Resipi Nasi Cauliflower Goreng Untuk Orang Diet

 


Nasi + cauliflower goreng. 

Bagi yang tengah diet tu.. Tapi teringin sangat nak makam nasi goreng tanpa rasa bersalah.. Boleh la cuna buat Nasi+Cauliflower goreng ni. 

Untuk nasi + cauliflower goreng ni... Korang boleh gunakan 1 cup nasi + 1 cup cauliflower yang dicincang. Lepas tu buat ja macam nasi goreng biasa tu... 

So ni cara la aku kan... Jom aku kongsi bahan-bahan  and cara aku. 

Bahan-bahan :

2 cawan nasi sejuk
2 cawan cauliflower /bunga kubis yang dicincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah pedas
3 biji cili hijau
Isi ayam yang dipotong 
2 biji telur
Sedikit minyak
Kicap ikan
Sedikit garam
Maggi cukup rasa
Ikan bilis yang digoreng 


Cara-cara :

1. Dalan chopper, masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah and cili hijau dan chopped kan bahan-bahan ni. 
2. Panaskan minyak dah tumis bahan-bahan yang di chopped tadi. Kemudian masukkan isi ayam dah kacau seketika. 
3. Lepas tu masukkan telur ke dalam  dan biarkan sedikit mengental. Bila dah nampak telur tu start setengah masak, boleh la kacau-kacau. 
4. Kemudian masukkan nasi sejuk dan cauliflower ke dalam kuali dan kacau-kacau. Biar cauliflower tu masak kejap and jangan lupa kacau - kacau ya. 
5. Bila nampak cauliflower dah putih-putih sama macam nasi boleh la perasakan dengan kicap ikan, sedikit garam dan maggi cukup rasa. 
6. Kacau sekata supaya nasi cauliflower goreng kita rasa secukup rasa. Kemudian boleh la dimasukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. 


Dah siap... 
Ni special letak petai sebab semalam laki bawak balik petai banyak gila untuk bini dia ni. Tengok macam ni tak perasan pun cauliflower tu kan 😉 
Boleh trick anak-anak yang tak makan sayur supaya makan sayur. Hahhahahha. 



Akhir kata.. Selamat mencobahhhhh






4 Comments

  1. menarikk! saya yang tak suka sayur ni boleh cuba xD

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi goreng.. sapa yg xsuka sayur boleh cuba

    ReplyDelete
  3. wahh menyelerakan betul lah ^^

    ReplyDelete
  4. dapnyaaa. petai tu mnambah rasa tu.. hehe.. terliur!

    ReplyDelete

Post a Comment