan lupa kena banyakkan direct feeding dengan baby. Yang bekerja, ikut jadual pump masa kat kerja. Makan kena on time , takyah gatai nak diet bagai. Pastu air minimum 4L ya. Penting tu tau. Ingat jangan ngelat direct feeding, pump and minum air tau! And hubungan dengan Allah pun kena jaga, sebab nak bagi ke tak tu kat Dia. Banyakkan zikir Ya Matin tau. Ingat, nak bf ni memang bukan mudah. 

Apa pun, enjoy and cheerish the breastfeeding moment ya. Nanti bila anak da wean off mesti rindu gila bonding tu.
***Disclaimer siap-siap tau. Tujuan post ni untuk bagi few tips about breastfeeding. Tiada tujuan lain di sini.

Hai hampa. Ada first time breastfeeding mom kat sini? Kalau ya, tahniah and selamat berjuang dalam nak complete kan 2 years journey. 2 years breastfeeding journey bukan satu journey yang mudah.

Bercakap tentang pengalaman yang lepas, memang 2 years tu penuh dengan dugaan dan air mata juga la dalam nak menjayakan misi 2 tahun penyusuan susu ibu ni. Lain anak lain ragamnya. Si kakak pattern menyusu lain si adik lain. Memang tak sama.

Tapi entry kali ni nak cerita macam mana nak simpan susu perahan hampa and bagi jimat space kat dalam peti ais hampa.

First of all, kebiasaannya susu perahan awal-awal biasanya kita akan simpan di bahagian chiller. Sebab mana tau kita nak pakai bagi anak minum ka masa kita keluar and tinggal dia kat rumah. Tapi after a few days biasa dalam 4 ke 5 hari kalau tak guna lagi aku suka pindahkan dia ke dalam bahagian beku.


Hasil perahan selalunya time kemuncak dapat banyak time tengah-tengah malam la. 8oz pun boleh dapat.


Berbalik kepada cerita penyimpanan tadi, kiranya dari dalam botol susu, aku akan pindahkan ke dalam plastic storage. Biasa aku guna yang 12oz tu and isikan 6 oz. 6 oz ni untuk dua kali feeding ya. Untuk sekali feeding aku akan letak dalam 3oz satu botol so untuk 1 plastic storage ni akan dapat 2 botol susu 3oz kat dalam dia.



Bila da isi, jangan lupa baringkan dia and susun macam ni. So dia akan leper ja.


Then masa nak bekukan simpan la secara meleper kat dalam tempat beku korang tu. 

Lepas da beku tu, korang boleh la simpan secara menegak dalam tempat letak barang  or bakul yang untuk organize tu. Biasa kat Mr Diy ada banyak jual. So bila korang letak dalam bakul an menegak gitu akan jimat la space dalam peti ais korang.  Aku takleh nak tunjuk sebab aku tak beli lagi bakul untuk simpan tu.  Nanti aku da balik Penang aku update ya macam mana cara aku letak dalam deep freeser aku ya. Sekarang ni mat rumah mak aku, tak boleh la nak ni kan. 

So basically, macam tu la ya kalau nak simpan susu perahan korang supaya senang and jimat space korang. 

Seronok bila tengok hasil perahan macam ni kat dalam peti ais tau. Hope that this post will help you guys yang mana still new to this journey.

Akhir kata, heppy breastfeeding to u and me yang sedang dalam journey breastfeeding ni.






Hasil pump bila Miss B bengkak kadang-kadang bila Aishah tdoq and Miss B mula bengkak.

Memang anak sentiasa ada dengan aku tapi disebabkan bengkak and nak practise juga ajar dia feeding guna bottles so kena juga ada stock ebm kalau tak nanti jenuh la mama dia nak tinggal pun tak boleh.

Aishah pun sama dengan kakak dia Adriana pakai bottles and teats  NUK  yang latex yang botol biasa tu. Alhamdulillah so far so good. Takla pening mama dia nak beli macam-macam jenis botol n teats kan. 

Aishah hangover. Milk drunk punya pasal.

Paling best pagi tadi pukul 5.30 pagi bangun susukan Aishah sambil sebelah tadah Haakaa Pump. And then continue lagi pump tengok-tengok dapat hasil 8oz.
Mak aih best nyaaaa. Rezeki Aishah.

 Pikir punya pikir makan apa la malam semalam, sekali baru teringat makan coklat cadbury hazelnut. Husband belikan sebelum balik Penang hari tu. Dia kata makan ni, bagi susu u banyak 😊😊😊
Tenkiu la en husband yang selalu support bini dia ni.

Korang suka makan apa untuk bagi susu banyak?

Thank you nuffnang

in , , by Alia Farhan, 10:52 PM

Dapat dari nuffnang tu memang Alhamdulillah la kan.
Tapi yang aku suka tu sebab dapat untuk kempen MOH breastfeeding campaign.

Al maklumlah ada orang kata kami ni obsess sangat dengan bf ni. Pffftttt.

Ok lah. Tu ja lah nak cerita sebenarnya.
Ni otw kat dalam ferry ke langkawi ni.
Short getaway jap.

Nanti hakak story mory ok?

posted from Bloggeroid

Terkejut bila tengok kt timeline fb khabarnya ada ibu berpantang terjun dari tingkat 26 sebab stress tak dapat susu kan anak dia yang berusia 10 hari.

Allahu. Sedihnya aku.
Tak cukup dengan tu ada pulak yang jadikan isu breastfeeding ni kononnya la penyebab. Kononnya ibu-ibu yang taksub bf ni la yang jadi penyebab. Ewah-ewah. Sedap-sedap mulut kau ja kan. Pastu pakat-pakat share kononnya ibu2 bf ni penyebab. Adoiyai. Bengap ke apa ni?

Maaf cakap. Selalunya mak-mak yang tengah berpantang ni bukannya stress dengan mak-mak lain yang boleh bf, stress selalu sebab orang asyik cakap topup la fm. Tak payah la mnyusu nanti sebab nanti nak p reja payah la apa ( tak pernah dengaq ka perkataan breastpump bhai???duduk zaman mana ni bhai???)
Tolonglah. Perkataan-perkataan macam ni la lagi mengundang stress kat ibu-ibu yang tengah berpantang. Banyak la lagi perkataan lain yang langsung tak membina. Bukan nak encourage tapi down kan.

Perlu kita tau yang perempuan dalam pantang ni sangat-sangat fragile. Si suami dan kaum keluarga, support lah keputusan si isteri. Beri sokongan moral kepada mereka. Aku sendiri pun pernah berdepan dengan post partum blues, tetiba nangis bila en suami balik penang. Pastu tetiba nangis rindu sebab kat en suami. Pastu abih pantang nak balik penang pun nangis lagi sebab sedih nak tinggalkan mama yang bersusah payah jaga kami 2 beranak masa dalam pantang. Serius weh bukan saja-saja nak p menangis ok! Satgi kol suami nangis-nangis sebab ntah hapa-hapa. Adoyai. Nasib si suami akan selalu cool kan aku.

Aku takleh bayang kalau suami aku jenis wat derk ja dengan aku. Mau jenuh gak la aku.

Si suami di luar sana, post partum depression is real ok! Jangan pandang sebelah mata. Aku ada sorang vendor ni dia cerita wife dia memang kena post partum depression and sampai lani duk depression tak hilang-hilang. Anak dia dah masuk 5 years rasanya and disahkan mild autisme. Bayangkan baik nya dia ni, every month akan p bawak wife dia check up. Anak dia, dia yang uruskan. Dia cakap my wife n kid are all i have, alia. Sebab aku pernah tanya dia tak plan for second child ka. Dia kata i nak tapi my wife dia kena post partum depression masa bersalin dulu. So i memang xkkan paksa dia untuk mengandung and beranak lagi. Wah rasa nak menangis aku dengar. Lepas tu dia cerita pulak anak dia mild autisme. Lagi la aku jadi sebak. Tabah gila dia kot. Aku ingat kan diorang memang nak anak sorang ja sebab biasa kan chinese memang anak sorang dua ja kan. Rupa-rupanya ada cerita disebalik tu tau dak.

Aku ni memang ada tabiat suka p duk belajaq dengan vendor perongkah equipment-equipment aku dulu tu masa duk reja. Kadang-kadang sambil duk testing nak calibrate ka apa memang akan keluar la cerita macam-macam. And cara dia cerita tu, dia agak regret bila keadaan wife dia sekarang. Mungkin he put the blame on himself. Tapi aku cakap aku memang kagum dengan dia sebab dia seorang yang kuat.

So guys ingat, berikan support yang tak berbelah bahagi kepada wife korang. Emosi kitaorang memang tak stabil time tu. This is not a breastfeeding issue!! The post partum blues/ depression is real.

And kepada ibu-ibu yang tengah preggy tu, persiapkan diri anda. Banyakkan pembacaan. Join support group and cari kawan-kawan yang berjaya dalam penyusuan. Sebab aku tak rasa ibu-ibu yang menyusu ni akan bagi korang down. We will support each other.




Picture from Mr Google.


Ibu mana tak sayang anak wei. Baik kau feed bm ke fm ka. Tetap lah kita sayang anak.

Para ibu-ibu sekalian let dig more n more knowledge about breastfeeding. And para bapak-bapak sila lah support bini anda tak berbelah bahagi. Jangan la tetiba cakap bini mengada-gada ka hapa pulak!

posted from Bloggeroid

Aku sepatutnya heppy sebab aku da berjaya dengan bf journey aku...2 tahun menyusu Adriana dengan susu aku sendiri....

Ya bukan mudah...seriously mmg bukan mudah...lagi2 bila kat rumah..asyik nak mengempeng tak kira masa....even da besaq ni pun asyik..mama susu..mama susu....

Penat!perkataan yang paling sesuai...ya tipulah kalau aku kata aku tak penat kan sepanjang 2 tahun bf journey ngan mek kenit ni...sumpah penat! Sebab tu la Allah pun angkat darjat wanita yang menyusukan anak2 hingga 2 tahun ni...bukan mudah wei...banyak emosi kau nak kena hadap..tu belum lagi emosi masa keja dulu..stress gaban..nak pump susu lagi..nk hadap keja lagi...nak hadap bos ka hapa ka...heeeiiii.....malas lagi nak ingat semua tu....

Dan sekarang ni aku hadap plak dengam emosi nak kena wean off Adriana...serious ni part lagi sedih..sebab kau main ngan emosi diri kau sendiri n dengan emosi anak kau sendiri....perghhh...bayangkan tetiba anak kau mintak susu..kau dalih2 itu la ini la...pastu nanti mula la maktok dia pulak suruh letak pulak akar seruntun la apa la...

Oiiii...sedih oiiiii....
Ya aku penat...lagi2 sekarang ni aku migrainne..denyut2 kepala aku ni...then anak pulak nak susu...aku tau dia tak puas....ni pun tengah2 malam nangis2 sebab tak puas kot minum susu..tapi susu da kurang..maybe sebab aku penat or terlampau stress...lagi2 period pulak...memang merudum la kan...ni pun aku da bangun bancuhkan susu dutch lady coklat untuk dia minum....



Mula2 nampak la dia taknak minum susu tu..tapi aku pujuk2 letak kat mulut dia..last2 dia minum jugak..walaupun tak abih botol 5 oz tu..ada la setengah dia minum..ya anak aku mmg dr dulu lagi pkai botol 5 oz ja...dari zaman hantaq kat umah bonda dia lagi mmg 5oz tu ja...impian aku nak beli botoi besaq ntah bila ntah nak jadi kenyataan kan...

Pastu tepuk2 bontot dia..pujuk2..Adriana kena la minum susu ni...susu mama da kurang..lagipun Adriana kan da big girl sekarang ni....

Hoihhhh emosi okey...
Emosi hakak ni....
Nak lepaskan precious bonding ni...
Bukan mudah...but have to....

Nak wat macam mana kan...
Niat di hati memang nak bf selagi mampu...tapi rasanya da lepas tempoh wajib ni pun da kira ok la kan....
Memang bukan senang nak wat decision macam ni...tapi kadang2 kena jugak wat...
Walaupun hakak tengah berperang dalam hati..bermonolog dalaman bagai nak rak!
Lagi sedih wei kalau nak bg dia isap nenen yang letak akar seruntun kot...
Mama is tak sanggup!

Akhir kata....
To my precious Adriana....
Sorry sayang....
Mama have to ya
Bukan sebab mama tak sayang Adriana...
Mama tetap sayang Adriana...
Mama tetap akan rindu bonding kita dua..lagi2 bila tengah bf tu Adriana suka main2 mata dengan mama...tengok ja mama dengan kusyuknya...
Serious mama akan rindu gila nanti...

Takkan dapat satu moment pun dalam dunia ni akan ganti moment bonding kita yang kuat tu sayang.....




Even Adriana da jadi kakak ka nnt..Adriana tetap lil girl utk mama n papa...




Mama love u sayang!

posted from Bloggeroid

Doakan aku...

in , by Alia Farhan, 8:11 AM


Yerp bayangkan...aku rsa aku apply utk attend course ni dari 2013 or maybe dr awai thun lepas...i cant recall back...

Tapi perghhhh...bila dpt jwapan mcm ni...rsa mcm best la jugak...
Dan harap2 sgt aku dpt join program ni...
Fully sponsored weiiii...xnak ka?siap module kali ni lain dari sebelum2 ni...

Ya Allah...semoga aku dapat la..doa kan aku ya...

Semoga dengan ini..aku dapat tolong ramai lagi mak2 kat luaq sana yang nak bf tapi kurang knowledge or lack of moral support n etc....

Aku nak kalau boleh ...breastfeeding ni adalah benda yang biasa dan normal..bukannya bila kau nak bf anak kau kt mall even with nursing cover on u...orang pandang kau macam alien...ya macam alien!kau tau alien tu macam mana kan???dan orang pun xkkan cakap yang gmbar susu tu adalah aurat/aib(wut the heck???UAI pun da ckp susu ibu bukan aurat..yg aurat tu nenen ibu...tapi aku pasti utk Muslim bukan sj2 nak p selak bg jantan2 selain laki dia bg tengok aihhh...kadang2 secara tak sengaja...yang hampa yg tertengok tu takyah la nk otak blue n imagine maciam2 sangat lah!!!aku rasa lelaki yg waras takdak la nak pikiaq n imagine smpai gila2 mcm tu kan...)

So tujuan aku tak lain tak bukan hanyalah nak educate more mommies utk bf...n to normalize breastfeeding....ya cita2 aku utk tgk more n more mommies ada kesedaran nk bf ni sangat tinggi...sbb tu la knowledge dalam breastfeeding ni penting...aku pun banyak membaca psal ilmu bf ni..n walaupun skrang anak aku dah 2 tahun..aku still cari buku2 yg related to bf...sbb kadang2 lain org lain cabaran dia....n perjalanan bf aku pun bukan la seindah yang disangkakan...klau kau rasa aku berjaya dalam bf journey aku ni sbb susu aku byk..kau salah...aku ada jugak up n down jugak dalam dapatkan yield susu utk Adriana...di uji demam panas bertalu2(sampai 40C)..tonsilitis yg cronic...smpai kena operate buang tonsils semua tu...semua tu cabaran utk aku...tapi yang pasti aku bukan yg jenis cepat mngalah dan asyik pikir negative ja susu aku takdak..susu aku takdak...aku mmg akan pikir..susu aku ada...susu aku ada...Ya Allah..limpahkan aku dengan susu untuk anakku...tu yang aku doa hari2...n Alhamdulillah aku dah berjaya tempuh semua tu...

So untuk mama2 ..mak2..ibu2...mommies..bonda2 kat luar sana...dunt give up...susu anda adalah hak anak anda....



To my lovely Adriana Arissa...thanks for being a good girl to mama...
N to my shuben..thnx for being my backbone throughout my breastfeeding journey...
I love both of u mucho2...

And to u yg membaca ni...
Tolong doakan aku ya

posted from Bloggeroid

Hi...
Banyak ibu2 yang baru terjebak ngn bf ni agak blur2 dgn cara nak simpan susu perahan...
Berapa jam tahan suhu bilik? Berapa hari kt chiller?berapa hari kat tempat beku atas tu?dan tak kurang jugak deep freeser kan...

Memang seriously akan blur2 jgk awal2 tu...sbb ada tang cakap mcm ni..ada tg cakap mcm tu...

Apa pun...depends jgk ngan korang pnya observation....selain dari observe dengan mata kasar..korang boleh bau...boleh jugak rasa..elok lagi ke tak...geli nak rasa??? Helooooo...susu korg kot....nak geli kenapa plak jemah oii

Ok lah...ni some reference utk new mommies out there ya...






Ok ni ada sekali untuk yg dah thawed(nyah beku) sekali macam mana...

**oh ya...btw dalam deep freeser boleh up to 2 years ya...

Aku punya deep freezer penuh lagi dengan stok susu beku Adriana....huhu..
Ni dia da masuk 2 tahun..n currently i'm a WAHM...mmg takdak maknanya dia nk feed dr bottle...try bg dutch lady choc pun dia taknak...ntah macam mana ntah nak wean off dia..n bagi dia mnum susu lain ntah....
(Ni da masuk dilema mak nak wean off anak dah ni)

Ok lah...
Apa pun...
Ilmu breastfeeding ni luas tau...
Kena sentiasa gali dan gali yer...

Ok lah...
Majulan breastfeeding utk anak kita

posted from Bloggeroid

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya!

*kopipes....

Apapun korg...jgn give up ok...buat sehari dua mmg xnmpk hasil lg...teruskan dalam seminggu...
In Sha Allah...Dia akan permudahkan utk anda...perjalanan breastfeeding saya mungkin xsama ngn korang...tp...apa yg penting..DON'T GIVE UP!!!

N bagi yg nak cuba Set Menyusu Shaklee....boleh direct whatsapp ok 0133363775....



Ni stok susu Adriana dlm deep freeser...bukan niat nk mnunjuk...tp nk motivate korang yg korang pun boleh ok...

posted from Bloggeroid

Wanita tabah...

in , by Alia Farhan, 9:34 AM
Selalu tak dengaq hnya wanita tabah ja yg dpt mnyusukan anak depa sampai 2 tahun?
Pernah dak dengaq mcm tu?
Well for me....
Helloooo...
Tak ckup tabah lagi ka kalau mngandung 9 bulan boleh harung...dengan perut boyot...bwak ke sana sini...
Muntah2 alah2...sakit pinggang..kaki bengkak bagai...tak cukup tabah ke tu??

Sebenaqnya bagi aku la kan...yg give up separuh jalan or tak bf anak ni bukan tak tabah...cumanya kurang skit knowledge psal ilmu2 bf ni....
Sebab apa aku kata mcm tu?sebab nya..as preparation nk bf...kita da kena set mind kita...KITA BOLEH!!!BOLEH DAN BOLEH...
xdak istilah..tgk la kalau ada susu mmg nak bf anak pun...
Xpun istilah...untungla hg...susu hg byk..aku takdak...
NO NO NO..
sebagai seorg ibu...kita mng kena set kan otak kita...KITA ADA SUSU!sebab tu la kelebihan mak berbanding ayah...
In Sha Allah with positive thinking...Allah akan kurniakan kita dengan anugerah yg tak ternilai ni...
Positive thinking and doa adalah dua kunci dalam misi bresstfeeding!!!
Sentiasa berdoa...doa dan doa dari start preggy lgi...In Sha Allah...Allah akan permudahkan kita...jangan tak tau...i only breastfeed my baby 3 days after she was born...hari pertama n kedua...susu setitik pun tak keluaq...tapi masa dekat ward da start pump...walaupun pump angin ja..cakap dalam never mind Alia...dont worry...ada tu..jangan sedeh2...In Sha Allah ADA!!! Smpai kakak aku pnggil her nurse yg expert bab bf ni la bg counseling kt aku...aku ok ja..open...sbb mmg aku eksaited sgt nk bf Adriana...
bila balik umah tu hari ke3(cserian so kena tahan ward lama skit ya)..mama kol mak bidan...panggil utk urut susu...
Masa mak bidan tu urut kt tulang belikat she said my susu ni ada..cuma tak kluaq ja lagi...bila dia urut tu..terus bengkak2...n memancut2 keluaq...dat time.... ALHAMDULILLAH...

Key points are postive thinking n never give up!

Then...talking about preparation...ada jugak yg nk bf(niat kalau ada la)...working mother tapi preparation ke arah nk bf baby tu takda...cth dia...invest in pump...NADA...alasan..nnt la..baby da kluaq baru beli..tgk susu ada ka dak...jgn la mcm tu syg2 oi...menda ni kena prepare betul2 tau dak...tau tak time2 baru deliver tu la susu memancut2 n mncurah2..baby pulak mnum ciput ja..time tu la boleh buat stok...
so beli pump tu awai2...takyah nak aim medela freestyle sgtla mcm aku dulu2 tu..walaupun mampu...nasib aku tak jdi beli n bijak pilih Rumble Tuff...sepp duit tau...byk ja pilihan pump2 lain yg best lani...xyah nk freestyle sgt lah..simpan duit tu utk menda2 lain ok;)

Then pendedahan...rasanya lani da meluaskan org brkempen kebaikkan susu ibu ni...kalau tak tau...u can google it...even cara2 nak simpan susu mcm mana pun byk breastfeeding mothers kat luaq sana share kan...tinggai nak type google psai breastfeeding or type beautifulnara...
N percaya lah...kami breastfeeding mother ni sangat supportive for those yg nk brtanyakan bab2 bf ni...
Psai botoi ka...puting ka...plastic ziplock jenis apa yg best...pump apa yg affordable ka bagai....tanya ja kt forum or group tu kompem dpt positive answer...
Even smpai cara nk handle ebm hatta tips2 nk mbanyakkan susu pun kami sydi share...mau ngn takmau ja tanya kat org..
Ingat..lepas ni rajin2 type psai breastfeeding ya...bukan beautifulnara ja..ok?
Plus kami2 yg breastfeeding ni mmg suka brkongsi cerita n ilmu yg kami ada...menda baik...mesti la kena kongsi kan





Together...we support breastfeeding...

If u happen to have any personal breastfeeding matters...u can whatsapp me at 0133363775

posted from Bloggeroid

Amboihhhh...pjg nauuu tajuk entry hahhhh....mak jemah kan..biasa lah pokpek2...so hari ni nk cita psal plastic storage plak utk breastmilk...eden suka guna plastic..jimat space haa...
Ehhh...sorry yer ni entry utk bf mama ya...yg tak suka or haters aku yg suka dok stalker tu sila tekan button X kt atas tu...takyah lagi nk ckp aku ni pura2 suci dgn susu aku la blablabla...mulut mcm haharemmm jaa...
Ok back to tajuk...
Aku pkai dua2 brand ni...
Ada pro ada cons la both...

Jingle Jungle


Apa yg aku suka?
Kat label dia sebab kt atas tu kan..senang nk label..
Pastu yg aku suka..aku kan bubuh tak penuh..dlm 6 oz gitu ja utk 2x minum...so aku kan leperkan n simpan dlm keadaan leper...n dia tak mngelembung

Apa yg aku kurennggg suka?
Dia senang terkoyak kalau ni...
Cth kat bwh


Gmbaq ni dr tenet...tak sangka org lain pum sama ngn aku...maybe kami ganas kot...tapiiii....
Pastu cepat bocoqqqq....masa simpan tak bocoq...bila thaw tu tgk2....ayaq ada susu...means ada kebocoran kt plastic tu...sedeh oiii kena buang susu cenggitu ja

Ok now move to Autumnz plak


Apa yg aku suka?
Lgi tebai
Boleh brdiri lebih kukuh dr Jingle Jungle. .
Ziplock dia lgi ketat
Tak pernah bocoq so far

Apa yg aku tak suka??
Label dia kat tgh2...so ssh skit kalau nk mlabel kalau susu tgh sejuk...mula la pen zebra tu pun xlekat
Bila da beku dia mengelembung...mcm boroi brbanding Jingle Jungle tu

Yg aku tak suka kat Autumnz sikit sgt...n plus aku tak pernah lg hadap msalah bocoq ngn Autumnz...maka....aku dengan sebulat suara mmg suka kat Autumnz...n sbb tu la aku amik keputusan utk juai brg2 Autumnz...sbb mcm lgi best...
Tapi semua ni terpulang kt diri masing2...
Mcm aku lebihkan penting kan safety...safety yg aku mksdkan susu aku takdak la terkorban...

So kalau korg berminat nak beli Autumnz Ziplock plastic storage...korang leh whatsapp aku terus tau...
Ni num aku 0133363775

Harga biasa RM12.90
Tapi aku juai RM12 ja...tpi beli above 3 kotak..dapat la kasik RM11 satu kotak
oh ya..dlm tu ada 25 pcs...
So klau nk jimat...beli la byk2 skit...postage pun jimat korg...

Ok lah...
Till now...
Assalamualaikum

~Breastfeeding is Sunnah~

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS