Korean Ginger Beef Recipe

 Assalamualaikum


Hai hampa semua....dah lama tak tepek resipi dekat blog aku ni kan... Kali ni aku nak share resipi senang gila... Seperti yang hampa sedia maklum... Aku ni seorang yang tak suka masak benda-benda yang complicated sangat... Pendek kata memang jenis tak suka duduk dapur lama-lama.

So of course la kali ni aku nak share menu yang simple-simple ja untuk hampa buat sendiri dekat rumah. Nak buat benda ni pun senang ja. Bahan-bahan tu mostly memang duk ada ja dekat rumah kan....


Korean Ginger Beef. Simple tapi sedap


Ok la jom tengok bahan-bahan yang perlu untum resipi Korean Ginger Beef ni....


Bahan-bahan:

Daging yang dipotong nipis-nipis

3 ulas bawang putih dicincang/diketuk

Halia 3 inci dipotong nipis

Chilies flakes

Sos tiram

Minyak bijan

Lime juice

Gula

Garam

Maggi cukup rasa

Shimeiji mushroom

Daun bawang

Sesame seed*

********************

Tips untuk yang tak tau macam mana nak potong daging nipis-nipis/slices....


Korang keluarkan daging korang yang tengah frozen tu. Biarkan dalam 5 minit dekat luar, then amik pisau yang tajam terus slice kan daging yang tengah beku tadi. So daging korang akan slice lawooo ja macam kat atas ya. Cantik kan dia punya slice tu. Nak masak pun takyah lama-lama. Daging pun lemah lembut ja πŸ˜‚


Nak goreng kunyit nipis-nipis macam ni pun sedap ja. Buat bbq ka buat sukiyaki pun sedap jugak. Pendek kata memang daging macam ni nak masak apa pun senang sebab masa nak masak tu dah dikurangkan. 

Ok hampa....jom kita share pulak cara-cara nak buat Korean Ginger Beef ni. 

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, dan masukkan daging tadi. Kacau-kacau ya, at first air-air daging ni akan keluar, bila dah nampak air daging tu berkurangan and dah nampak minyak.. Boleh la masukkan chilies flakes. 
2. Kemudian lepas masukkan chilies flakes hampa boleh la masukkan sos tiram, minyak bijan dan air. 
3. Then masukkan sedikit lime juice, garlic and ginger. Lepas tu dah boleh la perasakan dengan gula, garam dan maggi cukup rasa. 
4. Last but not least masukkan cendawan shimeiji... Baru lah korea kan letak-letak cendawan ni.. Kau apa tauuu.. 
5. Bila cendawan da masak bolehlah masukkan daun bawang pulak. Da boleh tutup api dah and boleh angkat hidangkan. 
6. Kalau nak lagi korea masa ko da siap angkat semua... Ko taburkan la sesame seed atas dia... Terus korea dewata raya. Tapi sebab aku punya sesame seed da habis... Aku xletak la.... Tapi stil korea jugak lah😜


Satu lauk ni ja. Kalau korea betul banyak la side-side dish dia tu. Tapi aku tak rajin dah hari tu...lantak situ. Janji ada lauk nak makan ye dokkkk.... 


Hidang makan dengan nasi panas-panas. Aku masak nasi peyuk kecik lotey aku tu ja.. Biasa kalau sekali makan lepas kami 4 beranak. Papa nya balik lambat and suruh kami makan dulu. Elok dia balik nasi da licin. Kami 3 beranak da setelkan nasi sepeyuk kecik tu. Dah kena masak lain dekat dia. Kahkahhhhh... 


Aku ada upload short video recipe ni kat ig aku n tiktok aku... N ada kawan-kawan da cuba.. Depa kata simple and sedap gila... Pastu xckup and kena rebut-rebut. Hahhaha... Korang tak caya try la ya... 

Jangan lupa follow :















1 Comments

  1. Okey akak nak try buat macama ni la....Dania suka la ni kalau bab2 korea ni..

    ReplyDelete

Post a Comment