93 Days Cerita Pasal Ebola Outbreak Yang Patut Hampa Tengok



Holaaa...

Hari ni tak masak berat2 sangat. Kita panaskan lauk2 yang leftover hari tu. Yang ada dekat chiller. Yang tak lalu tu tak yah nak bluek sangat ya. Musim2 sekarang ni makan tak leh memilih sangat. Kena berjimat apa yang ada.. Kita pun xtau sampai bila stock makanan kita akan last dekat rumah kita kan.

Semalam kami ada tengok cerita pasal 93 Days. Cerita ni main dekat Netflix. Cerita ni pasal Ebola outbreak dekat Nigeria.. Dekat negeri/tempat yang bernama Lagos. Cerita ni based on true story ya.

Cerita ni bermula bila First Consultant Hospital menerima seorang pesakit dari diplomat Liberia yang baru balik dari Liberia. Masa tu dekat Liberia tengah Ebola outbreak. Nama mamat ni Patrick Sawyer.

Day by day keadaan pesakit tu makin teruk. Tested dengan Malaria negative.. Test mcm2 negative sampai la depa decide nak test dengan Ebola. Tengok2 positive. Ada sorang Dr perempuan ni, Dr Adevovah ni lah yang sedaq ni simptom yang ada dekat pesakit Ebola yang tengah spread kat Africa time tu.




Bayangkan da ada satu department dekat dalam hospital tu yang da exposed dengan pesakit ni. Mr Sawyer ni day by day makin merosot la kan kesihatan dia and mati.

So bermula la episod semua petugas-petugas kesihatan dekat department tu kena kuarantin dekat rumah masing-masing.

Depa-depa ni dikuarantin di satu tempat untuk elakkan Ebola spread. Ada anggota kesihatan yang tak survived termasuk lah Dr Adevovah ni.

After 93 days Ebola virus ni dapat dibendung dari tersebar di Nigeria. Nigeria pun da bebas Ebola lepas dari tu.

Kita rakyat Malaysia ni jugak tak reti2 bahasa. Suruh duk rumah diam2 pun ketegaq Bij dengan Pun@! Nak jugak keluaq... Geram betuiiiii aku. Tak reti jugak nak amik iktibar dengan apa yang jadi kat Italy.


Ni la semalam duk lepak2 tengok cerita 93 Days  ni. Kita PM siap bagi cuti merayu sruh tengok HBO pun merenyam jugak nak keluaq jalan bawak anak bini bagai. Lempang baru tau.... 

Again #STAYHOMEMALAYSIAN

0 Comments