Resipi : Daging Masak Mamak / Hitam

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita pasal satu resipi masakan mak aku trun temurun yang menjadi trademark mak aku. Asal kalau ada big family gathering ja mak aku punya menu wajib yang ni. Wajib mak aku punya pot luck hat ni. Kalau buat makan2 or kenduri kecil-kecilan pun ni antara menu wajib la kiranya.

So disebabkan kalau part2 masak ni.. Memang aku selali tolong2 mak aku.. So boleh tau la rencah apa mak aku pakai. Tapi kalau mak aku masak dia punya sedap tu lagi laim maciam Ya Allah. Rindunya masakan mak aku.



Tapi tu la.. Nak buat daging masak mamak / hitam ni lama jugak ya sebab nak bagi daging lembit and mesra. Selalu kami guna belanga ja buat kalai kat rumah mak aku. Tapi sementara dia nak pekat, bersalut dekat daging and daging tu lembut... Allahu.. Memercik merata kuah dia... Stress kalau guna belanga besaq2 mana ada penutup oiii.

So jom lah kita tengok bahan-bahan yang kena ada and cara-cara dia

Bahan-bahan:

*2 bawang besar
*1 labu bawang putih
Daun kari
Rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
Daging (dipoting sederhana besar/ketul)
Serbuk kari daging
Serbuk cili
Kicap pekat
Kicap manis
Gula batu/ gula melaka
Garam
Gula
Serbuk perasa


***Untuk masak ni aku suggestkan yang ada electronic pressure cooker boleh pakai yang tu, yang xda boleh pakai rice cooker.. Sebab process memasak ni a bit messy. Kalau guna rice cooker pun ok.. At least dapoq hampa tak messy dengan percikkan percikkan dia masa dia duk melahar /mendidih tu. And senang xpayah nak kena skit2 tengok and maintain api dia.


Aku set philip pressure cooker aku ke setring BEEF ja. 



Cara-cara:

1. Blend bawang besar dan bawang putih sampai halus.
2. Dalam rice cooker, panaskan minyak. Jangan lupa tekan button COOK ya. Tumis daun kari dan rempah 4 serangkai smapai naik bau. Then masukkan bawang merah and putoh yang diblend tadi.
3. Masukkan rempah kari daging, serbuk cili. Semua main agak2 ja ya. Nak buat kuah banyak. Boleh lebihkan serbuk kari. Serbuk cili jangan banyak sangat kalau jenis tak tahan pedas.
4. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Then masukkan gula batu/gula melaka bulat tu. Aku takdak gula batu so aku replace dengan gula melaka tu. Kalau guna gula batu lagi cantik effect dia. Sebab nanti kuah dia jadi shinning2.
5. Then masukkan daging and tambah air banyak skit untuk masak daging tu.
6. Boleh tutup tudung rice cooker and biar dia masak dalam tu. Sekali sekala jenguk2 lah daging korang tu. Lagi lama masak.. Lagi sedap sebab rempah-rempah akan meresao masuk ke dalam daging.
7. Bila dah agak nampak daging dah lembut.. Boleh la perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut tekak hampa. Kalau dah ok. Xyah tambah apa-apa ya.

****and kalau ada yang guna digital pressure cooker macam aku... Boleh la tekan setting BEEF... Lepas dah hbis masa memasak utk BEEF tu tekan button BAKE dekat atas tu dekat setting CHICKEN untuk keringkan kuah dia.

Senang ja kan.

Selamat mencuba semua...



Nice combination.. Kubis tmis dengan teloq rebuih. 

Daging kalau habis.. Kuah ada lagi.. Boleh lagj rebus teloq and bubuh dalam kuah tu. Ya Rabbi... Sedappp uiii







2 Comments

Post a Comment