Khasiat Bunga Telang


Tahukah anda.. Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea diambil sempena bentuknya yang seakan-akan woman's genital (clitoris). 🤣 🤣 🤣 


Ramai tanya aku.. Boleh makan ka bunga dia.. Rasa apa? 

Sebenarnya. Nak kata ada rasa tu xda pun..tpi best sebab crunchy n khasiat dia tu.... Jom lah baca khasiat-khasiat bunga telang ni.... Kaum wanita sangat2 digalakkan consume bunga telang ni. 


Manfaat Bunga Telang (Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu


Khasiat perubatan


Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.


Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.


Manfaat lain Bunga Telang.


1.Menyuburkan rambut

Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.


2. Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.


3. Merawat ulser mulut.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. 


4. Insomnia

Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. 


5.Mengubati bisul

Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. 


6.Melawaskan kencing

Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. 


7.Membersihkan mata

Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. 


Buat ulam ajorrr. 


8.Perbaiki haid wanita

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. 


9.Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.


10.Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)


11. Sebagai detox

Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN.  Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!



Ni sebab pakai brown sugar... Perah lemon skit jadi warna pink blush. Lawo kannn


12. Mengubati batuk

Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma


13. Ubati bronchitis

Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam. 


14. Mencuci darah

Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah


15. Ubati sakit telinga

Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.


Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!


Kredit : knor khalid


**************************




Banyakkan khasiat bunga telang ni. Nak tanam pun tak susah.. Penjagaan pun senang ja... Rugi kalau tak tanam dekat rumah hampa... Aku tanam dekat balcony pun subur elok ja... Lagi petik bunga dia.. Lagi banyak keluar bunga baru...



Cantikkan lapis2 dia tu... In love sangat tengok ❤️❤️❤️

So lepas ni boleh la pakat2 tanam dekat rumah.. Boleh buat air bunga telang utk anak2.. Bagus untuk otak. Buat ulam pun best ❤️❤️❤️




2 Comments

  1. oho.. banyak khasiatnya rupanya :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, patut laa ornag kelantan cerdik2 dan subur... khasiat makan nasik kerabu yang dicampur bunga telang rupanya. Bila dah baca khasiat dia tu, saya mcm nak kena tanam pokok bunga telang ni... tq share.

    ReplyDelete

Post a Comment