Perempuan dan perhiasan/ aksessori.

in , by Alia Farhan, 3:39 AM
Pernah dengar perempuan dengan barang perhiasan tak dapat dipisahkan???

Betul ke idok tu????

Yolah kot kan, aku memang kena jugak pakai any barang kemas/ perhiasan masa keluar. Paling ni pun cincin sebutir.


Giliran cik dora berehat. Hari tu kat Perth grab 3 butir je. Walaupun tak sebanyak collection orang lain, tetap every charms tu ada makna dia yang tersendiri.


Yang kt jari manis tu bow rose gold from Pandora, pesan kt PS kt Aus. Depa beli masa winter sale hari tu gila murah ok. Yang sebelah tu pulak mama bagi masa form 4 or form 4 macam tu. Actually ada banyak gak rings tapi kebanyakkan nya tak muat lani. Sob2. Jari mengembang dengan jayanya.


Yang bulat2 tu masa first time bonus Ibiden. Time tu tak kenal lagi kedai Emas Anwar. Rasa mcm bongok pun ada beli mahal2 kat Poh Kong. Cizzz sangat. Yang Cik Dora 916 (Masdora) tu En Amir belikan last year. Charms memang tak banyak sebab seketul charms boleh capai Rm400++...mati la mak nak. So kita selit2 la faceted murano charms dari Pandora pun kira halal la kan. Sekarang pakai Masdora balik. Pandora kasik rest dulu ya. Pakai sampai jemu nanti kita tukar balik pkai Pandora.

So macam mana namanya nak retired beli Pandora & Masdora cerita dia ni ya???