Resipi Udang Goreng Bawang Putih

by Alia Farhan, 4:26 PM

 Pejam celik pejam celik dah bulan 11. Fuhhhhh rasa mcm baru hari tu ja masuk 2022. Fast foward dah bulan Nov dah. Cepatnya masa berlalu kan.

Korang pernah tak rasa malas nak masak tapi tup2 ehhh dah siap masak dah. Aku la tuuuu🤷🏽‍♀️🤷🏽‍♀️🤷🏽‍♀️ 


Baru.baru ni aku jumpa khazanah dunia dalam peti sejuk rumah aku. Udang laut ni dah beli masa 1st week of puasa. Mcm biasa la kan banyak gila khazanah dalam tu sampai lupa kot apa yang ada. 

Ni pun sebab cari la idea nak masak apa dekat si kakak ni. Sku dah buat sambal sotong petai sebelum tu. Kakak pulak tak makan sotong. So cari-cari barang dalam freeser tu jumpa la udang ni.🤭🤭🤭
Gamble ja la masak apa yang patut untuk dia kan

Oh sebelum tu aku nak share dengan korang, 


Tadi aku dah cakap kan udang ni aku beli masa 1st week of puasa. Time tu harga udang laut besar2 ni em48/kg kot. Kalau nak dekat raya or CNY harga dia boleh cecah RM60/kg ya. So pakcik yang jual udang ni bagi la tips macam mana nk kekalkan ke-fresh-an udang ni. Cara dia masuk dalam bekas, jangan cuci, tabur gula atas udang pastu terus bekukan. Perghhhhh terkezut aku tengok udang ni still fresh ya. Selalu udang frozen kalau lama sangat dalam peti tu akan ada frozen burn jugak. Tapi ni tak ya. Nampak fresh sangat. Rasa? Of course la fresh. 
Ada orang tanya aku banyak ka gula yang guna..just patut padan ja. Bukan macam orang buat ikan kering tu kena lumur garam banyak2 tu. Takya…bukan macam tu. 


Back to the recipe ya. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara buatnya ;

Bahan-bahan;

Udang
Kunyit
Garam 
Maggi Cukup rasa
Gula
Bawang putih cincang
Cabai melaka dipotong
Daun bawang
Minyak


Cara-cara;
1. Panaskan minyak, masukkan udang yang da dicuci bersih. Masukkan kunyit serbuk dan kacau-kacau.
2. Bila udang dah nampak bersalut dengan kunyit, masukkan garlic dan kacau-kacau, goreng bagi garlic tu crunchy-crunchy sikit ya.
3. Kemudian masukkan cabai melaka, kalau nak pedas letak banyak kalau xnak xyah letak banyak. 
4. Then perasakan dengan garam, maggi cukup rasa, dan gula. Gula tu letak lebih sikit dari biasa sebab kita nak ada rasa manis-manis crunchy dekat garlic tu.
5. Lastly masukkan, daun bawang and kacau-kacau dah siappppp


Menu simple ja tapi dia punya surrr tu fuyooooo. Makan pulak dengan sambai sutun petai…dapppppnyaaa
❤️ ❤️❤️

Korang try tau sebab sedap and senang sangat buat masakan ni. 






SHARE 1 comment

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS