Resipi : Daging Cincang & Terung Pedas Chinese Style

 Nk update laju2 sebab takut nanti lupa nak update blog... Hahahhaha.. Macam apa ja.. Seminggu ni bz n kelaut sangat nk blogging.. Ampun dan maaf ya blogku....



Ni lah dia daging cincang pedas bersama terung... Nama melayu dia... 

Sedap dan simple sangat nak buat dia... 
Dekat rumah ni sentiasa ada stock daging cincang tesco tu... Senang nak masak anything yang simple... Boleh guna tu ja.. 

Jom lah tengok bahan-bahan dia ya... 

Bahan-bahan:

Daging cincang
Bawang putih yang dicincang
Bawang besar dipotong dadu
Chilies flakes
Terung dipotong bulat dan dipotong lagi half macam dalam gambar 
Minyak untuk menumis
Garam
Meggi cukup rasa
Daun bawang untuk garnishing
Fried minced garlic *xnak letak pun xpa. 


Aku pkai chilies flakes ni.. Ada udang kering siap.. Nak guna chilies flakes biasa pun boleh ja... Yang ni boleh beli dekat tesco ya. 



Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumus bawang putih dan bawang besar. 
2. Dah wangi bau garlic n onion tu masukkan daging cincang dan chilies flakes... 
3. Goreng hingga air daging dah kering.. Then masukkan terung. 
4. Boleh perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
5. Da siap boleh la angkat dan garnishing dengan daun bawang n garlic goreng tu. Tak nak letak garlic.. Boleh ja letak bawang goreng.... 

Dah siap.... Anak aku Adriana suka sangat masakan macam ni... Dia makan lauk ni ja dengan nasi. Lauk lain dah tak pandang dah.... 

Selamat mencuba semua. 


Tadaaaa... 


Makan dengan sup ayam... 
Sedap! 






1 Comments

Post a Comment