Resipi : Gulai/ Kari Ikan Keli

Ikan keli antara ikan fav aku. Yang kategori murah dan sedap. Satu kg RM8 pada aku masih la kategori mampu beli. Selain kesedapan dia sebagai kategori ikan darat yang sedap.

Tapi tu la bukan semua orang makan ikan keli pun kan. Ada orang tak suka makan ikan darat sebab tak suka rasa ikan darat ni kan. Macam aku.. So far aku makan ja ikan2 darat/sungai ni. Kecuali belut... Tapi kalau belut unagi tu fav aku. And kalau ikan haruan tu kalau aku nampak kepala dia nanti aku menjerit nak reyau.. Demmm sesuai la nama dia Snakehead fishhhh.. Eiiii geli akuuuuu... Kalau dalam pantang aku nnt mintak mak aku buang kepala dia siap2 sebab aku geliiiiii... Nanti aku menjerit tak cukup tanah....

Tapi kalau ikan keli ok no problemos...memang fav aku sangat2.. Buat goreng ranggup ka.. Bakaq ka... Masak lemak ka... Gulai/kari ka.. Berlado ka sambai ka semuaaa aku suka. Tapi the problem is laki aku tak makan ikan2 darat ni. Ehhh suka hati dia la suka ka idak.... Kalau xmakan.. Makan benda lain.. Kita buat menu asing kat dia... 😝😝😝

So tiberrr hari ni teringin gila nak makan kari sembilang tapi ikan sembilang xdak.. Yang ada ikan keli... Ehhh ikan keli pun sedap apa macam ikan sembilang.. In fact bila hampa buat kari... Kadang2 kalau campoq pun gerenti xtau beza mana keli mana sembilang untuk orang2 yang tau makan ja. Hahahahha

So marilah kita buat gulai/kari ikan keli ya. 
Bahan-bahan untuk buat kari kat rumah ni memang sentiasa ada.. So no problemlah kann... Kata orang Kedah-Penang. Kari is like d gemmmmmsss gitohhh...

Maybe untuk orang bukan Utara mari ni kadang2 cakap susah nak buat kari ni.. Bagi aku xlah susah mana sangat. Sebab lani xmacam zaman tok2 kita kena giling rempah semua sendiri kan. Lani rempah kari semua ada kat pasaran... Pilih mana yang sedap kat kita ja... Macam aku.. Aku memang suka gila rempah Kari Adni.... Surrr kariwaleee... 

So jom lah kita tengok2 bahan-bahan yang aku gunakan....


Bahan-bahan :

Ikan keli yang siap dipotong dan dicuci bersih. 
Rempah Kari Ikan Adni
Daun karipole
Bawang merah dipotong
Bawang putih dipotong
Halba campur
Cili padi
Cili besar dipotong 3
Air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam
Meggi cukup rasa

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis daun karipole dan halba campur sampai naik bau. 
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk dan biarkan bawang merah dan putih kekuningan dan naik bau. 
3. Then masukkan serbuk kari yanh dah dibancuh dengan air. Kacau2 dan masukkan air asam. 
4. Bila paste kari da mula pekat tambahkan air dan biarkan mendidih. Agak2 rempah dah masak and mesra boleh la masukkan ikan keli, cili besar dan cili api. 

5. Masak la dalam 3-5 minit macam tu dan jangan lupa perasakan dengan garam dan meggi cukup rasa. Dah boleh tutup api bila ikan dah masak. 

Dah siap gulai /  kari ikan keli. Makan dengan sambal belacan..ulam..letak kicap skit... Perghhhhh.... Ni sedaq2 buat 5 ketul.. Tinggal seketul ja. Anak-anak pun suka makan kari ikan keli ni... Sedap depa kata mama buat ikan ni masak kari. 

Papa pun xsempat la nak tengok kari ikan keli ni kan.. Tengok2 dah habis🀣🀣🀣
Nasib dia x makan kan... So menu keli ni buat time dia xdak dekat rumah ja. 

Ada balance ikan keli lagi 4 ekoq... Tak tau nak buat apa... Rasa mcm buat keli salai masak lemak la nanti..sedap uii... 
Nah sapa nak resipi Keli Salai Masak Lemak... 

Selamat mencubaaaa

3 Comments

  1. Tudiaaa...masak dalam kuali chrome tu....nampak sedap..saje je kan...akak tgh diet

    ReplyDelete
  2. sedapnya .kari ikan keli.warna kari tu sgt memikat.nyummy

    ReplyDelete
  3. Sama laa nina dgn sani boleh geng dgn laki kak 🀣🀣 tak mkn ikan2 darat.

    ReplyDelete

Post a Comment