Cara berjimat di musim-musim gawat

by Alia Farhan, 9:16 AM


Sekarang ni taktau la nak cakap apa; mana yang boleh jimat…kita try berjimat. Beli mee megi 5 peket rm5+ tu bukan lagi keperluan. Dari beli mee segera baiklah kita beli telur 10biji; nak lagi murah beli yang sepapan terus.
 
 Setuju sangat dengan point sis kita ni.

Nak tambah sikit..




• Belajarlah masak benda simple simple. Skill ni la akan bantu jimat duit kalau waktu sempit. 
• Kalau malas masak banyak kali, boleh buat meal prep siap-siap atau frozenkan lauk-lauk untuk masa akan datang. Masak sekali, boleh makan 2–3 kali. Selain boleh jimat gas, jimat masa dan juga jimat duit. Tak payah la nak kekwat sangay euwww aku tak lalu lauk frozen, laki aku tak lalu taknak lauk frozen. Kita ni kadang-kadang kena belajar bersyukur.
• selain dari telur, ada lagi sumber protein yang murah seperti tauhu, tempe & kacang. Murah tapi tetap berkhasiat. Ada duit lebih sikit, beli ayam seekor pun boleh bertahan 2-3 kali makan untuk ayam sebesar 2.5kg+ untuk 4 orang makan. 
• Kurangkan minuman manis dan air berperisa. Air kosong paling jimat dan paling baik untuk kesihatan. Sentiasa bawak air kosong dari rumah ke mana2. Walaupun air ais kosong mungkin 50sen di luar sana tapi kalau seminggu dah berapa kan.
• Beli sayur ikut musim atau yang tempatan. Biasanya lebih murah berbanding sayur import. And boleh juga beli sayur-sayur yang tahan lebih lama seperti kubis, terung,lobak merah, lobak putih dan kentang.



• sayur seperti kangkung ke, akar jangan buang. Boleh buat tanam lagi. Nanti dapat juga harvest untuk makan.  Sama juga dengan bawang, kalau dah nampak bertunas tu boleh la letak ja atas pasu yang berisi tanah. Tau-tau dah dapat daun bawang untuk masak-masak. Kalau nak beli sekali beli dah RM2+  leps tu nak gunanya sikit saja. Last- last busuk dan membazir.
• Simpan stok asas di rumah. Beras, telur, bawang, ikan bilis, kicap, tepung gandum, cili kering dan sambal. Dengan stok asas, tak mudah tergoda untuk beli makanan mahal di luar.
• Bawa bekal bila keluar bekerja atau berjalan jauh. Nampak kecil, tapi kos makan luar sebenarnya cepat bocor duit. Sekali makan paling-paling kurang untuk family of 4 lebih kurang RM50 untuk makan kedai-kedai biasa🥴
• Elakkan membazir makanan. Lebihan lauk boleh simpan dan panaskan semula, itu sebenarnya duit yang diselamatkan. Nasi yang tak habis terus frozenkan dalam peti sejuk bahagian beku. Nanti bila dikumpulkan boleh buat satu hidangan nasi goreng sekeluarga.



Betul kata sis ni, bila duit sempit, jangan sampai kesihatan pun terabai.  Tak perlu pun nak beli mee segera, makanan dalam tinberlebih-lebih untuk bua stock. Buy real food people. 
Makan sederhana, tapi cukup zat.
Itu yang penting.


SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS