Resipi Bajet MRO : Telur Bistik

Semalam PM da umumkan yang MRO akan dilanjutkan sampai 14hb April. Memang serius la mati kutu dibuatnya. Tapi takpalah, untuk kebaikkan bersama kita kena la akur kan.

Bila dah dilanjutkan ni paham-pahamlah kan. Ada yang semakin risau sebab keadaan kewangan yang makin meruncing. Aku doakan kita semua dapat survive fasa2 getir ni. Semoga dipermudahkan urusan2 kita semua. Aminnnn.

So as we all know, dalam fasa2 getir ni of course la salah satu kekangan kita macam mana nak sediakan masakan dalam bajet yang minimum kan? Anak2 pulak selagi tak lena selagi tu mama nak makan.. Mama nak makan... Aiyokkk

So mai sini nak cerita satu menu simple yang dapat disediakan dengan murah dan mudah. Tak lain tak bukan telur bistik ya. Aku bukanlah penggemar telur bistik ni tapi laki aku suka sangat. Kadang-kadang dekat kedai Siam order.. Bengkek ja aku tengok telur sos mcm gini kena cas kemain mahal. Ewah2.

So masa soq/sahur hari ni,ni la menu dalam otak aku. Sebab husband aku pun suka kan. Nak buat pun simple ja. Tak susah mana pun. Bajet dalam RM3-RM3.50..roughly la kan.



Jom tengok bahan-bahan and cara nak buat dia.

Bahan-bahan:

2 biji Telur
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu cili paste
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sedikit isi ayam dipotong dadu
*mixed vege
* cili benggala potong nipis
Garam
Cukup rasa


Cara-cara :

1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak eloj angkat dan toskan and letak dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.
4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala. Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah and bawang putih tadi.
5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.
6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siap dah u olss.

* sapa yang suka pedas boleh la letak cili padi. Aku tak letak pun tadi sebab malas. 🤭🤭🤭

Ok lah selamat mencuba.

3 Comments

  1. Boleh ni buat.
    Bahan2 x cukup, alia. Telur confirm ada la. Aneka sos pun ada.
    Buat mana ada jer lah ekk.
    Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. yup betul bajet minimum. kena save juga kan sis alia. takut juga if anything hapend in few days ke week. apa pun, terima kasih berkongsi resepi mudah kat sini :)

    ReplyDelete

Post a Comment