Rasa macam baru lagi ja beranak kan Aishah. Baru lagi berperang dalam hati alaaa kena cser lagi sebab baby mama dalam perut comey angat..scan2 tudiaaaa. Takpa la mama redha kena elective cser pun demi anak mama. Kita ikut ja cakap yang pakar. Yang selebihnya kita berserah ja kepada Nya. Tak penting beranak normal ka cser ka..janji anak mama selamat. Mama sakit lepas tu number 2. Macam tu la mak2 kan. Pengorbanan yang nampak kecik tapi orang perempuan ja tau macam mana rasanya. ***air mata bergenang***


My little Aishah Arissa that is not so little. Hahhaha


Dan tak percaya jugak da 1 tahun lengkap penyusuan susu ibu kepada sayang mama sorang ni. Makin sado anak mama sorang ni. Lagi 4kg sama berat dengan kakak oii. Si kakak maintain kurus kedingggg.

Di kesempatan ni nak coret kan untuk anak mama tersayang. Sory kalau sambutan hari jadi Aishah terlalu simple. But you need to know that mama,papa, kakak, maktok, makngah n d list goes love u so much.. sapa tak sayang Aishah Potpot kannnn...semua sayang diaaa.

So untuk birthday Aishah yang first ni aku cuma order butter cupcakes ja from Kak Eny Yusnizar. Food Blogger fames dari Jitra. Kebetulan time tu aku ada kat Jitra. And Amir balik dari penang petang tu untuk celebrate birthday Aishah kat Jitra.


Memang sengaja request nak butter cupcake yang simple macam ni. Color mint n pink. Ehh macam sama kaler blog ni kennn.


Sengaja mintak kekny wat simple cenggini sebab suka tengok omputih punya cupcakes ala2 rustic mcm gini haa. Rindu pulak nak layan cupcakes kan.


Adik tak reti pegang lagi. So kita suruh kakak posing la dengan cupcakes ni. Serius sedap kak eny wat wei. Cream dia tak muak langsung...in fact the nicest one aku pernah makan. Tak muak...tak manis sangat and tak melekit langsung dekat lelangit aku. Good job kak eny!



Makan pun kat kedai biasa-biasa ja. Nothing fancy sangat pun. As usual, my mom bukanlah seorang yang suka sangat menda-menda yang fancy like nak celebrate birthday wajib kena makan kat tempat-tempat fancy ni. Cukup dengan ucapan pun more than enough. Dats my mom, tu pun I insisted jugak cakap no nid to masak2 dat day. Jom makan luaq ja. And let her decided where she wants to celebrate her cucu's birthday.

So Aishah..if u happen to read this in future..please bear in ur mind dat u mean world to me. Mama sayang sangat-sangat dekat Aishah dengan kakak. Semoga membesar menjadi anak yang solehah..mendengar kata..menjaga solat dan berguna kepada agama kita.


Hai Aishah Potpot. Cepat jalan. Nanti kita boleh pi travel jauh-jauh sikit. Heppy birthday sayang. Mama loves u so much. Muahhhh.

Hampa orang-orang Jitra kalau nak cari bakers yang best gila..jangan lupa cari Kak Eny tau. Kek2 dia In Sha Allah meletop pompom.

Ni resipi buttercream cupcakes dia. Siap bagi resipi lagi haaa. Apa lagi sapa yang rajin boleh try. Aku tak rajin harap maklongšŸ˜…