Tips Nak Bawak Barang Apa Ke Umrah?

by Alia Farhan, 6:46 AM



 Assalamualaikum,


Hari ni aku nak kongsikan sedikit tips nak bawa barang apa ke umrah…as usual lah kan semua orang tau masa nak menunaikan umrah of course kita akan bawa barang-barang basic untuk umrah seperti;

Benda paling penting nak ke luar negara of course la pasport kan🤭

Ni paling penting kan. Kami pihak travel bgi pasport masa dekat KLIA. Sampai ja di Jeddah kami diarahkan serahkan balik kepada mutawif utk mutawif pegang pasport kami. So ganti diri pada pasport dekat sana adalah kad yang diberi oleh travel agency utk kami pakai dengan lanyard tu. 


Antara barang-barang lain yang penting selain pasport adalah;

1. Jubah/pakaian yang bersesuaian.

Macam aku , aku bawa 3 helai jubah ja dari sini. Selebihnya aku beli di Madinah( di Madinah; jubah2 lebih murah)


Jubah ni beli di Medinah. Gambar ni di Jabal Uhud.


2. Kain telekung

Aku ada bawa 3 set telekung; 1 memang set telekung travel Siti Khadijah yg nipis and ringan tu. 1 lagi set telekung Siti Khadijah yang seorang kawan bgi utk aku tunaikan umrah; and satu lagi pasang yg emak aku bagi pinjam telekung Siti Khadjijah dia tu; orang kata nk amik pahala sbb bgi guna telekung dia kat sana. Bygkan pahala kita solat dekat Masjid Nabawi adalah 1000x ganda manakala di Masjidil Haram adalah 100000x ganda and semoga pahala tercatat juga untuk si pemberi telekung. Actually dua set pun dah cukup dah. Tapi sebab aku nak la kan pemberi2 telekung aku ni dapat ganjaran so aku pakai la bergilir-gilir. Biasanya aku gunakan telekung tudungnya saja with jubah n stokin. 


Biasa aku suka pakai telekung time semayang Subuh. Sebab pagi2 biasa sejuk sikit. 


3. Tudung labuh/khimar



Beli yg jenis labuh terus dan boleh dibawa solat. Senang kalau lepas solat boleh bawak jalan2 or lepas jalan2 boleh masuk masjid utk solat. Nak lagi senang beli yg jenis tak payah iron🤭



Bawak solat teruih. Tak sedaq Pak Sheikh tangkap gmbaq kita solat sunat masa 1st jejak Masjid Nabawi hari tu. 

Tudung pleats ni cantik sangat, aku beli dekat Zihaluv ada juga dekat shopee shop depa dekat SINI 
Serius tudung ni best sgt. Walaupun labuh dia nampak stail jugak la🤭


4. Sarung kaki Wudhuk Friendly

Penting ya. Beli la yg jenis ada bintik2 dekat tapak yg anti slip tu sebab lantai kedua2 masjid ni agak licin kalau guna socks biasa tu ya. 

Korang boleh beli socks wudhuk friendly dekat SINI ya

5. Sarung tangan

Untuk elakkan nampak bahagian tangan; maybe bahagian lengan jubah besar and terselak; boleh la pakai sarung tangan. 


Guna tg ada ring ni senang skit. Dia tak lari ke sana ke sini. Boleh beli dekat SINI


6. Pakaian dalam & baju tidur.

Bawalah pakaian dalam dan baju tidur yang mencukupi ya. Penting ni😅

7. Kain ihram

Kain ihram ni of course la untuk lelaki kan. Kalau tak bawa boleh juga beli dekat sana. Beli dua set dah cukup dah. And pilih la material yang nipis. Jangan jdi mcm laki aku beli material yg tebal bila nak cuci perghhh pitam tengok bil masa hantar laundry dekat Mekah hari tu. Kain ihram n few jubahs da dekat 97 riyal. So lesson learnt lain kali dia cakap nak beli yg nipis ja. Pakai yg tebal pun walaupun musim sejuk terasa gak panasnya tu. So better beli yg nipis ja tau.



Boleh beli dekat SINI



8. Spray bottle

Penting ya sebab nak memudahkan urusan kita ambil wudhuk sbb biasanya dekat tempat wudhuk ramai orang and kalau nk skip the hassle boleh la ghna spray bottle ni.

9. Shower gel, shampoo, conditioner, deodorant.

Silalah bawa sendiri and jangan la beli di sana sebab dekat sana mmg mahal harga benda2 alah ni. Shower geli kecik boleh capai 18riyal🥴

10. Sabun cuci baju



Kos cuci baju di Madinah n Melah mahal ya. So silalah bawa sabun serbuk yang 300g beli dekat sppedmart rm3.50 tu. Banyak ni cukup lah berdua dekat Madinah n Mekah ya. Tips nak cuci baju; malam dah balik Isyak tu boleh la rendam baju dalam basin dkt toilet tu dengan sabun serbuk tu sambil2 mandi. Then jemur la dalam bilik air ya. Esok pagi boleh transfer jemur dkt2 kawasan tingkap dalam bilik pulak or kawasan yg bersesuaian. 


Jemur dekat tingkap setel. 


Ala jubah kejap ja kering korang🤭

11. Foldable hanger

Ye dah basuh baju kena la ada hanger yang bersesuaian kan. So kalau nak harap hanger hotel takut yg jenis tak boleh cabut tu. Ahh sudahhhh; payah pulak kan. Korang boleh beli jenis ni kt shopee ya.


Boleh beli SINI ya


12. Beg kasut travel

Penting ya ada beg ni sebab korang nanti masa masuk masjid2 ni nak kena bawa sekali kasut korang tau. So kena la letak dalam satu beg yg senang korang nak bawa masuk ke masjid takut nanti kang hilang pulak kasut korang.


Boleh beli dekat SINI ya

13. Mamee /maggi cup


Ya Alah, mamee chef cup ni semua terbaik ya rasa dia🤭
Dekat Bindawood tu ada indomie cup ja tu pun org ckp xbest sgt. So bawak lah benda alah ni ya🤣


14. Biskut, teh , minuman 3 in 1

Untuk korang yang jenis nak kena minum teh mcm aku ni or yang jenis kena minum kopi bawak ja darj Malaysia stock ya . Sebab dekat sana mahal ya. Biskut pun sama. Bayangkan aku jumpa biskut mayat hup seng yg dari Malaysia tu 18riyal ya. Ya Allah, nak pitam tengok rega. Bear in mind ya; depa mostly barang import. Sebab tu mahal-mahal ya.


Sup muhroom campbell tu minum pagi2 sebelum pi semayang Subuh tu sedap sgt🤭
Biskut tu selalu grab on the go letak dalam bag in cas kalau lapar boleh la take a bite. Kadang2 bawa lebih kalau nampak budak2 bagi dekat diorg. Seronok bukan main lagi.


15. Sambal peket.

For those yang jenis suka makan pedas boleh la beli sambal yang peket kecil2 yang banyak jual dekat shopee tu ya. Makanan dekat arab tak pedas mcm kita n kurang berkuah. Kalau dapat hotel full board yang tukang masak dia dari Malaysia ok la. Kalau dpt dari sana juga, terubat la sikit rindu kalau ada sambal pedas2 ni kan🤭


Sambal kantan sedap—> SINI
Sambal hitam pahang sedap —> SINI
Sambal tempoyak sedap —> SINI
Sambal penyet sedap —>  SINI
Sambal garing sedap —> SINI


16. Vacuum bag n vacuum

Aku lupa ya nak tangkap gambar baju-baju aku yang dah divacuumkan masa nak simpan dalam luggage. Memang jimat space ya. Masa beli jubah bawak balik pun save sgt2 space dalam tu. Nak senang beli yg pump letrik tu. Jimat masa



Boleh beli dekat sini; Pump & Vacuum Bag 

17. Kasut bertutup dan sandal yang selesa

Kasut bertutup ala sport shoes bawa lah mana tau korang nak jalan2 jauh and selesa kan. Yang penting bawa lah kasut yang selesa untuk kita pakai di sana.

18. Bawa kad credit atau debit card.

Bawa la duit yang mencukupi untuk makan dan minum di sana. Kalau beli jubah dan makanan biasanya kena gunakan cash. Kalau duit tak cukup boleh activatekan kad debit korang utk usage di luar negara. Kadar pertukaran amik di atm machine lebih rendah berbanding tukar di money changer di sana. 

19. Collapsible container n water bottle.





Senang bila guna jenis ni save space dlm lugage. Bila taknak guna boleh penyetkan ja. Yg collapsible container tu penting ya bila nk tapau makanan yang kita makan tak habis tu kornag boleh masukkan dalam ni ja. 


Kami bawak 3 bekas jugak la. Yg bekas hijau ni paling besar. Muat letak nasi lemak yang tak hbis dengan pizza lagi🤭 tapau balik makan dekat bilik bila lapaq🤣


20. Sos peket


Ya bunyi macam lawak kan. Sos pun nak bawak tpi percayalah orang Malaysia mana mahunya makan ayam gorneg ka nugget ka dengan sos tomato nak!
Sebab tu kalau beli mekdi ka kepsi ka kalau dpt sos peket tu simpan ya…simpan! Sebba berguna sgt bila travel oversea yg jenis x mkn sos cili ni



Mana mau nya cicah sos tomato nak 😅

Paling penting korang yang mana nak pi umrah tu kena la mentally n physically be prepared ya. Seboleh-bolehnya doa lah dari Malaysia lagi supaya dipermudahkan urusan korang dekat Madinah n dekat Mekah. Lalu makan dan minum untuk ada tenaga buat amal ibadat dekat sana. Alhamdulillah kami dua laki bini dekat sana makan lalu. Apa saja yang hotel bekalkan kami on lalu saja. Bukan nak kata apa; kami laki bini masa dekat Malaysia memang cerewet bab2 makan tapi Alhamdulillah kat sana semua mai kami makan lalu. 

Yang lain-lain kalau ada lagi aku akan update from time to time. Bukan apa takut terlupa kan. 
Doakan lah aku ada kerajinan nak sentiasa update blog ni ya. Sedih juga tengok blog asyik terbengkalai ja kan😅

Till then, Assalamualaikum












SHARE 2 comments

Add your comment

  1. alhamdulillah, doa kan kami 3 beranak boleh pi umrah satu hari nanti. nanti boleh save trip umrah kak lia ni

    ReplyDelete
  2. tq alia sharing tips, bekas yg boleh expand etc tu mmg byk membantu kan

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS