Resipi : Loh Shee Fun /Laksa Pendek Goreng



Ada sapa2 kat sini pernah makan Loh She Fun? Atau laksa pendek goreng ni? Kalau dalam bahasa Cina depa panggil ni mee ekor tikus. 

If you wonder how does it taste like? Rasa dia macam kueytiaw jugak sebab buat dengan tepung beras sama macam kueytiaw jugak. 


Pic credit to Google. 

Haaa ni la rupa dia sebelum masak ya. 

Nak buat dia pun senang ja.. Xla susah mana pun... Buat sendiri makan puas skit kan.... Actually macam tak pernah jumpa Melayu jual loh shee fun ni... So nak taknak kena buat sendiri la kan. Nasibla ada halal laksa pendek ni orang jual dekat Tesco haa. 

Ok lah... Jom nak share skit macam mana nak buat and bahan-bahan dia. 

Bahan-bahan:

Laksa pendek 
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji Telur 
*2 sudu besar cili paste
*1 sudu besar garlic paste
*1 sudu besar onion paste
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap pekat 
Sedikit kicap manis
Sedikit minyak bijan
Serbuk cukup rasa 
Udang
Taugeh
Kucai /daun bawang

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis  bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau. 
2. Sambil-sambil kacau tu tambahkan sedikit air dan masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan minyak bijan. 
3. Bila nampak dah ni boleh pecahkan telur dan kacau2 bagi nampak lawa. 
4. Lepas tu boleh masukkan laksa pendek dan sebatikan dengan kuah yang dibuat tadi. Kalau nampak tak bersalut lagi, boleh tambahkan air dan kicap pekat. 
4. Bila kuah tu dah salut semua bahagian, boleh la letak sedikit serbuk cukup rasa. 
5. Then boleh la letak udang, taugeh dan kucai. Kacau2 bagi rata terus tutup api. Jangan terlalu lama sangat goreng.. Sebaiknya lepas dah masuk udang.. Taugeh dan kucai tu dalam 2 dah boleh tutup api. Baru la udang tu xkecut sangat.. Taugeh still crunchy gituhhhhh.... Baru la sedappp kannn... 


Haa tengok tu.. Taugeh pun nampak crunchy ja.. Aku memang suka letak taugeh banyak2.. Kalau yang tak suka taugeh tu xpayah letak. 


Ehhhh terliur sudahhh tengok loh shee fun ni.... Resipi yang sama aku guna kalau buat char kueytiaw version chinese yg kering tu... Sedap... Korang cuba lah ya. 😊😊😊




5 Comments

  1. Kat Ipoh ada yang jual mee tikus ni. Mualaf yang masak. Tapi buat masa ni tak boleh nak rentas negeri huwaa. Lama dah teringin. Tapi tak tau mana nak cari laksa pendek tu. Lepas baca ni baru tahu ada jual kat tesco ye. Bolehlah buat nanti. Terima kasih ye share resepi ni.

    ReplyDelete
  2. Cantik hasil gorengan loh shee fun tu. Ekor tikus pun ekor tikuslah, jadi sedap... ahaks!

    ReplyDelete
  3. selalu nampak koay teaw saja masak mcm ni, kali ni laksa! sedapnyaa..thank you sharing resepi

    ReplyDelete
  4. akak tgk gambar, mcm best.
    terasa mcm nak test.
    tapi bila baca "ekor tikus" tu, terus cut off selera.
    hu hu hu tikus is no. 1 akak takut, geli, tak suka :(

    ReplyDelete

Post a Comment